Difailkan di bawah: Uncategorized
Individu ini sedang memperjuangkan:
- sistem pengangkutan awam negara dan negeri yang lebih efisian, murah dan sistematik ke segenap kawasan
- mempertingkatkan kualiti alam sekitar dengan mengurangkan pembebasan CO2 dan sisa buangan lain baik dari kenderaan mahupun kilang-kilang
- mempertingkatkan sistem pembuangan sampah dengan penggunaan teknologi moden dan memaksimakan proses kitar semula
- membudayakan budaya HIJAU ,kitar-semula(re-cycle) / guna-semula(re-use) / dan penjagaan (conserve)
- mengurangkan, menghadkan atau menghentikan terus pembinaan bangunan-bangunan konkrit di pulau-pulau peranginan negeri dan negara
- pengurusan kewangan negara dan negeri yang lebih cekap dan telus.
- pengagihan kewangan negeri dan negara yang lebih adil kepada rakyat bawahan
Juga menyokong :
- badan kehakiman dan badan-badan berkuasa lain yang berintegriti,cekap,telus serta adil
Dalam dunia perniagaan brand merupakan satu elemen penting pemasaran.
Brand membuka mata pembeli. Brand memupuk kesetiaan.
Syarikat-syarikat gergasi kapitalis seperti Nike / Mc-d / Hugo-boss / Adidas dan Levi’s sanggup melabur berjuta-juta dollar untuk meningkatkan kesedaran brand produk mereka.
Slogan atau tag pendek membantu meningkatkan populariti brand.
Slogan-slogan pendek seperti “Just do it” – amat sinonim pada brand Nike. Slogan itu memberi kesedaran dan kesetiaan berterusan pada peminat-peminatnya.
Semenjak pemerintahan PM baru slogan “B1N1-Malaysia” di jaja di merata-rata.
Antara usaha menaja FB1N1-Malaysia, adalah untuk kesedaran brand.
Salam “B1N1-Malaysia” adalah juga untuk kesedaran brand.
Apa yang jelas , brand membentuk persepsi.
Pengguna membeli produk-produk brand-ed kerana persepsi yang di bawa oleh brand tersebut , samada bergaya, anggun, tahan lasak, unik dan sebagainya
Apabila PR menghentam B1N1-Malaysia sebagai retorik , tanpa di sedari mereka juga sedang mempromosi brand tersebut.
Apabila artikel ini, di tulis , mungkin juga ia sedang membantu mempromosi brand yang sama.
Jadi, apakah strategi terbaik untuk meng-Nyah brand/slogan “B1N1-Malaysia” ini ??
Apakah slogan yang boleh di jadikan counter-slogan pada “B1N1-Malaysia”??
Difailkan di bawah: alam sekitar, dari kaca mata local | Label: hijau, kitar semula, recycle, sampah
Untuk tatapan.
Lontarkan sahaja sepanduknya.
Sokong program kebersihan dan kitar semula. Anjurkan program-program HIJAU di kawasan anda.
Kurangkan penggunaan beg plastik, dan jangan campak sampah keluar dari kenderaan anda!
Ada yang marah dan mengkritik pembentang selepas data-data ini di suarakan.
Kenapa mesti marah? Data-data ini amat membantu.
Data ini menunjukkan status semasa dan penerimaan semasa rakyat.
Semua organisasi memerlukan data dalam membuat gerak-kerja,misi dan hala-tuju.
Ini menunjukkan rakyat sedang protes kepimpinan sekarang. Rakyat tak tahu istilah walaa’.
Data ini tak ada semasa PAS(TRG) kecundang 2004. PAS(TRG) hanya menerima kesannya.
Isu royalti dan duit ehsan bukan lah isu mega. Ia adalah antara isu-isu.
Statement “Marahkan pembentang adalah PRIMITIF” amat BETUL dan TEPAT.
Dalam bahasa mudah,
“JANGANL MARAHKAN PELANGGAN KALAU MEREKA TAK SUDI BELI BARANGAN YANG KITA JUAL.PRODUK INI SUDAH KURANG UMPPH”
Kata Dara kepada Uda :
Betulkah Uda cintakan Dara ?
Adakah Dara satu-satunya yang di cintai ? Tiada dua ?
Apakah cinta Uda selama-lamanya untuk Dara?
Setelah beberapa purnama berlalu, skrip lain pula yang muncul:
Kenapa Uda tidak setia ?
