My-LocalAgenda

  • Laman

  • kategori

  • Arkib

  • Meta

  • Komen terbaru

    ABANG HASSIMSAH pada Komentar Local : Senario Polit…
    amdang81 pada Ada yang marah
    Ibnul Munzir pada Apa yang sedang di perjuangkan…
    lizawati pada Komentar Local : Senario Polit…
    Abang Hassimsah bin … pada Komentar Local : Senario Polit…
  • Top Posts

  • Top Clicks

  • Gugusan Kategori

    alam sekitar bagan pinang dari kaca mata local ekonomi international manik urai pilihanraya kecil kuala terengganu pilihanraya kecil terengganu politik santai soho Umum Uncategorized
  • Label

    2010 bajet belanjawan bn budget duit dunia election harga minyak hijau income internet isa kelantan keputusan kerja dari rumah kitar semula konpirasi kt lumayan muda naik nik aziz parlimen KT pas pendapatan perak permatang pauh perniagaan pilihanraya pkr plihanraya polis PR prk rank result royalti sambilan soho terengganu umno Umum universiti wahyu
  • Apa yang di tweet?

    • tak mngkin tuan presiden termakan pil-wala MA 3 weeks ago
    • teliti pejuang2 harta dalam kepimpinan pasukan hijau .. 3 weeks ago
    • ALERT!Task Force 2010 under mission. 3 weeks ago
    • Intai2 laporan pencemaran alam oleh penduduk2 di PAKA, TRG. 3 weeks ago
    • Msyuarat khas PAS mlm ini, mengnai pimpinn bermasalah ? 4 weeks ago
  • Sepanduk:

    recycle_thumb

    Outdoor

  • Pengunjung:

  • RSS Iklan Jual/Beli Hartanah Terengganu :

  • Stat Blog

    • 5,854 hits

  • Sepanduk : Komuniti Kitar Semula
    15 November, 2009, 12:15 pm
    Difailkan di bawah: alam sekitar, dari kaca mata local | Label: , , ,

    Untuk tatapan.

    sampah1

    sampah2

    sampah3

    sampah4

    sampah5

    Lontarkan sahaja sepanduknya.

    recycle

    recycle_thumb

    Sokong program kebersihan dan kitar semula. Anjurkan program-program HIJAU di kawasan anda.
    Kurangkan penggunaan beg plastik, dan jangan campak sampah keluar dari kenderaan anda!



    Mana Mungkin
    17 Mei, 2009, 2:57 pm
    Difailkan di bawah: alam sekitar, dari kaca mata local

    Terdapat 2 perkara yang pasti memangkin kepesatan sesebuah bandar atau kawasan.

    1. Sumber Informasi yang dapat di capai dengan mudah. Ini bermakna kemudahan internet perlu ‘available’ semaksima mungkin .

    Di ‘bandaraya’ Kuala Terengganu sendiri capai-an internet ‘percuma’ terutamanya dalam bentuk wi-fi masih sukar untuk di dapati , kecuali di kawasan Mayang Village . Itu pun tidak menjanjikan 100%.

    2. Masih Pengangkutan Awam yang Efisien.

    Saya pernah bertanya kepada seorang kawan , mengenai sistem pengangkutan awam negeri. Samaada jaringan pekan atau daerah . Di sini saya ingin tekankan jaringan antara pekan-pekan atau kampung sekitar bandaraya ini sendiri.

    Untuk soalan tadi , rakan saya menjawab sistem pengangkutan awam di KT sudah ok. Saya terlupa rakan saya tadi memakai kereta Merz sebagai kereta peribadinya. Entah bila kali terakhir beliau menaiki pengangkutan awam di KT sendiri.

    Sebagai negeri yang kaya dengan limpahan minyak dan royalti , saya percaya 2 perkara ini , boleh di selesaikan dengan mudah. Mengikut kata tuan pengerusi MAMPAT dalam satu sesi borak santai , beliau mengatakan sekurang-kurangnya RM10B-15B , duit royalti minyak Teregganu di belanjakan dengan secara tidak jelas.

    Saya percaya jika pemerintah yang peka, dan bijak mengurus dan mentadbir, serta berkehendak untuk memaju kawasan setempat demi rakyat , perkara ini telah di masukkan ke dalam agenda pembangunan dengan lebih awal.

