My-LocalAgenda

  • Laman

  • kategori

  • Arkib

  • Meta

  • Komen terbaru

    amdang81 pada Ada yang marah
    Ibnul Munzir pada Apa yang sedang di perjuangkan…
    lizawati pada Komentar Local : Senario Polit…
    Abang Hassimsah bin … pada Komentar Local : Senario Polit…
    TG Nik Aziz : PAS pe… pada Menambah baik PAS(Terengg…
  • Top Posts

  • Top Clicks

  • Gugusan Kategori

    alam sekitar bagan pinang dari kaca mata local ekonomi international manik urai pilihanraya kecil kuala terengganu pilihanraya kecil terengganu politik santai soho Umum Uncategorized
  • Label

    16 2010 bajet belanjawan bn budget duit dunia election harga minyak income internet isa kelantan keputusan kerja dari rumah konpirasi kt lumayan muda naik nik aziz parlimen KT pas pendapatan perak permatang pauh perniagaan pilihanraya pkr plihanraya polis PR prk rank result royalti sambilan September soho terengganu umno Umum universiti wahyu
  • Apa yang di tweet?

    • tak mngkin tuan presiden termakan pil-wala MA 1 week ago
    • teliti pejuang2 harta dalam kepimpinan pasukan hijau .. 1 week ago
    • ALERT!Task Force 2010 under mission. 1 week ago
    • Intai2 laporan pencemaran alam oleh penduduk2 di PAKA, TRG. 1 week ago
    • Msyuarat khas PAS mlm ini, mengnai pimpinn bermasalah ? 2 weeks ago
  • Sepanduk:



    Outdoor

  • Pengunjung:

  • RSS Iklan Jual/Beli Hartanah Terengganu :

  • Stat Blog

    • 5,708 hits

  • Berita Umat : Perlu Waspada
    27 Februari, 2009, 3:53 pm
    Difailkan di bawah: alam sekitar, dari kaca mata local | Label: ,

    Published: Thursday February 26, 2009 MYT 6:26:00 PM

    Christian publications can use the word “Allah”

    KUALA LUMPUR: The Malaysian government has allowed Christian publications to use the word “Allah” to refer to God as long as they specify the material is not for the majority Muslims, a church official said Thursday.

    details

    Di fahamkan buat masa ini , ada 3 agama telah menggunakan nama Allah sebagai tuhan mereka , iaitu Islam , Kristian dan juga Sikh.

    Walaupun di ketatkan bahawa perlu ada tulisan ‘UNTUK KRISTIAN SAHAJA’ bagi buku-buku edaran dalaman mereka sahaja , tetapi perlaksanaan mungkin di ragukan.

    Ada juga yang sedang mempromosikan tag’ ‘SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUL NABI ISA’ untuk Hari Natal.

    Hebahan kepada umat agar lebih berwaspada dan tidak terkeliru perlu di sebarkan.



    Ekonomi : Ada 2 pilihan
    27 Februari, 2009, 3:37 pm
    Difailkan di bawah: dari kaca mata local, ekonomi

    1. Kerajaan menggalakkan anda terus berbelanja bagi meningkatkan aktiviti ekonomi dan permintaan.

    2. Economist , menggalakkan anda menyimpan , kerana keparahan kejatuhan kapitalisma ini , tidak di ketahui jangkamasanya .

    Tukar Tiub sudah mula menyatakan rintik-rintik peperangan bakal bermula jika krisis ini terus menjadi dalam dan tk berpenghujung . Ini adalah kejatuhan kapitalisme . Apa sahaja ilmu/teori  ekonomi mengenai free trade , adam smith dan ‘laisez faire’ kini sedang mengalami kehancuran.

    Di UK , di fahamkan sekarang sudah ada pakej beli 1 kereta  dapat 1 kereta pecuma. IXORA / EXORA bila lagi ? :)



    Earth Hour : Terengganu Chapter
    27 Februari, 2009, 1:05 pm
    Difailkan di bawah: alam sekitar, dari kaca mata local | Label: ,

    earthhour
    earthhour_thumb

    aku tak pasti sama ada WWF(Terengganu) telah menghantar info/notis/informasi Earth Hour kepada kerajaan negeri atau premis-premis perniagaan .

