Difailkan di bawah: santai
artwork contributed by : aeman
Kalau bicara tentang muzik nasyid dan PAS , mungkin segala nya nampak sinonim ..
Tapi apabila rockers dan pengamal muzik pop dan rock mula menyertai PAS , pelbagai persoalan yang timbul.
Pada saya , ia tidak lah sejanggal yang dilihat.
Pemuzik / artis / pelukis dan penggiat-penggiat seni bekerja berdasarkan emosi dan jiwa.
Mereka merungkai dan cuba memahami istilah pergolakan emosi dan meluahkannya.
Ada yang meluahkannya dalam bahasa puitis. Ada yang meluahkan dalam gerak gaya tubuh , dan ada yang meluahkan di atas kanvas.
Emosi gembira,suka,duka, musykil , persoalan , tenang , damai dan lain-lain bentuk emosi dan perasaan cuba di fahami dan di luahkan.
Bukan semua perasaan emosi dapat di luahkan. Kekadang kita merasai sesuatu , samada gembira, tetap bukanlah kegembiraan dengan hilai tawa , dan kadang-kadang kita berduka , tetapi tidak juga di luahkan dengan tangis senda.
Emosi adalah infinit. tetapi perkataan adalah hadnya. Sebab itu kekadang ada yang mengatakan ,
‘perasaan ini tidak mungkin dapat di gambarkan dengan kata-kata’
Ini bermakna perasaan dan emosi ketika itu , melampui perkataan dan vokab yang terdapat dalam diri penulis .
Artis dan penggiat seni cuba menyelami emosi dan perasaan. Tanpa emosi dan perasaan , artis tidak dapat berkarya.
Kehidupan harian akan melangkui hari-hari beremosi. Emosi yang di cari dalam kehidupan duniawi adalah perasaan senang dan tenang berada pada destinasi.
Tetapi dunia bukanlah pentas destinasi.
Pencarian perasaan duniawi ingin berada di destinasi dalam pergolakan jiwa berterusan lebih-lebih lagi pada orang seni.
Artis terus mencari destinasi. Ada yang terjumpa. Ada yang tersesat.
Apakah destinasi emosi yang di cari ?
Tentunya ia adalah subjektif.
Tetapi kematangan emosi dalam kecintaan ketuhanan terletak pada hati .Hati yang tidak mahu lari dari zikir dan ibadah.
Laluan cahaya di terokai. Cubaan dan ujian kehidupan di lalui dengan damai kecintaan pada ujian.
Hati emas ? Hati pasrah ? itu kah destinasi ?
Terima YM dari rakan menyatakan bahawa nombor-nombor hp ini sedang di ‘bid’ di internet dengan nilaian RM10K ke atas.
012 8080808 / 012 8000008 / 012 8000000
Amcam ? Ada BRAN ?
Aizam membuat semula butang ’separuh tak siap’ sehinga menjadi.

TQ.
Banyak Ramai orang buat banyak sepanduk.
Ada sepanduk anti-ISA , ada sepanduk daulat-tuanku , sepanduk GERAMM , dan macam-macam sepanduk lagi. Aku mencari satu sepanduk ni , tapi tak ada.
Sepanduk yang aku cari adalah :
” MAMA ! JANGAN DI BUANG BAYI ITU!
“
Difailkan di bawah: dari kaca mata local, politik, santai | Label: logo, PR
@
vs
PR Bergerak di bawah 1 logo . Sistem dua parti menjadi realiti .
Bisa-kah ?
Kapan-kah ?
atau hanya impian kosong rakyat.
