Baru lepas baca utusan online dengan isu PM ada di KT bagi merasmikan ECER .
Ada beberapa data/ fakta yang menarik minat .
- Pelaburan keseluruhan untuk Projek adalah bernilai RM112b.
- Pemangkin / Projek Permulaan adalah bernilai RM6b
- Mampu memberi peluang kerja kepada 560,000 orang ( bangla & indon; member saya kata..)
- Lima teras ekonomi utama , pelancongan, minyak dan gas, petrokimia,pembuatan, pertanian & pendidikan
Sesi mencari ruang & peluang.
Pelancongan dan pendidikan , mungkin ?
Pembuatan ..??
Hmmm..
Ada beberapa beberapa perkara yang saya rasakan komuniti sekitar patut / tidak patut buat . ( samaada kerajaan / komuniti / rakan-rakan dsb)
1) AUKU patut di mansuhkan .
ISU AUKU , atau Akta Universiti yang tidak menggalakkan para pelajar kampus terlibat secara terus dengan isu-isu politik semasa sepatutnya tidak pernah wujud dan perlu di mansuhkan dengan segera. Saya tidak dapat bayangkan mana-mana lagi negara yang membuat akta yang sama di negara mereka. ( kalau ada sila tampilkan, saya tak buat homework semasa menulis).
Pada pandangan sinis saya , kalau pelajar kampus tidak di galakkan berpolitik , hasilnya adalah belia-belia negara yang lesu dan tidak berminat untuk menjadi penyelesai isu-isu semasa negara. ( contohnya adalah seperti penulis sendiri
)
Secara kontranya , jika pelajar kampus di sekat , mungkin belia di serenti patut di beri peluang untuk berpolitik! Kenapa tidak ?