Kenapa Uda bermain mata pada si dia ?
Begitulah rentetan kata cinta romantis dari novel-novela cinta klasik melayu.
Di mulai dengan adegan dalam kelambu oleh Uda, cinta Dara mulai tergugat. Dara perlukan kata pasti. Ucapan cinta masih di gilai. Tapi bermain mata sekali , Dara ingat sampai mati.
Era dan evolusi yang berlaku dalam PR tidak perlu di risaukan. Ini adalah petanda baik. Ia menunjukkan bahawa PR tidak ’stagnant’ , malah ia adalah satu pakatan yang dinamik. Kalau di kira selepas 8 Mac 2008, umur PR baru setahun jagung. Belum lagi mencecah tahun ke-2.
PR sedang melakukan proses pencarian. Pencarian dalaman dalam mencapai kematangan. Apa yang berlaku dalam PAS dan juga PKR harus di lihat dalam aspek positif.
Lukisan indah hanya dapat di nilai oleh mata luar yang memerhati. Jika anda adalah sebahagian dari lukisan tersebut , adakah anda pasti ianya cantik ? Mampukah anda melihat keseluruhan lukisan tersebut atau anda hanya mengenali beberapa warna di sekiling anda sahaja ?
Teguran harus di terima sebagai rahmat. Apatah lagi jika teguran-teguran itu datang orang yang tidak berpentingan.
PAS yang kuat akan menjana PR yang mantap.
PKR yang jitu menjurus kepada PR yang kental.
Hanya PR mampu bersaing dengan BN.
Apabila BN mula merapatkan BARISAN , PR mesti memperkasa PAKATAN.
DAP ? wa nyior komang. – kata cikgu fauzeeyy ( bukan nama sebenar..)..
Di petik dari laman ini.
“Saya nak tunjuk mana bajet yang permain emosi rakyat, umpamanya keretapi 50 peratus (atau) separuh harga untuk pelajar sekolah sedangkan siapa nak pergi sekolah jauh-jauh naik keretaapi. Kalau ada pun, dari Kuala Krai ke Gua Musang,” jelasnya lagi.
“Ia (bajet) digambarkan media seperti sesuatu yang besar untuk rakyat padahal rakyat keseluruhannya tidak dapat apa-apa manfaat.”
Mahfuz juga mempertikaikan perbelanjaan untuk perkhidmatan kesihatan yang didakwa tidak menepati keperluan sebenar.
“Sedangkan keperluan yang sebenar adalah membantu para pesakit kritikal yang memerlukan kos perubatan yang tinggi. Kekurangan mesin hemodialisis untuk bersih darah oleh pesakit-pesakit buah pinggang, kalau boleh percuma kerana kos perubatan para pesakit kronik ini cukup tinggi dan membebankan,” tegasnya.
Sebelum pada itu, KSN mengaku perlantikannya itu dibuat oleh kabinet untuk menyiasat semula beberapa laporan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang 19 Oktober lalu di Parlimen.
Laporan itu termasuk kemungkinan kerajaan terpaksa menanggung kerugian RM1.14 bilion dalam Projek Landasan Keretapi Berkembar Elektrik Rawang – Ipoh.
Ambrin juga berjaya mengesan beberapa transaksi yang meragukan, seperti Mara membeli dua komputer riba bernilai RM80 ribu, sedangkan harga pasaran sekitar RM4,500 sahaja.
Selain itu, Mara juga membeli komputer meja berharga RM7,600 seunit sedangkan harga pasaran komputer meja yang berkapasiti tinggi sekitar RM2,000 sahaja.
Ambrin juga mendedahkan Kementerian Pelajaran telah berbelanja RM60 ribu untuk pembekalan, menanam dan menyelenggara suatu taman di Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2, Pasir Puteh, Kelantan, yang didakwa meragukan.
Tambah Ambrin lagi, kementerian terbabit juga didakwa menyeleweng dalam pembelian 13 pokok kemboja dan 12 pokok pinang merang, yang masing-masing bernilai RM4,500 dan RM9,000.
Tahun 2006 lalu, laporan audit negara menggemparkan Parlimen apabila Institut Kemahian Beliau Negera (IKBN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan telah membeli sebutir skru bernilai RM224.94, sedangkan harga pasaran skru tersebut sekitar RM40 sahaja. Sekiranya pendedahan-pendedahan tersebut tidak ditangani segera, ianya sekali gus menjadikan rakyat semakin tidak percaya dengan ketelusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam menanani rasuah dan penyelewengan kuasa.