    Di mana DOE ? Jabatan Alam Sekitar. Setidak pun mereka sepatutnya menyokong usaha ini.

    Walau bagaimana pun saya berharap agar bangunan-bangunan dan jalan-jalan dapat di padam lampunya.

    Antaranya adalah tempat yang ‘consume’ energy terbanyak seperti :

    1) Kawasan Industri Minyak di Kemaman . ( Light them off dude , you are making millions , sucking things form the earth,  and cannot contribute back for an hour ? )

    2) Wisma Darul Iman , Wisma Negeri dan Wisma Persekutuan

    3) Lampu-lampu jalan especially Jambatan Sultan Mahmud

    4) Hotel-hotel ( adakah mereka sanggup berkorban ? Organize event yang menarik kepada pelanggan anda untuk satu jam ini )

    5) Chalet-chalet di Pulau-pulau . ( adakah mereka juga sanggup berkorban selama sejam ? )

    6) Premis perniagaan : Mydin Mall , Giant Mall , Sabasun ,Mesra Mall dsb. [ break lebih awal ? ]

    7) Anda nyatakan  lokasi lain .

    Jom organize event untuk malam itu ; seperti berkhemah dan melihat bintang indah di langit .

    oil_gas_kerteh

    Cahaya di Kerteh ,Kemaman

    Jambatan Sultan Mahmud

    Jambatan Sultan Mahmud

    Hotel Awan Kijal

    Hotel Awana Kijal

    Persoalan  : Adakah anda merasakan jenayah akan bertambah jika lampu terpadam , atau kerja-kerja nakal akan meningkat ??



    Support/Menyokong Earth Hour
    23 Februari, 2009, 6:51 pm
    Difailkan di bawah: alam sekitar | Label: , , ,

    My-LocalAgenda menyokong Hari Dunia 2009 pada:

    28 Mac 2009 . Jam 8.30mlm – 9.30mlm


    Padamkan semua lampu selama sejam dan biarkan dunia berehat dalam tempoh itu. Adakah itu terlalu sukar untuk anda korbankan ?

    Selain dari premis perumahan di harap premis-premis perniagaan , pasaraya dan shopping mall juga dapat mengambil bahagian dalam acara ‘pengorbanan’ kepada dunia ini.

    Earth Hour 2009 is on 28 March 2009 which happens to be a Saturday. Do your part and switch off your lights for one hour from 8.30pm to 9.30pm.

    Details : http://www.earthhour.org/news/my:en



    DS Nizar di Perak : Permulaan Krisis
    22 Februari, 2009, 3:28 pm
    Difailkan di bawah: Uncategorized | Label: , ,

    ..

    Saya terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, sayalah yang akan menunggu DYMM Sultan didalam bilik khas). DYMM menyatakan kepada saya:-

    1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju trus dengan BN

    2. Adun Bota (YB dato Nasa) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN

    3. Ketiga Adun Behrang, Cgkt jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3)

    4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.

    Saya sudah terlintas dihati yang sesuatu tak kena akan terjadi makanya ,
    saya mohon mencelah dari DYMM Sultan dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-

    i. Saya hanya memohon perkenan kebawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan saya sebagai MB dan ketua DUN.

    ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.

    iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.

    iv. Bila DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sekali gus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi Istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini Keadilan yang kita laung-laungkan.

    v. Saya ajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur di atas anugerah Ilahi dalam sambutan Jubli Perak dengan Allah SWT memanjangkan usia DYMM Tuanku hingga ke 82 tahun. Saya seru agar merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini dengan mengembalikan hak rakyat serta pengampunan dari Allah SWT

    vi. Saya nyatakan dengan jelas jika Tuanku bubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi Istana.

    vii. Disebaliknya saya nyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi di Raja dan Tuanku sendiri.

