My-LocalAgenda

  • Laman

  • kategori

  • Arkib

  • Meta

  • Komen terbaru

    ABANG HASSIMSAH pada Komentar Local : Senario Polit…
    amdang81 pada Ada yang marah
    Ibnul Munzir pada Apa yang sedang di perjuangkan…
    lizawati pada Komentar Local : Senario Polit…
    Abang Hassimsah bin … pada Komentar Local : Senario Polit…
  • Top Posts

  • Top Clicks

    • Tiada
  • Gugusan Kategori

    alam sekitar bagan pinang dari kaca mata local ekonomi international manik urai pemberitahuan pilihanraya kecil kuala terengganu pilihanraya kecil terengganu politik santai soho Umum Uncategorized
  • Label

    2010 bajet belanjawan bn budget duit dunia election harga minyak hijau income internet isa kelantan keputusan kerja dari rumah kitar semula kt lumayan muda naik nik aziz parlimen KT pas pendapatan perak permatang pauh perniagaan petronas pilihanraya pkr plihanraya polis PR prk rank royalti rpk sambilan soho terengganu umno Umum universiti wahyu
  • Apa yang di tweet?

  • Sepanduk:

    recycle_thumb

    Outdoor

  • Pengunjung:

  • RSS Iklan Jual/Beli Hartanah Terengganu :

  • Baca Mudah


  • Stat Blog

    • 6,117 hits

  • Komentar Local : Senario Politik Semasa
    15 Mac, 2008, 3:18 pm
    Difailkan di bawah: dari kaca mata local, politik | Label: , ,

    Amat menarik dan penuh persoalan ke mana wajah baru malaysia akan di bawa ? Apakah peranan kita dalam membawa wajah dan arus ini ? Hanya sebagai pemerhati setia ? atau adakah kita mampu membawa arus ini ke arah yang lebih postif dan lebih bermakna . Menanti hari yang lebih cerah …

    Hari yang lebih cerah ? Apakah maksudnya ?

    Tertarik dengan artikel dari tranungkite mengenai cadangan Tuan Guru Nik Aziz dan dan semua pimpinan PAS/PKR dan UMNO(?) Selangor dan ahli-ahlinya untuk bermunajat dan sujud syukur di Stadium Bukit Jalil, Shah Alam, Selangor dan juga merasmikan khutbah jumaat pada lembaran baru Selangor di Masjid Shah Alam ..

    Alangkah manisnya saat ini jika ianya berlaku ..

    Bayangkan Stadium Bukit Jalil yang dahulunya di guanakan untuk permainan bola sepak dan konsert-konsert artis antarabangsa kini di penuhi dengan orang ramai yang berduyun-duyun untuk bermunajat dan bersolat …

    Inilah penghijrahan pertama yang bakal di lakukan oleh BA

    Alangkah manisnya …

    Konflik MB di Terengganu .

    akan di update.

    Dasar DEB dan ketegangan di P.Pinang.

    akan di update.

    Persoalan : Apakah yang telah di bawa oleh DEB/UMNO kepada orang-orang melayu khususnya di Pulau Pinang dalam tempoh 50tahun sehingga kini?

    Jawapan : Kegagalan sistem DEB (dari sudut ekonomi) dan kegagalan memartabatkan bangsa Melayu  di sana yang nyata.

    Terdapat dua kebarangkalian kenapa DEB gagal.

    1. Sistem yang tidak kemaskini dari semasa dalam tempoh perlaksanaan selama 40tahun. ( Dan juga laporan kemajuan yang tidak dibentangkan secara konsisten)
    2. Kegagalan pelaksana sistem dalam mencapai misi sistem.

    Menarik : Kaedah Penyelesaian Pengundi Hantu oleh TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi .

    More...

    Ini adalah satu perkara yang saya ingin kupas. Teknik penyelasian pengundi hantu di Kelantan dan Terengganu . Kebijaksaan dan kematangan Tuan Guru Nik Aziz jelas dan hal ini .

