My-LocalAgenda

  • Laman

  • kategori

  • Arkib

  • Meta

  • Komen terbaru

    ABANG HASSIMSAH pada Komentar Local : Senario Polit…
    amdang81 pada Ada yang marah
    Ibnul Munzir pada Apa yang sedang di perjuangkan…
    lizawati pada Komentar Local : Senario Polit…
    Abang Hassimsah bin … pada Komentar Local : Senario Polit…
  • Top Posts

  • Top Clicks

  • Gugusan Kategori

    alam sekitar bagan pinang dari kaca mata local ekonomi international manik urai pilihanraya kecil kuala terengganu pilihanraya kecil terengganu politik santai soho Umum Uncategorized
  • Label

    2010 bajet belanjawan bn budget duit dunia election harga minyak hijau income internet isa kelantan keputusan kerja dari rumah kitar semula konpirasi kt lumayan muda naik nik aziz parlimen KT pas pendapatan perak permatang pauh perniagaan pilihanraya pkr plihanraya polis PR prk rank result royalti sambilan soho terengganu umno Umum universiti wahyu
  • Apa yang di tweet?

    • tak mngkin tuan presiden termakan pil-wala MA 3 weeks ago
    • teliti pejuang2 harta dalam kepimpinan pasukan hijau .. 3 weeks ago
    • ALERT!Task Force 2010 under mission. 3 weeks ago
    • Intai2 laporan pencemaran alam oleh penduduk2 di PAKA, TRG. 3 weeks ago
    • Msyuarat khas PAS mlm ini, mengnai pimpinn bermasalah ? 4 weeks ago
  • Sepanduk:

    recycle_thumb

    Outdoor

  • Pengunjung:

  • RSS Iklan Jual/Beli Hartanah Terengganu :

  • Stat Blog

    • 5,840 hits

  • Bagan Pinang : BN calon ISA
    29 September, 2009, 8:37 pm
    Difailkan di bawah: dari kaca mata local, politik | Label: , ,
    Isa Afro

    Isa Afro

    BN telah pun mengumumkan calonnya.

    TVBN malam ini nampaknya lebih memualkan dari biasa.

    Orang-orang India memberi komen kebaikan ISA.

    Tentera-tentera dipuji-puji dan BN menyuruh semua tentera-tentera ‘bersyukur’ dengan kemudahan yang di beri BN.

    Dalam lokasi lain ada kumpulan sedang mencanangkan agenda HAPUSKAN ISA!

    Sah! kumpulan biru dan merah dah ketandusan pimpinan.

    Orang-orang muda semua dah lari…



    Analisa Kadar Zakat
    2 September, 2009, 3:50 pm
    Difailkan di bawah: dari kaca mata local, ekonomi

    Kadar zakat untuk setiap ngeri telah di keluarkan pada akhir Ogos lepas.

    Jom kita semak kadar zakat tersebut.

    Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang – RM7
    Terengganu – RM5, RM7 dan RM8
    Johor – RM5 dan RM7.50
    Sabah – RM6.60
    Negeri Sembilan – RM6.50
    Melaka – RM6.30
    Sarawak dan Perlis – RM6

    Sumber : BERNAMA

    * zakat fitrah Kelantan 2008 ( 1429H) – RM 7.60

    update : Kelantan tetapkan zakat fitrah 2009 RM6.90

    Secara umumnya kadar zakat adalah antara RM5-RM8 pada tahun ini.

    Saya , percaya Majlis Agama tidak menetapkan kadar-kadar ini dengan sewenangnya.

    Pada dasar, kadar zakat fitrah adalah mengikut kadar harga beras di sesuatu negeri atau kawasan , tetapi dalam konteks sekarang , kadar yang di tetapkan adalah bergantung kepada pendapatan dan juga ekonomi setempat.

    Sebanyak enam(6) negeri telah menetapkan satu kadar , iaitu sebanyak RM7, tanpa pecahan-pecahan lain.

    Sabah , telah menetapkan 1 kadar, bagi semua umat Islam di sana, iaitu – RM6.60.

    Negeri Sembilan juga telah menetapkan dengan satu kadar , iaitu – RM6.50.

    Melaka juga menetapkan dengan 1 kadar sekata , iaitu -RM6.30

    Selain itu , Sarawak dan Perlis juga telah menetapkan dengan satu kadar yang sama , iaitu – RM6 . Ia merupakan kadar rata tanpa pecahan yang terendah antara negeri.

    Johor telah menetapkan dua kadar , iaitu RM5, dan RM7.50.

    Di antara negeri-negeri tersebut , Terengganu telah menetapkan 3 kadar , iaitu RM5, RM7 dan RM8
    Data ini amat menarik untuk di olah. Tiga kadar berbeza untuk satu negeri. Mengapa ?

    RM5 merupakan nilai zakat terendah antara semua negeri termasuk Johor , manakala nilai RM8 adalah kadar tertinggi antara semua negeri.

    Jika di lihat secara kasar, terdapat 3 kelompok umat Islam di Terengganu yang mampu membayar zakat. RM5, merupakan pembayar pada kelas terendah , RM7 pada kelas sederhana , dan RM8 pada kelas tertinggi.

    Data tersebut, seakan membenarkan tag yang menyatakan bahawa Terengganu adalah sebuah negeri kaya , yang masih mempunyai kadar kemiskinan yang agak tinggi. Dalam konteks ini, ianya tergolong dalam kategori pembayar zakar pada kelas terendah.

    Manakala pembayar pada kelas tertinggi , RM8 ,menunjukkan sebahagian daripada rakyat Terengganu mampu membayar zakat pada kadar yang lebih tinggi dari negeri-negeri lain.

    Apakah yang jelas di sini ? Adakah ini sebenarnya menunjukkan agihan ekonomi yang tidak sekata ?

    Atau adakah ini menunjukkan bahawa Terengganu masih mempunyai penduduk miskin sedangkan negeri ini sedang mengalami inflasi mendahului negeri lain ?