My-LocalAgenda


Komentar Semasa
26 April, 2008, 4:24 am
Filed under: dari kaca mata local, politik

1. Permintaan MB Baru Terengganu untuk mendapatkan wang royalti secara terus ke ‘akaun negeri’ masih belum di jawab oleh Pusat .

2. Bersempena dengan penjagaan alam sekitar dan hari bumi sedunia , cadangan untuk tidak menggunakan bahan-bahan konkrit di pulau-pulau peranginan di Terengganu harus di ketengahkan sebaliknya terus menggunakan kaedah-kaedah tradisional yang sedia ada .

Tertarik dengan artikel lama , kabinet telah meluluskan bahawa tiada bangunan konkrit akan di dirikan pulau Sipadan, Sabah ( rujuk laman ini ). Langkah ini amat di alu-alukan dan nampaknya Sabah telah memulakan langkah pertama pemuliharaan.

Justeru , dalam tempoh ini, kita melihat promosi pelancongan di Terengganu amat hebat , dan kita menerima ratusan ribu ( menghampiri juta? ) pengunjung setiap tahun . Sebelum terlewat , saya mengesyorkan agar jabatan-jabatan tertentu seperti jabatan alam sekitar , marin termasuk juga jabatan pelancongan negeri agar mengambil langkah dan perancangan awal sebelum ia nya terlambat.

Terlambat seperti kes penyu menangis di Rantau Abang ..



Kes belum selesai – Melayu tak lupa..
11 April, 2008, 3:44 am
Filed under: dari kaca mata local, politik, Umum

Terkejut dengan data dari kaca tv , terdapat hampir 1 juta kes ( 987,xxx ) kes masih belum di selesaikan di mahkamah .

Tidak di lupa kes-kes yang mendapat perhatian umum yang masih belum di selesaikan oleh pihak polis :

1) Pesalah untuk kes adik nurin jazlin kita masih belum dapat di tangkap sehingga kini.

2) Kes kehilangan adik Sharlinie kita masih juga tidak di selesaikan

3) Kes rompakan cip 40juta di Penang , masih tergantung

4) Kes rompakan di KLIA , walaupun sudah kononya sudah terjumpa sebahagian wang dari rompakan tersebut , tetapi masih belum ada tangkapan di buat .

5) Daripada data-data dari akhbar terdahulu , kes-kes rogol terus meningkat dari tahun ke setahun.

Kes ke-3, dan ke-4 dalah contoh jenayah terancang masakini , manakala kes-1 dan kes-2 adalah penjenayah persendirian . Bantuan dari Interpol yang di minta nampaknya masih belum mampu menyelesaikan kes-kes sehingga kini .

Ketakutan nyata bagi bagi rakayat apabila melihat data-data jenayah terus meningkat dari tahun ke tahun dan kes-kes tergantung yang masih tidak dapat di selesaikan di mahkamah.

Selamat , aman , makmur adalah satu tag yang mampu mencungkil persoalan-persoalan yang besar.



Kenapa Terengganu Miskin ?
8 April, 2008, 2:14 am
Filed under: Uncategorized

Perlantikan EXCO Terengganu masih belum di selesaikan sehingga hari ini . Menatap muka depan Sinar Harian pada hari ini 8/4/2008 , perlantikan 10 Exco adakan di adakan esok . (9/4/2008) . Tetapi saya belum sempat menatap artikel penuh . Tetapi saya mempunyai persoalan untuk masa depan Terengganu . Kenapa Negeri Ini Jatuh Dalam Tangga Beberapa Negeri Termiskin Semenanjung ? ( Selepas Sabah dan ..)

Dipetik dari artikel oleh Mahaguru58 : ‘ Kelantan Jadi rebutan kerana minyaknya’

“Walaupun menerima RM1.2 billion setahun, rakyat Terengganu lebih miskin dari rakyat Kelantan.

Hutang tertunggak Terengganu, lebih RM300 juta sedangkan hutang tertunggak Kelantan semenjak pemerintahan PAS hanya tinggal kurang RM12 juta sahaja!”

Ok , daripada beberapa artikel di internet , kes kemurkaan sultan pada pemerintah terdahulu , sekarang kita mengetahui bahawa sistem kewangan atau dana yang sepatutnya di terima oleh Terengganu dalam apa-apa istilah pun seperti ‘wang ehsan’ dsb , tidak diurus tadbir dengan baik dan tidak sampai ke ‘akar umbi’.

Persoalan yang saya ingin timbulkan di sini adalah :

1. Jika hal ini telah mula berlaku semenjak zaman pemerintahan Wan Mokhtar terdahulu , kemudian masih terjadi semasa pemerintahan PAS terdahulu , kenapa hal ini masih boleh berlaku dalam pemerintahan semasa?