    Apa yang terjadi di Kelantan sebelum Pilihanraya?

    Sebelum 8 Mac 2008 , berduyun bas dari Kuala Lumpur dan kawasan lain semenanjung yang membawa pengundi-pengundi masuk ke Kelantan . Ramai yang menyatakan inilah antara pengundi-pengundi hantu yang di taja dan sedang di bawa masuk oleh BN. Melihat begitu banyak bas-bas yang masuk ke Kelantan membawa pengundi-pengundi ini , rakyat kelantan ynag menyokong parti pemerintah PAS merasa tertekan. Benarkah mereka ini adalah bakal pengundi-pengundi BN yang sedang lalu di hadapan mereka.

    Adakah mereka-mereka ini yang akan membawa gelora BN ke Kelantan? Gelora dan keyakinan BN di bawah teraju baru Awang Adek untuk merampas Kelantan ? Kegusaran PAS melihat gerombolan manusia yang masuk itu tidak dapat di elakkan .

    Apakah pendekatan Kelantan dalam menyelesaikan masalah ini ? Rujuk artikel ini . Tuan Guru hanya berdoa pada pagi jumaat 7 Mac. Pagi sehari sebelum pilihanraya . Tiada sekatan . Tiada halangan.

    Apakah impikasi dari doa tersebut ? Kemenangan besar PAS di Kelantan tanpa menyekat pengundi-pengundi luar / hantu tadi .

    Kebarangkalian Perspektif pengundi di atas bas :

    Kami ada segerombolan pengundi-pengundi yang di taja perjalanan balik ke kampung oleh BN . Ke semua kos perjalan / makan / minum dalam tempoh mengundi telah di bayar sebanyak RM??? setiap orang. Walau bagaimanapun sebahagian kami bukanlah penyokong-penyokong tegar . Kebanyakan kami pulang kerana telah di sponsor . Matlamat yang kami untuk balik mengundi dan di arahkan untuk pangkah dacing . Itulah arahan yang telah kami terima samada secara jelas ataupun di fahami secara lisan. Kami tidak kisah siapa yang berkuasa dan kenapa. Isu politik bukanlan topik perbualan kami sebelum ini. Ke semuanya hanya untuk RM percuma.

    Apabila memasuki negeri Kelantan , terutamnya di Kota Bharu dan sekitar-sekitarnya , negeri yang jauh dari arus pembangunan yang di suap dari media-media utama negara begitu begitu janggal sekali rupa bentuknya. Bangunan-bangunan tinggi tersergam di tepian jalanraya utama . Perniagaan yang rancak berlaku di sana-sini.

    Kedatangan kami di sambut oleh pemerintah semasa dan juga pembangkang negeri. Kami tidak di sekat . Kami tidak dianiaya .

    Pesanan terdahulu sejak turun temurun oleh TGNA . “Apabila di hulurkan bantuan seperti kewangan / baja / kain pelikat dan lain-lain oleh BN dan sekutu , janganlah di tolak. Ambil kerana semuanya adalah duit-duit dari pembayar cukai negara.. bukannya duit YB, EXCO ataupun parti tersebut..

    walau bagaimanapun kami tidak pernah mendengar pesanan tersebut ..

    Namun begitu, tatkala kami yang di gelar pengundi hantu mengundi .. ‘undi kami adalah tetap rahsia’ …

    Di tangan yang lain ,

    Kaedah Marang / Rhu Rendang menyelesaikan masalah pengundi-pengundi luar/hantu adalah sedikit berbeza. Penumpang-penumpang di sekat. Bas-bas di baling dan di rosakkan .

    Hasilnya , pengundi atas pagar (di atas bas) , kini sudah mengetahui jawapannya untuk mengundi selepas peristiwa itu . Alangkah malangnya kaedah ini ..


