My-LocalAgenda


Komentar Local : Senario Politik Semasa
15 Mac, 2008, 3:18 pm
Filed under: dari kaca mata local, politik | Label: , ,

Amat menarik dan penuh persoalan ke mana wajah baru malaysia akan di bawa ? Apakah peranan kita dalam membawa wajah dan arus ini ? Hanya sebagai pemerhati setia ? atau adakah kita mampu membawa arus ini ke arah yang lebih postif dan lebih bermakna . Menanti hari yang lebih cerah …

Hari yang lebih cerah ? Apakah maksudnya ?

Tertarik dengan artikel dari tranungkite mengenai cadangan Tuan Guru Nik Aziz dan dan semua pimpinan PAS/PKR dan UMNO(?) Selangor dan ahli-ahlinya untuk bermunajat dan sujud syukur di Stadium Bukit Jalil, Shah Alam, Selangor dan juga merasmikan khutbah jumaat pada lembaran baru Selangor di Masjid Shah Alam ..

Alangkah manisnya saat ini jika ianya berlaku ..

Bayangkan Stadium Bukit Jalil yang dahulunya di guanakan untuk permainan bola sepak dan konsert-konsert artis antarabangsa kini di penuhi dengan orang ramai yang berduyun-duyun untuk bermunajat dan bersolat …

Inilah penghijrahan pertama yang bakal di lakukan oleh BA

Alangkah manisnya …

Konflik MB di Terengganu .

akan di update.

Dasar DEB dan ketegangan di P.Pinang.

akan di update.

Persoalan : Apakah yang telah di bawa oleh DEB/UMNO kepada orang-orang melayu khususnya di Pulau Pinang dalam tempoh 50tahun sehingga kini?

Jawapan : Kegagalan sistem DEB (dari sudut ekonomi) dan kegagalan memartabatkan bangsa Melayu  di sana yang nyata.

Terdapat dua kebarangkalian kenapa DEB gagal.

1. Sistem yang tidak kemaskini dari semasa dalam tempoh perlaksanaan selama 40tahun. ( Dan juga laporan kemajuan yang tidak dibentangkan secara konsisten)
2. Kegagalan pelaksana sistem dalam mencapai misi sistem.

Menarik : Kaedah Penyelesaian Pengundi Hantu oleh TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi .

More...

Ini adalah satu perkara yang saya ingin kupas. Teknik penyelasian pengundi hantu di Kelantan dan Terengganu . Kebijaksaan dan kematangan Tuan Guru Nik Aziz jelas dan hal ini .

Apa yang terjadi di Kelantan sebelum Pilihanraya?

Sebelum 8 Mac 2008 , berduyun bas dari Kuala Lumpur dan kawasan lain semenanjung yang membawa pengundi-pengundi masuk ke Kelantan . Ramai yang menyatakan inilah antara pengundi-pengundi hantu yang di taja dan sedang di bawa masuk oleh BN. Melihat begitu banyak bas-bas yang masuk ke Kelantan membawa pengundi-pengundi ini , rakyat kelantan ynag menyokong parti pemerintah PAS merasa tertekan. Benarkah mereka ini adalah bakal pengundi-pengundi BN yang sedang lalu di hadapan mereka.

Adakah mereka-mereka ini yang akan membawa gelora BN ke Kelantan? Gelora dan keyakinan BN di bawah teraju baru Awang Adek untuk merampas Kelantan ? Kegusaran PAS melihat gerombolan manusia yang masuk itu tidak dapat di elakkan .

Apakah pendekatan Kelantan dalam menyelesaikan masalah ini ? Rujuk artikel ini . Tuan Guru hanya berdoa pada pagi jumaat 7 Mac. Pagi sehari sebelum pilihanraya . Tiada sekatan . Tiada halangan.

Apakah impikasi dari doa tersebut ? Kemenangan besar PAS di Kelantan tanpa menyekat pengundi-pengundi luar / hantu tadi .

Kebarangkalian Perspektif pengundi di atas bas :

Kami ada segerombolan pengundi-pengundi yang di taja perjalanan balik ke kampung oleh BN . Ke semua kos perjalan / makan / minum dalam tempoh mengundi telah di bayar sebanyak RM??? setiap orang. Walau bagaimanapun sebahagian kami bukanlah penyokong-penyokong tegar . Kebanyakan kami pulang kerana telah di sponsor . Matlamat yang kami untuk balik mengundi dan di arahkan untuk pangkah dacing . Itulah arahan yang telah kami terima samada secara jelas ataupun di fahami secara lisan. Kami tidak kisah siapa yang berkuasa dan kenapa. Isu politik bukanlan topik perbualan kami sebelum ini. Ke semuanya hanya untuk RM percuma.

Apabila memasuki negeri Kelantan , terutamnya di Kota Bharu dan sekitar-sekitarnya , negeri yang jauh dari arus pembangunan yang di suap dari media-media utama negara begitu begitu janggal sekali rupa bentuknya. Bangunan-bangunan tinggi tersergam di tepian jalanraya utama . Perniagaan yang rancak berlaku di sana-sini.

Kedatangan kami di sambut oleh pemerintah semasa dan juga pembangkang negeri. Kami tidak di sekat . Kami tidak dianiaya .

Pesanan terdahulu sejak turun temurun oleh TGNA . “Apabila di hulurkan bantuan seperti kewangan / baja / kain pelikat dan lain-lain oleh BN dan sekutu , janganlah di tolak. Ambil kerana semuanya adalah duit-duit dari pembayar cukai negara.. bukannya duit YB, EXCO ataupun parti tersebut..

walau bagaimanapun kami tidak pernah mendengar pesanan tersebut ..

Namun begitu, tatkala kami yang di gelar pengundi hantu mengundi .. ‘undi kami adalah tetap rahsia’ …

Di tangan yang lain ,

Kaedah Marang / Rhu Rendang menyelesaikan masalah pengundi-pengundi luar/hantu adalah sedikit berbeza. Penumpang-penumpang di sekat. Bas-bas di baling dan di rosakkan .

Hasilnya , pengundi atas pagar (di atas bas) , kini sudah mengetahui jawapannya untuk mengundi selepas peristiwa itu . Alangkah malangnya kaedah ini ..