    viii. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku dimanakah maruah kerajaan UMNO BN dengan mengambil 3 orang wakil rakyat (Jamaluddin, Kapt Osman dan Hee) sebagai penyokong mereka semata-mata hendakkan simple majoriti, yang mana 2 daripada mereka (Jamaluddin dan Osman) telah dituduh oleh pimpinan UMNO terdahulu dari itu sebagai mengambil rasuah meluluskan projek perumahan di Perak Tengah bernilai RM180juta dan menerima habuan serta sedekah seks (yang mana projek tersebut tidak wujud pun! Sengaja diada-adakan oleh pihak BPR pusat untuk mejatuhkan kerajaan PR). Kedua mereka akan menghadapi perbicaraan di mahkamah session Ipoh pada 10 Feb 2009. Saya juga katakan kepada DYMM Sultan seandainya pertuduhan ke atas mereka lekat, maka apa akan terjadi kepada kerajaan itu kelak. Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat jelata akan melihat sebagai campurtangan pihak Istana dan ini akan mencemarkan imej dan kedaulatan Istana.

    ix. Saya beri maklum bahawa jika dibubarkan DUN Perak seluruh institusi Istana di Malaysia pasti akan mendapat penghormatan tertinggi dikacamata rakyat jelata dan masyarakat dunia dalam dan luar negeri akan turut menghormati DYMM Tuanku. Kekebalan dan kekuasaan diraja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh UMNO sewaktu dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir. Semua institusi kesultanan di Malaysia akan mendapat imej baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.

    x. Saya sebut secara verbatim kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku hadiahkan kepada saya sewaktu menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. Buku berjodol “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance” (Selected essays and speeches,by HRH Sultan Azlan Shah, edited by Professor Dato’ Seri Visu Sinnadurai, tahun 2004, saya bacakan kepada Tuanku berbunyi, “under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di Pertuan Agong would not withold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal”.

    Selepas saya baca ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim dan lembut ungkap, saya merayu agar Tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata Tuanku tersebut. Bahkan saya sebut bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku di dalamnya menjadi rujukan penghakiman semua negara Commonwealth sebagai suatu peradaban undang-undang yang luhur.

    xi. Saya mengingatkan kepada DYMM Tuanku bahawa banyak negara seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi di Raja, namun apabila keputusan Istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan mengenepikan kehendak hak rakyat, maka kini institusi tersebut telah hilang.

    xii Saya merayu bahawa pada ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, ucapan Tuanku, ucapan Raja Muda dan juga ucapan saya telah menitik beratkan soal keadilan, hak rakyat dan good governance. Siaran tersebut telah dibuat liputan langsung oleh TV Bernama dan akhirnya saya dengan penuh rendah diri dengan Nama Allah, memohon kepada DYMM Tuanku agar di bubarkan DUN Perak.

    Sebaik-baik sahaja habis saya sebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, “Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan”.

    Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, “Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka”.

    Berita Penuh di : http://perakdaily.com/?p=654



    Sewa canopy
    22 Februari, 2009, 1:46 am
    Difailkan di bawah: Uncategorized | Label: ,

    Berita Palsu :

    Perkhidmatan sewa canopy puteh di perlukan di Bukit Gantang,Perak dan Bukit Selambau,Kedah

    Pembekal yang sanggup memberi sewaan berserta set karoke percuma akan di utamakan.

    Sewaan lumayan. Pembayaran lambat

    Berminat ? Sila daftar di bawah.



    YM dari rakan
    22 Februari, 2009, 12:49 am
    Difailkan di bawah: santai | Label: ,

    Terima YM dari rakan menyatakan bahawa nombor-nombor hp ini sedang di ‘bid’ di internet dengan nilaian RM10K ke atas.

    012 8080808 / 012 8000008 / 012 8000000

    Amcam ? Ada BRAN ?



    Sinopsis Ucapan LKS
    19 Februari, 2009, 10:58 pm
    Difailkan di bawah: ekonomi

    Ucapan Lim Kit Siang semasa perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja pada 18 hb February 2009 di Dewan Rakyat.

    Banyak fakta-fakta ekonomi menarik dalam ucapan ini.

    Artikel asal di sini .

    Di antara isi kandungannya adalah :

    Sebenarnya, sejak saya dipilih sebagai ahli parlimen 40 tahun yang lepas, saya tidak pernah merasa begitu mual dan jijik terhadap tahap hina politik negara kita. Ia telah menjunam ke tahap rendah terbaru yang digambarkan oleh perampasan kuasa secara haram, melanggar perlembagaan persekutuan dan tidak bermoral di Perak serta perlanggaran kebebasan peribadi serta pencabulan kehormatan Elizabeth Wong, seorang anggota Exco wanita di Selangor.