    Semacam saya ingin mengadakan kempen , tidak menggunakan motokar peribadi selama seminggu , untuk menyelesaikan apa-apa tugasan di sekitar bandar dan sub-bandar. Bukan sahaja menjimatkan petrol malah membantu kempen bumi hijau secara terus.

    Bilakah agaknya, hanya basikal di benarkan berlegar dalam bandaraya seperti di sesetangah bandar lain.

    Ahh , ini negara dunia ke-3 . Mana mungkin itu berlaku.

    Cabaran seterusnya ? Bagaimana menjadikan bandaraya ini sebagai bandaraya yang beroperasi dalam kos kompetitif dan berjaya menarik pelaburan luar?



    Berita Umat : Perlu Waspada
    27 Februari, 2009, 3:53 pm
    Difailkan di bawah: alam sekitar, dari kaca mata local | Label: ,

    Published: Thursday February 26, 2009 MYT 6:26:00 PM

    Christian publications can use the word “Allah”

    KUALA LUMPUR: The Malaysian government has allowed Christian publications to use the word “Allah” to refer to God as long as they specify the material is not for the majority Muslims, a church official said Thursday.

    details

    Di fahamkan buat masa ini , ada 3 agama telah menggunakan nama Allah sebagai tuhan mereka , iaitu Islam , Kristian dan juga Sikh.

    Walaupun di ketatkan bahawa perlu ada tulisan ‘UNTUK KRISTIAN SAHAJA’ bagi buku-buku edaran dalaman mereka sahaja , tetapi perlaksanaan mungkin di ragukan.

    Ada juga yang sedang mempromosikan tag’ ‘SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUL NABI ISA’ untuk Hari Natal.

    Hebahan kepada umat agar lebih berwaspada dan tidak terkeliru perlu di sebarkan.



    Earth Hour : Terengganu Chapter
    27 Februari, 2009, 1:05 pm
    Difailkan di bawah: alam sekitar, dari kaca mata local | Label: ,

    earthhour
    earthhour_thumb

    aku tak pasti sama ada WWF(Terengganu) telah menghantar info/notis/informasi Earth Hour kepada kerajaan negeri atau premis-premis perniagaan .

    Di mana DOE ? Jabatan Alam Sekitar. Setidak pun mereka sepatutnya menyokong usaha ini.

    Walau bagaimana pun saya berharap agar bangunan-bangunan dan jalan-jalan dapat di padam lampunya.

    Antaranya adalah tempat yang ‘consume’ energy terbanyak seperti :

    1) Kawasan Industri Minyak di Kemaman . ( Light them off dude , you are making millions , sucking things form the earth,  and cannot contribute back for an hour ? )

    2) Wisma Darul Iman , Wisma Negeri dan Wisma Persekutuan

    3) Lampu-lampu jalan especially Jambatan Sultan Mahmud

    4) Hotel-hotel ( adakah mereka sanggup berkorban ? Organize event yang menarik kepada pelanggan anda untuk satu jam ini )

    5) Chalet-chalet di Pulau-pulau . ( adakah mereka juga sanggup berkorban selama sejam ? )

    6) Premis perniagaan : Mydin Mall , Giant Mall , Sabasun ,Mesra Mall dsb. [ break lebih awal ? ]

    7) Anda nyatakan  lokasi lain .

    Jom organize event untuk malam itu ; seperti berkhemah dan melihat bintang indah di langit .

    oil_gas_kerteh

    Cahaya di Kerteh ,Kemaman

    Jambatan Sultan Mahmud

    Jambatan Sultan Mahmud

    Hotel Awan Kijal

    Hotel Awana Kijal

    Persoalan  : Adakah anda merasakan jenayah akan bertambah jika lampu terpadam , atau kerja-kerja nakal akan meningkat ??



    Support/Menyokong Earth Hour
    23 Februari, 2009, 6:51 pm
    Difailkan di bawah: alam sekitar | Label: , , ,

    My-LocalAgenda menyokong Hari Dunia 2009 pada:

    28 Mac 2009 . Jam 8.30mlm – 9.30mlm


    Padamkan semua lampu selama sejam dan biarkan dunia berehat dalam tempoh itu. Adakah itu terlalu sukar untuk anda korbankan ?

    Selain dari premis perumahan di harap premis-premis perniagaan , pasaraya dan shopping mall juga dapat mengambil bahagian dalam acara ‘pengorbanan’ kepada dunia ini.

