Salam kepada warga pembaca blog ini .
Tertarik dengan pengisytiharan Kuala Terengganu sebagai bandaraya dari halaman official terengganu.gov.my , dan dari beberapa blog lain ( seperti di sini dan di sini )
Isu pengisytiharan memang telah di ‘blog’ oleh ramai , tetapi apa yang hendak saya tulis di sini , mungkin tidak di ketahui oleh ramai .
Pertama , isu logo bandaraya yang terpaksa di jatuhkan semula setelah DYMM Tuanku Mizan menegur mengenai logo yang tidak di persembahkan kepadanya terlebih dahulu . Kenapa logo itu tidak di persetujui ? Saya buka kepada umum untuk di perdebatkan .
Desas-desus di bandar ( a.k.a bandaraya) menyatakan bahawa program menaiktaraf Kuala Terengganu hanya di perbincangan dalam tempoh empat ( 4 ) bulan yang lepas. Dengan isu logo yang perlu di tarik semula, dan penerimaan sinis dan ‘trauma’ rakyat dengan pengisytiharan ini , jelas menunjukkan bahawa proses menaik-taraf Kuala Terengganu sebagai bandaraya adalah satu projek ad-hoc . ( yang boleh diperbincangkan sebab-sebabnya ).
Isu Selepasnya ..
![]()
Seterusnya , apa yang di risaukan oleh penduduk secara amnya, adalah mengenai kenaikan-kenaikan kos kehidupan yang bakal berlaku setelah pengisytiharan ini . Nilai hartanah akan naik ( bagus untuk rakyat ..) , nilai kadar sewa premis akan naik (? bagus untuk yang mempunyai premis dan tak bagus untuk yang menyewa seperti rumah & kedai ..) . Apabila kos sewa premis dan kos petrol ( yang bakal di naikkan pada bila-bila masa ) meningkat, kos barangan harian akan meningkat , seterusnya kos servis dan produk akan meningkat . Pendek kata , kos kehidupan di bandaraya ini akan meningkat .
(soalan ekonomi : apakah kesan kepada ekonomi setempat apabila nilai servis dan produk di kawasan itu menjadi mahal ? )
Ok , jadi signal-signal ke arah itu telah bermula . Jadi perlukah kita hanya terus mengomel dan mengkritik atau menjadi sebahagian dari penyelesaian bagi masalah ini ?
Sebenarnya dari pandangan saya ramai orang suka mengkritik. Kritik itu , kritik ini tanpa memberi solusi kepada kritikan tersebut. Ingat kritikan kosong dan kritikan bersama solusinya@ penyelesaiannya adalah 2 perkara yang berbeza. ( Permintaan : Jadikan trend , kritikan bersama penyelesaian ….)
Dengan itu, agenda ‘local’ dan semasa saya adalah untuk terus menulis dan mendedahkan apakah kenaikan-kenaikan harga barangan yang (bakal) berlaku ( baik barangan harian / makanan & restoran / premis dsb ) dan misi mencari lokasi-lokasi atau kedai-kedai harga patut di sekitar ‘bandaraya’ ini selepas pengisytiharannya..
Misi peribadi yang ingin di gemakan : Di wilayah timur , Perbelanja di bandaraya KT adalah lebih murah daripada berbelanja di bandaraya KB dan bandar ( masih bandar ? ) Kuantan . ( Oooouch )
Update : Mengikut data-data dan cakap-cakap yang tidak berapa sahih ketetapannya , kos kehidupan di Terengganu @ Kuala Terengganu dalah ke-2 yang tertinggi di Malaysia ? ( Termasuk area kemaman / kerteh ? ) .
( Misi : perlu cari data yang lebih sahih.. kalau ini betul , jadi kene pastikan pendapatan perkapita penduduk juga adalah kedua tertinggi …
)
Â
Update 9/1/2008: Blog rakan : Nasi lemak 1.50 dah start jd rm2.00 dah ..




