My-LocalAgenda

  • Laman

  • kategori

  • Arkib

  • Meta

  • Komen terbaru

    ABANG HASSIMSAH pada Komentar Local : Senario Polit…
    amdang81 pada Ada yang marah
    Ibnul Munzir pada Apa yang sedang di perjuangkan…
    lizawati pada Komentar Local : Senario Polit…
    Abang Hassimsah bin … pada Komentar Local : Senario Polit…
  • Top Posts

  • Top Clicks

  • Gugusan Kategori

    alam sekitar bagan pinang dari kaca mata local ekonomi international manik urai pilihanraya kecil kuala terengganu pilihanraya kecil terengganu politik santai soho Umum Uncategorized
  • Label

    2010 bajet belanjawan bn budget duit dunia election harga minyak hijau income internet isa kelantan keputusan kerja dari rumah kitar semula konpirasi kt lumayan muda naik nik aziz parlimen KT pas pendapatan perak permatang pauh perniagaan pilihanraya pkr plihanraya polis PR prk rank result royalti sambilan soho terengganu umno Umum universiti wahyu
  • Apa yang di tweet?

    • tak mngkin tuan presiden termakan pil-wala MA 4 weeks ago
    • teliti pejuang2 harta dalam kepimpinan pasukan hijau .. 4 weeks ago
    • ALERT!Task Force 2010 under mission. 4 weeks ago
    • Intai2 laporan pencemaran alam oleh penduduk2 di PAKA, TRG. 4 weeks ago
    • Msyuarat khas PAS mlm ini, mengnai pimpinn bermasalah ? 1 month ago
  • Sepanduk:

    recycle_thumb

    Outdoor

  • Pengunjung:

  • RSS Iklan Jual/Beli Hartanah Terengganu :

  • Stat Blog

    • 5,876 hits

  • Analisa Kadar Zakat
    2 September, 2009, 3:50 pm
    Difailkan di bawah: dari kaca mata local, ekonomi

    Kadar zakat untuk setiap ngeri telah di keluarkan pada akhir Ogos lepas.

    Jom kita semak kadar zakat tersebut.

    Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang – RM7
    Terengganu – RM5, RM7 dan RM8
    Johor – RM5 dan RM7.50
    Sabah – RM6.60
    Negeri Sembilan – RM6.50
    Melaka – RM6.30
    Sarawak dan Perlis – RM6

    Sumber : BERNAMA

    * zakat fitrah Kelantan 2008 ( 1429H) – RM 7.60

    update : Kelantan tetapkan zakat fitrah 2009 RM6.90

    Secara umumnya kadar zakat adalah antara RM5-RM8 pada tahun ini.

    Saya , percaya Majlis Agama tidak menetapkan kadar-kadar ini dengan sewenangnya.

    Pada dasar, kadar zakat fitrah adalah mengikut kadar harga beras di sesuatu negeri atau kawasan , tetapi dalam konteks sekarang , kadar yang di tetapkan adalah bergantung kepada pendapatan dan juga ekonomi setempat.

    Sebanyak enam(6) negeri telah menetapkan satu kadar , iaitu sebanyak RM7, tanpa pecahan-pecahan lain.

    Sabah , telah menetapkan 1 kadar, bagi semua umat Islam di sana, iaitu – RM6.60.

    Negeri Sembilan juga telah menetapkan dengan satu kadar , iaitu – RM6.50.

    Melaka juga menetapkan dengan 1 kadar sekata , iaitu -RM6.30

    Selain itu , Sarawak dan Perlis juga telah menetapkan dengan satu kadar yang sama , iaitu – RM6 . Ia merupakan kadar rata tanpa pecahan yang terendah antara negeri.

    Johor telah menetapkan dua kadar , iaitu RM5, dan RM7.50.

    Di antara negeri-negeri tersebut , Terengganu telah menetapkan 3 kadar , iaitu RM5, RM7 dan RM8
    Data ini amat menarik untuk di olah. Tiga kadar berbeza untuk satu negeri. Mengapa ?