Di mana peranan pembangkang sebenarnya dalam isu ini ? Isu ini adalah isu besar. Rakyat tidak suka jika mereka di katakan rakyat miskin oleh negeri-negeri jiran. Kenapa isu ini tidak di mainkan sepenuhnya oleh pembangkang sebelum tempoh pilihanraya ?

2. Persoalan kedua : Kenapa isu ini di cungkil oleh bloggers-bloggers luar seumpama MH58 dll, tetapi tidak di cungkil oleh rakyat Terengganu sendiri (atau halaman2 dari Terengganu). Adakah pembangkang tidak mendapat maklumat tepat atau tiada data sahih mengenai isu ini ? Pembangkang sepatutnya mengetahui bahawa kaedah ‘wang ehsan’ yang di salurkan tanpa melalui ‘akaun negeri’ telah berjaya melemahkan mereka pada pemerintahan terdahulu, dan ternyata mereka tertewas . Apakah langkah mereka untuk mengatasinya? ( Memberontak ? ) . Sebagai rakyat biasa saya mahukan suara lebih jelas dengan fakta mantap dari pembangkang.
3. Ok , andainyaTerengganu tidak mendapat royalti minyak , jadi kenapa ia masih menjadi miskin , sedang kan : ( data common-sense, tidak berdasarkan mana2 home-work. Harap dapat feedback)

a. Terengganu mmpunyai pantai yang paling luas di kawasan semenanjung , jadi penduduk boleh turun ke laut dan menangkap ikan . (contoh industri yang paling simple )
Kenyataan yang mungkin timbul : Nelayan di bayar dengan murah , musim tengkujuh tidak dapat turun ke laut, manakala keuntungan industri ini di nikmati oleh orang tengah . ( diesel mahal / maintance bot mahal dll)

Ok , kita mempunayi permasalahan . Berapa tahun lagi isu ini boleh di selesaikan ? Menunggu 2020 ? atau 2057 ?

b. Terengganu tidak mempunyai kawasan-kawasan yang terlalu berbukit bukau / terlalu pedalaman sehingga menyukarkan perhubungan seperti sabah atau sarawak.

c. Terengganu tidak ada senarai golongan orang asli atau pribumi yang ramai , yang boleh menyebabkan data-data pendapatan perkapita negeri menurun.

Penutup :

Sebagai seorang peniaga dan suara peniaga-peniaga sekitar , secara amnya , saya mendapati aliran tunai dalam negeri akan perlahan ( mungkin ada istilah ekonomi yang di gunapakai , ttp ini perkataan yg terlintas ). Persoalan yang timbul adalah , adakah barang-barang terlalu mahal , menyebabkan rakyat lebih senang menyimpan ?

Atau sebaliknya , rakyat dan negeri berhemah dan suka menyimpan , menyebabkan aliran tunai berkurang ?

Mencari jawapan untuk Terengganu baru . ( Dengan Tag : Agenda Apakah ini ? )



Pakatan Rakyat
2 April, 2008, 4:11 pm
Filed under: dari kaca mata local, politik | Label:

Merujuk kepada ketidak puasan hati dalam artikel lepas – “Dilema Politik Generasi XY”

Akhirnya sistem dua parti mula bertapak di MY .

Menanti pendebatan terbuka untuk segenap isu-isu besar negara .

Ketakutan BN , dan demokrasi ala BN – tiada debat terbuka untuk rakyat mendengar dan membuat pilihan . ( Pilihan yang kurang bijak untuk politik adab 21. )

BN boleh meneruskan agenda ini , dan mendapat keputusan kejatuhannnya pada PRU-13 .

More...

“Pakatan Rakyat juga berikrar akan memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira agama dan kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara” kata kenyataan yang ditandatangani oleh empat pemimpin utama tiga parti tersebut.

Kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan kini dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Dasar-dasar utama kerajaan negeri ini akan diselaraskan sesuai dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat.

Bagi memantapkan pemahaman atas semua dasar, wakil-wakil rakyat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ketiga-tiga parti turut akan mengadakan satu konvensyen pada 27 April 2008. Selain itu, struktur Pakatan Rakyat akan diperkemaskan dengan diwujudkan di bawah Majlis Pimpinan yang terdiri daripada ketua-ketua tiga parti, sebuah Sekretariat Bersama yang akan diwakili oleh tiga pimpinan daripada setiap parti.

Sekretariat Bersama ini telah ditugaskan untuk membina asas dan kerangka pakatan untuk disahkan oleh Majlis Pimpinan nanti.”