    3 komen sehingga kini
    Tinggalkan komen

    Sajak – Rasuah

    Rasuah itu pintu segala kezaliman
    Api neraka jahanam menanti pembalasan
    Syaitan terus memperkudakan nafsu
    Urat-urat malu terputus membunuh harga diri
    Angkara rasuah hempedu perut kian membusuk
    Hindari dan hentikan jenayah kezaliman rasuah.

    Rasuah mengundang jiwa sombong bongkak
    Angkuh berlagak menghimpun harta haram
    Syaitan menjadi sahabat pendorong dalam diam
    Usah bersendiwara seolah beriman
    Allah melaknat kejahatan orang yang munafik
    Hiduplah dengan hakikat dan ketaqwaan yang sebenar.

    Oleh Pena Jingga:-.
    Abang Hassimsah bin Haji Abang Zainal.
    cucupehin@yahoo.com.

    Aku sangat benci dengan orang yang hidup dengan hasil rasuah tapi penuh dengan kesombongan, ingatlah harta haram tidak akan kekal,.tuhan akan tarik satu persatu hilang satu persatu, masalah datang satu persatu. Kenapa?.KERANA ALLAH MELAKNAT RASUAH.

    Comment oleh Abang Hassimsah bin Haji Abang Zainal

    PERASUAH MEMANG CELAKA

    Comment oleh lizawati

    WANITA INI UTUSAN SYAITAN.
    (Buat wanita Hipokrit yang memperdagangkan

    maruah diri demi lagak untuk hidup bergaya)

    Kecantikan mu …
    hanyalah topeng perhiasan
    Kasih sayang mu
    hanyalah sebuah sandiwara
    Bicara manja mu
    hanyalah rayuan penuh dusta
    Kaulah wanita murahan
    wanita utusan syaitan…

    Kecantikanmu …
    kasih sayangmu…
    bicara manjamu…
    adalah senjata ampuh
    yang kau permodalkan
    Untuk menggoda kealpaan lelaki
    Malah kau sanggup
    memperdagangkan nama tuhan
    Demi maksud tipu daya mu tercapai
    Bertapa angkuh dan takburnya
    Seketul daging Qalbi (hati)
    yang membusuk dalam jasadmu

    Kerana mu
    wahai wanita utusan syaitan
    Keimananku..semakin goyah,
    kejahilan ku semakin bertambah..
    Kau menipu penuh dengan tipu daya
    Kaulah menyesatkan nafsu ku
    Kau menyuburkan kebatilan ku
    Hingga aku kecundang tak berarah
    Lupa hakikat realiti dan fantasi….

    Hidupku bernoda berlumpur dosa
    Hanyut dalam gelombang godaan
    Aku lemas dan tewas
    dalam belaian wanita syaitan
    Terperangkap dalam
    pelukan wanita syaitan
    Tersungkur dipelusuk penuh jijik

    Aku bagaikan terlupa
    pada janji-janjiku pada tuhan
    Aku bagaikan lupa
    Pada kalimah keramat syahadah
    Yang ku ucapkan setiap solat
    Aku hilang arah hilang kiblat.

    Ku sedari kini
    bertapa selama ini aku tewas
    aku lemas mengawal nafsu sendiri..
    Hanya kerna wanita utusan syaitan..

    INGATAN:

    Ingatlah..wahai wanita penzina yang hipokrit, janganlah hidup seperti seekor ayam betina yang tidak ‘bereban’ kerana ramai di luar sana ayam-ayam jantan ganas dan buta nafsunya. Bertaubatlah…sedarlah…keluarlah dari kegelapan dosa jangan kau khianati agamamu (Islam), kiblatmu (Kaabah) penghulu mu (junjungan kita Nabi Muhammad S.a.w. ) lafaz keramat mu…Syahadah…

    ABANG HASSIMSAH
    Email-cucupehin@yahoo.com.

    Comment oleh ABANG HASSIMSAH




    Tinggalkan komen
    Barisan ayat dan perenggan akan "break" secara otomatik, alamat e-mail tidak akan terpapar, HTML dibenarkan: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>