    RM5 merupakan nilai zakat terendah antara semua negeri termasuk Johor , manakala nilai RM8 adalah kadar tertinggi antara semua negeri.

    Jika di lihat secara kasar, terdapat 3 kelompok umat Islam di Terengganu yang mampu membayar zakat. RM5, merupakan pembayar pada kelas terendah , RM7 pada kelas sederhana , dan RM8 pada kelas tertinggi.

    Data tersebut, seakan membenarkan tag yang menyatakan bahawa Terengganu adalah sebuah negeri kaya , yang masih mempunyai kadar kemiskinan yang agak tinggi. Dalam konteks ini, ianya tergolong dalam kategori pembayar zakar pada kelas terendah.

    Manakala pembayar pada kelas tertinggi , RM8 ,menunjukkan sebahagian daripada rakyat Terengganu mampu membayar zakat pada kadar yang lebih tinggi dari negeri-negeri lain.

    Apakah yang jelas di sini ? Adakah ini sebenarnya menunjukkan agihan ekonomi yang tidak sekata ?

    Atau adakah ini menunjukkan bahawa Terengganu masih mempunyai penduduk miskin sedangkan negeri ini sedang mengalami inflasi mendahului negeri lain ?


    6 komen sehingga kini
    Tinggalkan komen

    kaye negeri kite, ado lampu cheh mbouh cheh mbouh………

    Komen oleh adi

    [...] . Kawan aku buat analisa ke atas kadar zakat Negeri Terengganu [ Mesti Baca dan faham betul betul dan kaitkan dengan tajuk yang aku tulis tu [...]

    Ping balik oleh kaye k’rajae kite, ade la’pu cheh mbouh cheh mbouh « hardyweb:perjalanan hidupku™

    aku pun rasa pelik…macam man leh jadi macam tu…ari ayah aku terkejut bila bagitau zakat terengganu ada 2 jenis…dia kata macam man leh jadi macam tu

    Komen oleh kita

    Salam Ramadan Al Mubarak untuk semua..terima kasih kepada sahabat ku yang dikasihi saudara Adi yang begitu rajin untuk membuat ramai orang TAHU,INGAT serta MENUNAIKAN apa yang terkandung dalam Rukun Islam ini. Namun apa yang membuat sy terpanggil untuk meninggalkan komen disini ialah tentang KADAR yang ‘pelbagai’ untuk rakyat di bumi DARUL IMAN ini. Sy tidak tahu adakah ini menjadi sesuatu pelik atau sebaliknya pada orang lain tetapi pada sy perkara ini telah menimbulkan satu tanda tanya dalam kepala ni kenapa negeri2 lain di MALAYSIA ni hanya ada satu atau dua sahaja kadar ZAKAT FITRAH tersebut? sy rasa PM kita kan dah lancarkan ONE ( SATU @ SE JE ) MALAYSIA baru2 ni kan..so what’s the meaning bout this..?

    Komen oleh m_aiman'09

    Terengganu tetapkan zakat dgn kadar yg paling adil…
    ambik kira org miskin kaye…

    btui tu anok_ganu ..

    cara ni mungkin di buat untuk maksima kan kutipan dalam lanskap ekonomi negeri ..

    Jom, lepas ni kita tgk adakah kutipan kita paling maksima antara negeri pulok ..
    hasil kutipan ada petanda lain pulok tu..

    - localgenda –

    Komen oleh Anok ganu

    Kekadang terfikir2 asalnya kadar zakat fitrah ialah satu gantang beras shj. 3 kadar ini boleh menimbulkan pelbagai persoalan. Sewajarnya ditetapkan 1 kadar yg selaras dan pada masa yang sama disuburkan budaya menderma / bersedekah. Lebih2 lagi di bulan yg mulia ini satu amalan sunat diberi ganjaran fardhu.

    Komen oleh Abu Darwish




    Tinggalkan komen
    Barisan ayat dan perenggan akan "break" secara otomatik, alamat e-mail tidak akan terpapar, HTML dibenarkan: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>