    Earth Hour 2009 is on 28 March 2009 which happens to be a Saturday. Do your part and switch off your lights for one hour from 8.30pm to 9.30pm.

    Details : http://www.earthhour.org/news/my:en



    Apa yang KT/Terengganu perlukan..
    25 Januari, 2009, 5:36 pm
    Difailkan di bawah: alam sekitar, dari kaca mata local, ekonomi, politik

    Sebelum melangkah ke isu-isu lain , saya cuba tutup dengan beberapa permintaan rakyat di KT dan Terengganu .

    1. sistem pengangkutan awam

    Walaupun di beri jolokan ‘Kuwait’ Malaysia , Terengganu dan ibu negerinya Kuala Terengganu masih di kategorikan daif . Pembangunan berlaku hanya unutk mengisi sesetengah kantong kontraktor pilihan . Hampir 20 tahun berlalu , jika anda pernah berkunjung di KT ,  tiada pembangunan drastik yang sebenarnya kelihatan . Tiada bangunan baru yang kelihatan .

    Kompleks Paya Bunga , sebuah bangunan perniagaan di sebelah perhentian bas negeri terbengkalai semenjak tahun 1990an lagi. Apa yang di lakukan adalah menggaburi sedikit mata rakyat , dengan mengecat bangunan tersebut dari laur , agar tidaklah terlalu sakit mata rakyat dan pelancong yang melihatnya.

    2 buah pasaraya besar Giant , dan Mydin di bina sebelah-menyebelah  di katakan adalah tidak praktikal dari segi lokasi , walaupun begitu ,ia  mampu memberi persaingan sihat  dan mengurangkan tekanan harga barangan kepada pembeli. Jadi rakyat senang untuk membuat perbezaan harga. Biasanya , Mydin yang lebih menonjol dari segi murahnya harga barangan ( tips pembelian!)

    Itu isu , pembangunan fizikal. Kita masuk kepada isu utama ; kebobrokan utama bandaraya ini , iaitu pengangkutan awam .

    Saya tidak mahu membeli contoh yang jauh. Biasanya rakyat Terengganu membuat perbandingan antara 2 negeri sahaja . Iaitu Kelantan dan Pahang ; sebagai jiran di wilayah timur ini.

    Terengganu adalah negeri kaya. Semua orang tahu . Duitnya banyak , tapi sistem pengangkuan awam di sini terutamanya di Kuala Terengganu , adalah tidak efisian dari segi masa , laluan yang terbatas, bas yang buruk dan  lebih teruk prestasinya dari di Kota Bharu.

    Walaupun telah di isytiharkan sebagai bandaraya , bas unutk pergerakan tempatan , hanya dua buah sahaja ( bas kontrevasi KT ) yang ber-aircond . Pendakata bas lain untuk ke batu 6 , Cendering , laluan Hulu , laluan Besut adalah bas daif kategori ‘kocok’ , kotor dan tidak berhawa dingin .

    Bayangkan sistem pengangkutan tersebut di sebuah bandaraya , Kuwait Malaysia.

    Lokasi perumahan saya, adalah lebih kurang 15 minit ke bandar. 5 minit berkereta ke  Sekolah Menengah utama Kuala  Terengganu. Yang amat emenyedikan saya , tiada bas yang melalui jalan ini , bayangkan.

    Saya percaya kedaifan turut berlaku apda jalan-jalan panji alam ke cendering , juga dari bandar ke batu enam dan gong badak .

    Bas Kontrovesi KT , yang tidak mendapat permit untuk di jadikan pengangkutan awam.

    Bas Kontrovesi KT , yang tidak mendapat permit untuk di jadikan pengangkutan awam.

    2. Kedai/Toko Buku Besar

    Anda jangan terkejut . Di bandaraya Kuala Terengganu tiada kedai buku yang besar. Walaupun mempunyai 2 buah ‘Universiti’ di Gong Badak , tetapai Gong Badak , mahupun di Kuala Terengganu sendiri tiada kedai buku yang besar seperti Popular atau MPH , yang mampu memberi alternatif bacaan kepada rakyatnya mahuoun pelajarnya-pelajar U nya .

    Mungin proses menternak di Universiti sedang subur. Pelajar-pelajar hanya di sogok untuk menghabiskan silibus , santai petang , dan cinta-cinta.

