My-LocalAgenda


Dilema Politik Generasi XY
19 Februari, 2008, 6:32 pm
Filed under: dari kaca mata local, politik | Label: , ,

pas_logo.jpg     141000376bnlogo.jpg

pas_logo.jpg      141000376bnlogo.jpg

Melihat kepada promosi dan kempen-kempen oleh parti memerintah BN di kaca TV dan gelora arus bawah air parti pembangkang PAS , terutamanya di Terengganu , saya terpanggil untuk meluahkan sesuatu .

Pergolakan politik negara semasa di lihat dengan sinis dengan drama-drama emosi , boneka, murah dan tidak matang oleh generasi-generasi saya pada ketika ini . Kemungkinan inilah hasil daripada akta AUKU yang di laksanakan. Menidakkan ilmu dan citarasa politik pada ketika perjuangan diri sedang bermula .

Walaubagaimanpun saya cuba mengupas perihal-perihal semasa politik negara dari kacamata saya yang tidak bertauliah. Di harap tidak kena ISA! ( Satu lagi akta geli-geli yang menidakkan percambahan cakap-cakap politik)

More...

Ikon Pembangkang PAS:

Ikon utama : Mursyidul Am , Tuan Hj Guru Nik Aziz Nik Mat ;

Negeri : Kelantan

Tidak dapat di nafikan, PAS sudah, masih dan akan bertapak kukuh di Kelantan . Walaupun di gimikkan di dalam kaca TV bahawa Kelantan tersasar jauh dari arus pembangunan semasa negara , tetapi pada hakikatnya PAS sudah menunjukkan kemampuannya untuk mentadbir , membina modal insan, dan menguruskan Kelantan dengan cara mereka. Pembangunan di Kelantan terutama di Kota Bharu , tidak harus di pandang sebelah mata . Cuma sesuatu yang boleh di perdebatkan , adakah ianya menyeluruh ?

Perlu di lihat , walaupun Kelantan tidak mempunyai hasil galian , mahupun pulau-pulau peranginan yang cantik , telah mensasarkan pilihan penduduk tempatan untuk memilih pertanian dan perniagaan sebagai sumber pendapatan dan cara meningkatkan ekonomi mereka .

Kebijaksaan orang Kelantan dalam perniagaan pada skala kecil dan sederhana tidak perlu di pertikaikan. Bagaimana dan mengapa ia boleh terjadi ? Pada pandangan lateral saya , oleh kerana faktor-faktor tiadanya sumber asli, sektor perkhidmatan awam yang terhad dan kurangnya lokasi pelancongan di Kelantan tadi, menyebabkan mereka terhimpit dengan pilihan untuk berniaga. ‘Terhimpit’ dan dalam tempoh yang lama dan dengan persaingn dalaman dan persaingan dengan peniaga-peniaga Thai, menyebabkan secara am rakyat Kelantan amat kreatif dan responsif dalam dunia perniagaan.

Perniagaan telah meingkatkan status ekonomi negeri , kelebihan bersempadan dengan Thai , membolehkan perniagaan dua-hala berlaku . Tidak dapat di nafikan kos pembuataan dan hasil pertanian di Thai adalah lebih murah , menyebabkan harga barangan, perkhidmatan dan makanan di Kelantan lebih murah; seterunnya menjadi pilihan pembeli utk membeli belah di wilayah timur ini .

Bercakap mengenai menteri besar dan ikon utama PAS dan Kelantan yang sudah melewati umur 70 tahun , namun aura dan kredibiliti beliau masih gah.

Tuan Guru Hj Nik Aziz berpenampilan lembut, ihklas, tokoh ugama yang di sanjung serta berhujah dalam nada sinis dan tajam, menyebabkan beliau sering di serang oleh parti pemerintah BN . Sebenarnya , slanga, perumpamaan dan hujah sinis beliau amat di fahami oleh penduduk tempatan . Cuma mungkin apabila cuba di terjemahkan oleh orang-orang di luar Kelantan menyebabkan maksud yang tersirat telah di salah ertikan terutamanya oleh parti pemerintah yang kurang faham dengan ‘slanga’ dan gurauan dalam loghat Kelate.

Pada pendapat saya , setelah 17 tahun memerintah, PAS masih dan tetap utuh di Kelantan. Namun kesinambungan pemerintahan selepas eranya masih menjadi tanda-tanya.