    Mengenai perihal ekonomi pula LKS menyebutkan mengenai penafian BN mengenai keadaan ekonomi negara pada peringkat awal.  Kerajaan yang peka seharusnya telah bersedia membuat perancangan pada mula keadaan resesi ekonomi terjadi. Di antara lain beliau menyebut:

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan PerIndustrian berkata pada bulan Oktober tahun lalu bahawa ekonomi Malaysia tidak akan terjejas oleh krisis kewangan Amerika Syarikat. Menteri menjelaskan bahawa Malaysia tidak lagi bergantung kepada ekspot ke Amerika Syarikat, dan telahpun mempelbagaikan ekspot ke negara-negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, China, India dan Eropah.  Menteri telahpun terlupa bahawa negara-negara lain juga akan mengalami kesan kemerosotan ekonomi yang juga akan membawa impek negatif yang besar kepada perindustrian di Malaysia.

    Pada bulan November, Menteri Kewangan Kedua mendesak bahawa ekonomi Malaysia terlindung daripada kemelesetan ekonomi dunia sebab ekspot ke China dan India tetap kukuh.  Menteri berkata bahawa Malaysia yakin mencapai penumbuhan GDP 3.5% walaupun ekonomi negara lain telah merosot.

    Pada 4hb Disember, Timbalan Menteri Kewangan Kong Cho Ha pula memberitahu Dewan Negara bahawa Malaysia hanya akan merasai cubitan yang sedikit sahaja daripada impek crisis pinjaman sub-prime kerana kita mempunyai ekonomi domestik yang kukuh.

    Pada Jan 10 awal tahun ini Menteri Kewangan Kedua masih mendesak bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi, rakyat Malaysia hanya akan merasa kesan “ripple effect” akibat kemerosotan ekonomi seluruh dunia.  Menteri Kewangan juga berkata bahawa ekonomi Malaysia masih kukuh walaupun negara lain mengalami kemelesetan dan pengecutan ekonomi.

    Kerajaan pada asalnya melahirkan keyakinan bahawa ekonomi Malaysia dapat mencapai pertumbuhan 5.4% apabila Bajet 2009 dibentangkan di parliamen.  Akan tetapi dalam masa 2 bulan, anggaran tersebut direndahkan kepada 3.5%, dan dipertahankan selama 3 bulan dan kini, Menteri Kewangan akhirnya mengakui bahawa anggaran pertumbuhan GDP perlu direndahkan sekali lagi, walaupun tiada rakyat Malaysia yang berpengetahuan masih percaya terhadap anggaran dan perutusan yang diumumkan oleh kerajaan lagi.

    Desakan PR untuk menilai semula budget 2009 yang di bentangkan baru-baru ini telah di tolak mentah-mentah .  Sebaliknya BN mengatakan bahawa budget tersebut tidak perlu di semak semula , walaupun anggaran pendapatan negara dari petroluem di kira pada kadar USD125/tong , dan pada masa pembentangan adalah sekitar USD80/tong , dan harga semasa sekitar USD35-40/tong . Penurunan  melebihi 70%! . Bagaimana pula mengenai penurunan pendapatan hasil dari sawit dan getah ?

    Pada bulan Oktober, penggal parlimen yang lalu pemimpin dan ahli parlimen Pakatan Rakyat telahpun dengan sebulat suara menyeru supaya Menteri Kewangan yang baru mengemukakan satu bajet yang baru, yang lebih bersesuaian dengan cabaran ekonomi yang dihadapi oleh negara kita.  Tapi tidak, kerajaan yang bersifat sombong langsung tidak mengambil prihatin tentang kemerosotan ekonomi dan secara angkuh mendesak bahawa bajet asal adalah mencukupi.

    Kami telah mendesak bahawa ekonomi Malaysian akan tercabar kerana harga petroluem telahpun jatuh ke tahap 80 US dolar setong, berbanding dengan 125 US dolar yang dianggarkan oleh kerajaan. Pada masa ini, harga petroluem setong hanya sebanyak 35 US dolar setong.

    Kami mengkritik bahawa perbelanjaan kerajaan terlalu optimis dengan hasil yang dapat dikutip, dan kekurangan tumpuan kepada perbelanjaan pembangunan berbanding dengan perbelanjaan pengurusan.  Akan tetapi, reaksi kerajaan merupakan satu sifat penafian yang amat mengecewakan.