    Rakyatnya pula di beri alternatif , utusan melayu , berita harian , majalah hiburan , majah kereta dan sesekali majalah ‘golf’ .

    Entah apa yang rakyat harrian di sini bacakan. Entah apa Terengganu Development Institute ( TDI ) yang kononnya badan ‘perisian dan pengisian” untuk rakyat Terengganu lakukan . Mungkin antaranya mencetak dan mengedar buku Ulul-Albab, membuat seminar Blue/red Ocean , untuk golongan terpilih . Pembangunan perisian beragenda.

    Tiada keterbukaan  pengggalakan budaya ilmu untuk di serap rakyat.

    3. Keutamaan Penjagaan Alam Sekitar.

    Industri kedua terpenting Terengganu adalah pelancongan ; iaitu selepas industri petroleum. ( Ya, ini Kuwait Malaysia , kami negeri kaya minyak yang daif .. ) . Pelancongan di sini adalah lebih bersifat kepada eco-tourism ; iaittu pelancongan berteraskan alam sekitar. Contoh lokasi adalah pulau-pulau , dan hutan hujan khatulistiwa.

    Pelancongan memmang memberi pulangan dan peluang pekerjaan. Tetapi jika terasnya adalah eco-tourism , tanpa kawalan eco-conservation yang sewajarnya , sampai bilakah ia akan bertahan ?

    Penyu di rantau abang sudah menjadi lagenda. Penyu di perhentian hampir menjadi lagenda. Hutan di tebang untuk balaknya. Bangunan-bangunan konkrit mula terbina di pulau-pulau.

    Tiada lagi keasliannya.

    Divers-divers sudah mula mengatakan bahawa coral-coral semakin berkurangan , dan sedang mengalami kerencatan.

    Agaknya sampai bila eco-tourism ini  mampu bertahan dengan kemasukan pelancong yang bertambah sepanjang tahun?

    Apakah agenda ‘conservation’ peringkat negeri ? Adakah yang menghiraukannya ? Berapa dana yang di peruntukkan ?

    dive11

    Dive and Conserve 1

    dive2

    Dive and Conserve 2



    Fikir Hijau 2
    1 Januari, 2009, 3:28 am
    Difailkan di bawah: alam sekitar, dari kaca mata local, politik | Label: , , , , ,

    Kesinambungan dari ‘artwork tak kritis’ P.A.S – Pelihara Alam Sekitar; yang merupakan igauan penulis untuk melihat organisasi PAS berjuang dan menjadi peneraju badan poliitk dalam isu-isu alam sekitar termasuk pemuliharan,kitar semula dan tenaga hijau ,

    dengan ini sedikit modifikasi , untuk versi 2 .

    Versi ini lebih moderate dan sesuai  untuk ‘urbanite PAS’  atau buat sticker kereta dan design baju pilihanraya , esp PRK-KT ? .  :-)

    green1

    Oh , selain dari itu , Selamat tahun baru , 2009 .

    Semuga ( ini eja mcm mana cikgu? -stail p.ramlee ) hari-hari yang mendatang lebih indah  kepada semua.

    ( walaupun dengan isu-isu negara dan dunia yang melanda..)



    Think Green / Fikir Hijau
    24 November, 2008, 1:59 pm
    Difailkan di bawah: alam sekitar, dari kaca mata local, politik

    At first, I’m thinking to call more local green or  local environmental blogger around .

    Since I’m not pure artist , and I’m not thinking to spend alot of time on the idea , so I just dump a simple artwork/logo like this. ( open to amendment by local artist who want to be part of local green blogger )

    green

    Then , ok , since some like to see it in bahasa as well , so I make another one , in bahasa ..

    hijau

    Then , when I’m thingking about GREEN , my thought leads to …

    pas

    Why not ?

    We would like to see/hear PAS expand their scope and  talking more than justice , fardu ain , kifayah , murtad or other Islamic issues.

    Actually environmental concern is also part of Islamic agenda , so I believe its about time to PAS , either to make a group or a unit , working closely with local NGO etc, and be one of the leader group in environmental issues.

    In late promotion of PAS for all , they now have a non-muslim support group. This is quite a strong group supporting PAS at the back in the previous PRU-12.

    So ,their energy should not be ignored, and I recommend to channeled their energy and concern to this agenda ?

    What is your say ? What would PAS camp say about it ?

    Should I put this idea in bahasa as well ?