Buka invoice harga tinggi , lepas tu duit lebih hulur la kepada tuan yang melepaskan payment .. atau setidaknya bahagi 2 ..
Difailkan di bawah: dari kaca mata local, ekonomi | Label: kelantan, royalti
Seperti juga Terengganu ,rakyat Kelantan telah di nafikan hak-nya untuk mendapat 5% wang royalti sebagaimana perjanjian PETRONAS dan negeri-negeri 1974.
Apabila di kategori sebagai wang ehsan , duit ini hanya akan di beri daripada kepada negeri dalam bentuk ehsan , tanpa ketetapan khusus nilai dan masa.
Biasanya wang ehsan ini juga tidak di audit kemana di belanjakannya dan bagaimana di belanjakannya.
Adakah rakyat Kelantan akan menerima WANg EHSAN ini dengan ter’sengih’ seperti rakyat Terengganu ??
Nota : Untuk makluman ,Kelantan adalah negeri yang mempunyai majoriti bangsa Melayu. Kerajaan Pusat menyatakan bahawa mereka dalah pejuang mutlak dalam menjaga hak dan kebajikan bangsa dan umat Melayu.
Difailkan di bawah: dari kaca mata local, ekonomi | Label: terengganu, hutang
Dipetik dari Laman ini
KUALA TERENGGANU – Walaupun mendapat sumbangan Dana Khas sebanyak RM2.613 bilion dari kerajaan Pusat bagi tahun 2007 dan 2008, kedudukan akaun hasil disatukan kerajaan negeri masih defisit (kurangan).
Pada tahun 2007, jumlah perbelanjaan mengurus adalah RM1,546.52 juta berbanding hasil yang diperolehi sebanyak RM1,262.13 (defisit RM284.39 juta).
Manakala pada tahun lalu, perbelanjaan mengurus sebanyak RM1,790.10 melampaui hasil sebanyak RM146.54 juta (defisit) dengan penerimaan hasil adalah sebanyak RM1,643.56 juta.
Oleh kerana mengalami defisit dua tahun berturut-turut, kerajaan negeri Terengganu telah mendapat teguran dari Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin Buang.
”Ini bermakna Kerajaan Negeri masih menggunakan sumber daripada Akaun Amanah Disatukan bagi menampung defisit tersebut,”katanya sebagaimana dicatatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Terengganu Tahun 2008
Justeru, katanya, kerajaan Terengganu mesti mengambil tindakan sewajarnya, dengan mengamalkan berhemat supaya keadaan ini tidak berlaku kerana tidak semua wang amanah itu merupakan aset Kerajaan Negeri.
Selain menasihatkan kerajaan Terengganu, beliau juga menyeru supaya kerajaan negeri Terengganu berusaha memungut keseluruhan tunggakan hasil berjumlah RM92.48 juta.
Katanya, Nisbah Semasa yang digunakan mengukur kedudukan kecairan tunai Kerajaan Negeri juga adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa.
”Analisis Audit mendapati pada tahun 2008, Nisbah Kecairan Kerajaan Negeri kurang daripada 1, menunjukkan kecairan tunai Kerajaan Negeri adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa,”jelasnya.
Beliau juga menyenaraikan, hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan yang meningkat pada tahun 2008 kepada RM997.60 juta berbanding RM937.87 juta pada tahun 2007 iaitu meningkat sejumlah RM59.73 juta atau 6.4%. BO
Kecairan kewangan Kerajaan negeri pada bawah 1 ? Maknanya duit pusing slow tu. Bila duit pusing slow , orang nak berniaga pun susah.. bikin projek state , bayar lambat ..
Baik berniaga tempat lain ….
Sibuk nak bikin projek mega-mega jer.. IJN lah / ZOO lah /
bikin yang basic2 dulu la ‘Pakcik’ … lubang merata lagi ni …
dapat duit royalti pun tak cukup-cukup lagi …
Apa makna tu ??

AWAS : BOLEH MENINGKATKAN KETAKSUBAN TAK BERSEBAB SERTA MEMBINASAKAN KETAJAMAN PEMERHATIAN DAN BUDAYA FIKIR









