My-LocalAgenda


EdinBurgh : Kumpulan Lakaran 500 keping lanskap bergambar . Hanya 1 di dunia ?!
26 Disember, 2007, 11:38 am
Filed under: Umum | Label: , ,

Assalaumualaikum kepada warga pembaca blog ini.

Pada cuti hari raya qurban dan cuti krismas yang lepas saya telah berpeluang berjumpa dengan seorang kawan lama . Buat masa ini , beliau bekhidmat sebagai pensyarah di sebuah univesiti tempatan dan pada masa yang sama sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina ke peringkat kedoktoran .

Gebang punya gebang , borak punya borak , story punya story , di ringkaskan cerita saya berminat untuk melihat hasil-hasil kerja seni yang telah beliau buat dalam tempoh pembelajaran beliau sehingga kini.

Di antara hasil seni tersebut , saya amat tertarik dengan penjelasan dan lakaran mengenai sebuah pekan yaang bernama Edinburgh; ibu negeri Scotland. Saya di fahamkan bahawa lakaran-lakaran tersebut telah di buat antara tahun 2000 sehingga 2002 , semasa beliau menuntut di sana. Menurut beliau, sesetengah dari bangunan yag beliau lakarkan itu telah tenggelam dek arus perkembangan semasa dan juga kemusnahan hasil tangan manusia seperti kebakaran dan sebagainya .

Koleksi lakaran tersebut boleh di dapati pada halaman ini . ( Pindaan : beliau telah meminda halaman sebelumnya. Hasil kerja beliau yang lain boleh di dapati pada halaman ini . )

More...

Ya, Edinburgh bukanlah tempat untuk kita megah-megahkan. Tetapi semenjak tahun 1995 , UNESCO telah mengisytiharkan Edinburgh sebagai antara tempat bersejarah dunia . Di samping itu , ini adalah hasil kerja tangan rakyat tempatan yang perlu di letakkan pada tempat yang sewajarnya. Dalam erti kata lain, ini adalah aset mereka (British) yang ada dalam genggaman kita. Jadi kita perlulah bijak untuk mengekplotasikannya . Berapa banyak aset dan kekayan tempatan yang ada pada mereka? Contohnya dokumen-dokumen bersejarah negara dan kajian-kajian mengenai budaya bangsa dan bahasa kita di perpustakaan-perpustakaan mereka. Itu semua adalah contoh aset kita yang ada dalam genggaman mereka . ( Di tangan British)

Beliau telah menjaga lakaran-lakaran tersebut selama hampir lapan tahun dengan baik . Oleh kerana pada masa sekarang , beliau memerlukan satu dana untuk membuat projek lakarannya yang terbaru ( kali ini untuk negara tercinta), beliau telah berhasrat untuk menjual lakaran-lakaran ‘asal’ tersebut. Di samping itu , saya di fahamkan beberapa majalah senibina di sana telah menghubungi beliau dan menulis beberapa artikel mengenai koleksi-koleksi ini.

Dengan itu , sementara khazanah ini masih menjadi hak milik kita, saya menyeru kepada yang berminat ( dan mampu ) untuk mengekplotasikan sepenuhnya khazanah ini .

Berikut adalah satu proposal ringkas tetapi padat mengenai apa yang rakyat tempatan boleh hasilkan dari lakaran-lakaran tersebut. ( Proposal dihasilkan oleh beliau sendiri )
Edinburgh 500 Pieces FreeHand Proposal

Advertisements