Ikon Lain : Presiden PAS serta Bekas Menteri Besar , Tuan Guru Haji Hadi Awang

Negeri : Terengganu

Pada hemat saya , Tuan Guru Haji Hadi mempunyai penampilan yang amat berbeza dengan Tuan Guru Hj Nik Aziz . Ynag jelas ada sikap ketegasan dalam diri beliau. Perumpamaan pemimpin yang boleh saya taksirkan pada beliau adalah seumpama pemimpin Islam terdahulu ; Khalid Al-Walid. Mendapat gelaran ‘singa allah’ ; di geruni kerana ketegasan dalam menegakkan hukum dan ilmu peperangannya , tetapi tidak dari hujahnya dan diplomasinya.

Penampilan sebegini, menyebabkan orang-orang awam yg tidak biasa berurusan dengan beliau berpaling dari menyokongnya. Bukan kerana kredibilitinya tidak bagus , tetapi dalam bahasa mudah PR dan ‘soft-skill’ beliau mempunyai ruang untuk di canangkan.

Pada pandangan saya , PAS di Terengganu tidak mempunyai ikon dan kesinambungan pemerintahan yang jelas.
Tetapi apa yang dapat di rasakan arus bawahan PAS di negeri ini masih mempunyai momentumnya . Inilah pada hemat saya di bimbangi oleh parti pemerintah semasa . Kesilapan dan kelekaan dengan mendengar gema diam ini boleh memungkin kekalahan parti pemerintah semasa.

Justeru, iklan demi iklan tertera oleh pemerintah semasa UMNO/BN di kaca TV.

Seterusnya , Doktrin Perjungan Pas khususnya di Terengganu masih kabur dan berlegar pada isu-isu lama. Saya merasakan PAS Terengganu memerlukan barisan pemimpin dan ikon baru yang harus mampu berhujah bukan sahaja secara Islamik, ala Timur Tengah tetapi harus juga mampu berhujah dari segi keilmuwan Barat, serta mengenengahkan idea-idea pembangunan insan dan pembanguan fizikal pada skala Asean dan Asia yang baru untuk generasi informasi kini .

Parti KeAdilan dan PKR :

Tokoh Utama : Dato Seri Anwar Ibrahim.

Ikon yang berpotensi besar, hujah-hujah ilmiah secara Islamik, ketimuran dan barat yang mampu menggoncang parti semasa , tetapi tidak mempunyai pasukan yang baik dan struktur parti yang masih rapuh.

Ikon UMNO/BN:

Ikon Utama : PM , Dato Seri Hj Abdullah (Pak Lah)

Sebelum menulis mengenai Pak Lah, perlu di ingatkan kembali Pak Lah di bangkitkan dari zaman Mahathir sebagai ikon Islamik UMNO bagi menentan ikon-ikon utama parti alternatif pada pilihanraya lepas iaitu DSAI , Nik Aziz dan Hj Hadi.

Dari segi penampilan Pak Lah , dilihat suka memilih jalan selamat dan sederhana. Ada kalanya langkah ini adalah bagus , tiada konflik dan isu ketegangan yang besar tetapi jika anda memimpin satu pasukan sukan , langkah memilih jalan selamat dan bersederhana tidak memungkinkan kemenangan dalam perlawanan . Begitu juga dengan memimpin negara.

Dari segi dasar semasa negara, peningkatan sektor pertanian amat di tekankan sehinga terasa seperti tiada kesinambugan dari pemerintahan dahulu. Sebagai contoh penekanan kepada IT dan perihal MSC yang di gemakan dahulu hampir tenggelam dari buletin arus perdana.

Hakikat sebenarnya , industri IT negara pada masa ini adalah sangat tidak kompetitif dan hampir gagal. Negara tidak mampu mengekspot hasil-hasil dari industri tersebut sebaliknya terus menjadi negara pengguna. Di peringkat Asean , selain dari Singapura, Vietnam menjadi pilihan pelabur untuk industri ini.

Kesilapan yang ketara berlaku pada peringkat pendidikan tinggi, di mana negara amat ketandusan pensyarah-pensyarah yang mampu menganalisa kehendak semasa industri ; sebaliknya hanya berlegar pada teori-teori dalam kelas .

Mungkin inilah bahana projek mega ad-hoc tanpa perancangan peringkat micro.