Difailkan di bawah: Umum, santai | Label: blogawan, blogger, butang, local, Lokal, tempatan
Seperti yg di ketahui , ada 2 jenis blogger
Wide-area blogger ( yang cover almost every issue tanpa termaktub dengan lokasi geografi ), dan
local focus blogger – yang cuba membawa isu-isu setempat ke-tengah .
justeru ; mengenengahkan idea :
blogawan tempatan-NEGERI X-local blogger
objektif :
1. Nak link-kan blogger mengikut negeri , supaya isu lebih fokus dan spesifik
2. menyatakan kpd pembaca bahawa blogger ini lbh ‘expert’ dan tersentuh secara terus mengenai isu-isu lokal di negeri [X] ( di samping isu2 nasional dan antarabangsa ) / dan juga menyatakan lokasi geografi blogger .
3. Senang nak buat meet-up. Tgk button dah tahu . Bukan meet-up setakat pekena kopi , kalau boleh diskas isu-isu yang boleh di bangkit . ! Blogger sebagai pelapor / pemberita amatur ! ( isu terbuka )
p/s : sebenarnya aku nak buat round-text , dan nama negeri di tengah , tp pakai gimp / linux , tk reti nak buat .. kakakakka . Butang curi di internet !
harap ada yang sudi meng-edit .
Masih terlalu awal untuk BN menyatakan bahawa Perak dalam genggaman mereka. Hanya loceng permulaan sahaja baru berbunyi. Belum penamatnya lagi.
Opsyen yang masih ada :
1 ) Pengisyitharan DYMM sultan untuk Pilihanraya negeri Perak
( Berita Harapan )
2) BN secara gentle-man , inginkan Pilihanraya Perak di teruskan untuk meningkatkan majoriti dan menunjukkan sokongan berterusan rakya Perak terhadap mereka ( Berita Palsu )
3) Surat berhenti tanpa tarikh , dan surat tidak meletakkan jawatan belum di sahihkan di mahkamah ( Berita Benar )
4) SPR telah mengambil alaih fungsi mahkamah dan membelakangi keputusan speaker negeri dengan keputusan surat berhenti ( Berita Pelik )
5) Katak-katak tidak akan , berada di satu ‘rumah’ terlalu lama. Minggu depan dia lompat lagi. BN tumbang lagi. 2 minggu lepas tu , katak-katak buat perangai lagi , lompat masuk longkang ( Berita Gila )
6) MB / ExCO dan penyokong-penyokong PR tetap akan mempertahankan Perak sehigga kesahihan pentadbiran kepada PR dengan majoriti lebih selesa (BERITA PERANG!! )
Apa lagi opsyen yang ada ya ?
Difailkan di bawah: dari kaca mata local, ekonomi, pilihanraya kecil kuala terengganu, politik, santai | Label: faris, kt, pkr, polis, prk, terengganu
Artikel lepas baru sahaja membicarkan tentang pihak polis yang sedang bz-bz di KT , pagi ini di maklumkan di laman AMK Terengganu :
Lebih kurang jam 5.10 pagi Isnin 5 Januari pagi Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri Terengganu Fariz Musa telah ditahan oleh sepasukan tiga kereta peronda polis di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu
Dari laman Shamsul , selaku ketua AMK :
AMK difahamkan bahawa yang menjadi isu ialah poster yang ditampal memaparkan gambar mendiang Altantuya Shaaribuu.Persoalan timbul apakah masalah yang dihadapi dengan paparan gambar mendiang Altantuya jika ia tidak mensabitkan mana-mana pihak berkenaan?
AMK mempersoalkan apakah Najib Tun Razak berasa gusar dengan penampalan poster berkenaan berikutan beliau akan hadir ke penamaan calon di Kuala Terengganu? Seharusnya Najib tidak perlu gusar jika beliau benar-benar tidak terlibat mahupun mengenali mendiang Altantuya sebagaimana yang pernah disumpahkan beliau sewaktu Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada Ogos 2008 lepas.
AMK dengan ini mendesak agar pihak polis memberikan justifikasi terperinci berkenaan penahanan sdr Fariz dan ahli Skuad AMK dan menggesa mereka dibebaskan pada kadar segera.
Sehinga artikel ini di tulis , Sdr Faris masih dalam tahanan.