    Akhirnya, dua hari yang lalu, hari Selasa, Timbalan Perdana Menteri yang juga selaku Menteri Kewangan,  Datuk Seri Najib Tun Razak berkata unjuran kadar pertumbuhan 3.5 peratus Malaysia “akan disemak semula bagi tahun 2009″ walaupun pihak juruanalisis ekonomi bank tempatan seperti RHB dan  CIMB telahpun sejak beberapa bulan yang lalu menganggar bahawa pertumbuhan hanya akan berada di sekitar sifar.

    Amaran yang begitu tepat dan teliti yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tidak diendahkan dan diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional. Keengganan BN menhadapi masalah dan cabaran krisis ekonomi di hadapan kita telah menjejaskan ekonomi negara.

    Dengan perbelanjaan defisit selama 12 tahun berturut-turut , adakah kerajaan bersedia untuk hari-hari lembapan sebegini? Dengan ekonomi defisit, wang stimulus tersebut sudah tentu akan datang dari pembayar cukai .

    Kekurangan wang untuk perbelanjaan stimulus merupakan kesan pembaziran semenjak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.  Walaupun, kerajaan Malaysia mendapat hasil “durian runtuh” daripada peningkatan harga petroluem daripada 24 US dolar setong ke setinggi 147 US dolar, setiap sen pendapatan yang diuntungi telahpun dibelanjakan dengan begitu sahaja pada tahun-tahun yang lalu.

    Malah, bukan sahaja kesemua keuntungan ‘durian runtuh’ petroluem ini dibelanjakan, kerajaan Barisan Nasional meneruskan perbelanjaan defisit 12 tahun berturut-turutan tanpa mengira keadaan ekonomi yang lemah ataupun kuat.

    Perbelanjaan Pengurusan yang terlalu tinggi

    Jelas sekali, perbelanjaan pengurusan kerajaan telahpun meningkat dengan dahsyat sekali daripada 73 bilion ringgit pada tahun 2003 sehingga 154 billion ringgit  yang diperuntukkan tahun ini. Ia merupakan peningkatan melebihi 110% dalam masa 6 tahun sahaja.  Hasil pendapatan kerajaan yang sepatutnya dijimatkan, ataupun digunakan untuk perbelanjaan pembangunan telahpun digunakan untuk membina sebuah kerajaan besar “big government” yang memboros, tidak effisien, kurang berkesan dan yang teruk sekali, dilandai rasuah.

    Apa yang menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional telah kehilangan arah dan akal dengan paling jelas sekali ialah apabila Perbendaharaan menterbalikkan keputusan menjimatkan wang pengurusan kerajaan dalam masa 3 bulan sahaja pada awal tahun ini.  Perbendaharaan kini menggalakkan kakitangan kerajaan membuat perbelanjaan lebih untuk melengkapkan dan menyelenggarakan pejabat, membeli kereta, ataupun memindah ke pejabat ataupun bangunan yang lebih mewah.

    Menurut pakar ekonomi wang stimulus akan hanya mampu bertahan dalam sesuatu tempoh , sehingga ‘ buih’ tersebut pecah . Persoalan yang paling ketara adalah :

    adakah wang stimulus itu akan memberi impak kepada orang-ramai ? atau di gunakan untuk membayar hutang-hutang pinjaman sahaja ?

    Itu kewangan negara.

    Bagaimana pula mengenai kewangan negeri ?

    Siapa yang bentangkan ?



    Butang separuh tak siap kepada SIAP .
    19 Februari, 2009, 9:19 am
    Difailkan di bawah: Umum, dari kaca mata local, santai

    Aizam membuat semula butang ’separuh tak siap’ sehinga menjadi.

    TQ.



    Banyak orang buat sepanduk
    18 Februari, 2009, 2:13 pm
    Difailkan di bawah: Umum, santai | Label:

    Banyak Ramai orang buat banyak sepanduk.
    Ada sepanduk anti-ISA , ada sepanduk daulat-tuanku , sepanduk GERAMM , dan macam-macam sepanduk lagi. Aku mencari satu sepanduk ni , tapi tak ada.

    Sepanduk yang aku cari adalah :

    ” MAMA ! JANGAN DI BUANG BAYI ITU! :-(