My-LocalAgenda


Fakta ECER : East Coast Economic Region
30 Oktober, 2007, 5:52 am
Filed under: dari kaca mata local, ekonomi, politik

Baru lepas baca utusan online dengan isu PM ada di KT bagi merasmikan ECER .

Ada beberapa data/ fakta yang menarik minat .

  • Pelaburan keseluruhan untuk Projek adalah bernilai RM112b.
  • Pemangkin / Projek Permulaan adalah bernilai RM6b
  • Mampu memberi peluang kerja kepada 560,000 orang ( bangla & indon; member saya kata..)
  • Lima teras ekonomi utama , pelancongan, minyak dan gas, petrokimia,pembuatan, pertanian & pendidikan

Sesi mencari ruang & peluang.

Pelancongan dan pendidikan , mungkin ?

Pembuatan ..??

Hmmm..

Advertisements


Luahan 1: Pandangan Minda
30 Oktober, 2007, 3:53 am
Filed under: dari kaca mata local, politik | Label: ,

Ada beberapa beberapa perkara yang saya rasakan komuniti sekitar patut / tidak patut buat . ( samaada kerajaan / komuniti / rakan-rakan dsb)

1) AUKU patut di mansuhkan .

ISU AUKU , atau Akta Universiti yang tidak menggalakkan para pelajar kampus terlibat secara terus dengan isu-isu politik semasa sepatutnya tidak pernah wujud dan perlu di mansuhkan dengan segera. Saya tidak dapat bayangkan mana-mana lagi negara yang membuat akta yang sama di negara mereka. ( kalau ada sila tampilkan, saya tak buat homework semasa menulis).

Pada pandangan sinis saya , kalau pelajar kampus tidak di galakkan berpolitik , hasilnya adalah belia-belia negara yang lesu dan tidak berminat untuk menjadi penyelesai isu-isu semasa negara. ( contohnya adalah seperti penulis sendiri 😉 )

Secara kontranya , jika pelajar kampus di sekat , mungkin belia di serenti patut di beri peluang untuk berpolitik! Kenapa tidak ?