Pembikinan wilayah-wilayah adalah masih dalam skala retorik , dan memerlukan modal-modal dan pelabur-pelabur mega untuk memungkinkannya. Ironik nya , pelabur-pelabur luar lebih suka memilih Cina , India atau Vietnam kerana faktor-faktor kos dan dasar mereka yang lebih terbuka pada ketika ini.

Ikon Terengganu :

Menteri Besar : Dato Seri Hj Idris Jusoh .

Dalam tempoh 3 tahun ini, Dato Seri Hj Idris telah membawa Terengganu ke fasa ke yang berbeda . Bak kata Aziz Desa ‘Tsunami Pembangunan’ yang belaku dalam tempoh ini , walaupun masih di belakang Kelantan dan Pahang , tetapi bergerak dalam skala yg lebih laju dari negeri-negeri jirannya.

Cuma cabaran dan persoalan penduduk setempat adalah megenai peluang pekerjaan yang tidak menyeluruh di mana hasi-hasil projek mega yang berlaku masih tidak dapat di nikmati oleh orang tempatan , sebaliknya masih di monopoli oleh kontraktor pusat dan sebilangan kontraktor sahaja.

Selain itu, kemasukan pekerja asing dalam negeri yang meningkat telah menidakkan peluang pekerja tempatan. ( isu negara ) serta kos barangan , perkhidmatan dan makanan yang masih tidak kompetitif sebaliknya terus meningkat.

Kesimpulan :

Untuk bersaing setanding dengan UMNO/BN , selain mengenengahkan pemimpin-pimimpin dari Timur Tengah , perjuangan Islamik , PAS seharunya mempunyai ikon-ikon ilmuwan dan ketamadunan Barat (yang Islamik). Hujah-hujah perlulah lebih matang , elakkan dari terlampau banyak mengkritik perihal pentadbiran semasa sebaliknya cukuplah membandingkan dan menekankan bahawa keadah, perancangan dan doktrin yang di bawa adalah jauh lebih baik dari yang sedia ada.

Elakkan kaedah penghentaman nama dan peribadi dalam berkempen. Bak kata pepatah , dalam perlawanan anda boleh membenci permainannya tetapi janganlah di benci pemainnya. Keadah penghentaman peribadi yang di gemakan oleh BN kepada PAS ada benarnya dan menunjukkan ketidak matangan emosi dalam berhujah. Negara memerlukan klon ‘AHMADI-NEJAD’ Malaysia dari PAS.
Ini lah antara faktor yang menidakkan PAS untuk mendapat majoriti.

Keadaan parti-parti pembangkang lain pula adalah terlalu muda, rapuh dan lebih menampakkan ‘one man agenda’ daripada team agenda tetapi mempunyai peluang dalam jangkamasa lebih panjang.

Isu status kompetif semasa negara pada skala Asean dan Asia mungkin isu yang baik daripada menghentam isu-isu nepotisme , kronisme dan kaeadah-kaedah pangkah masuk syurga yang lapok.
BN pula , selaku pewaris Pemerintah British , mempunyai pemimpin-pemimpin ilmu barat , dan bijak menghidu senario semasa kehendak rakyat yang mahukan pemimp in-pemimpin Islamik Timur Tengah atau yang hampir untuk menandingi tokoh-tokoh PAS dengan menyerapkan beberapa ikon-ikon baru seperti Pak Lah dan Hj Idris.

Mungkin inilah yang di suarakan parti gimik ‘mahasiswa’ beberapa minggu lepas . Mereka menyatakan mereka adalah kumpulan yang muak dengan senario politik semasa yang pada dasarnya parti pemerintah sudah sangat lama berkuasa , menidakkan pendebatan umum , mampu mengeksplotasi segenap jentera walaupn dengan cara yg tidak telus namun pembangkang tidak mampu mmberi tentangan setanding untuk memberi status ‘check and balance’ kepada senario politik semasa.

Pada hakikatnya mereka juga tidak mampu membawa gelora baru , tetapi ungkapan pendek dan jelas mereka itu ada benarnya.

Justeru pilihan yang terbaik untuk suara ini dan sebagian tenaga muda negara adalah terus berdiam kerana kemenangan pertarungan telah dapat di hidu dari awal atau pangkah kedua-keduanya jika tidak setuju.

Namun diam bukan selamanya . Diam menanti buak! .

Advertisements