My-LocalAgenda


MB baru Terengganu di RTM
14 Mei, 2008, 2:46 pm
Filed under: dari kaca mata local, politik | Label: ,

Menjawab beberapa persoalan semasa mengenai Terengganu . Di hos oleh pengacara Peggie Ng dalam Program 60minit bersama Menteri.

Beberapa soalan pedas di ajukan oleh pemanggil talian dan hos sendiri . Isu beras di jawap supaya kurangkan makan beras. Walaupun begitu Terengganu telah memilih beberapa hektar  kawasan di daerah Setiu, untuk menanam padi.

isu masjid besar ,orang kurang , di jawab “Dah , orang tak nak pergi masjid , nak buat macamana?”

Menjawab soalan lain dari pemanggil , adakah pembinaan lapangan terbang antrabangsa Terengganu itu mengguntungkan ?  Beliau menjawap ya , tetapi persoalan di yang di bangkitkan rakyat ialah faktor kos. Belia memberitahu bahawa pada awalnya kos pembikinan lapangan terbang tersebut  adalah RM200juta. Dalam tempoh perbincangan , kerana faktor kenaikan bahan-bahan binaan kos tersebut telah dinaikkan menjadi RM250juta. 2 bulan sebelum proses pembikinan berjalan , kos terkahir adalah RM560juta.

Itu sebenarnya yang menjadi persoalan. Beliau menambah sepatutnya kos untuk project ‘direct nego’ sebegini sepatutnya berkurangan bukannya meningkat  lebih 2 kali ganda.

Dalam isu yang sama, beliau menambah, terdapat 2 alternatif bagaimana  aspek landasan untuk kapal terbang ‘take-off’ dan ‘reach-down’ . Pertama adalah dengan menghala ke laut berdekatan , dan yang kedua adalah dengan menghala ke darat.

Mengikut faktor kos dan faktor keselamatan , pilihan yang bijak sewajarnnya menghala ke laut , tetapi pilihan yang telah di buat dalam projek ini adalah menggunakan / menghala ke darat.

Komentar local : “Lahai , Abg Mat , Tak dapat den nak nolong eh”. ” Apa-apahal misi utama Abg Mat le ning wak kelik pitih royalti dulu . Hak lain kita bincang smula . Ke Grane Abg Mat ?”

Advertisements


Wang Royalti & Keuntungan Petronas
13 Mei, 2008, 12:50 pm
Filed under: dari kaca mata local, politik | Label: ,

Saya tak mahu ketinggalan data-data dari artikel NST ini.

  • Keseluruhan wang petronas yang di bayar dalam bentuk royalti adalah 26.839bil antara tahun 2004-2007.
  • Dari jumlah tersebut, RM13.420 billion di bayar kepada pemerintahan pusat
  • RM7.364b di bayar kepada Terengganu ( juga di terima oleh pusat)
  • RM1.234b di bayar untuk Sabah.
  • RM4.821b di bayar untuk Sarawak.
  • Petronas mencatatkan keuntungan sebanyak RM165.3b untuk tahun perniaagaan berakhir pada 31 Mac,2007.

Komentar dari saya akan di masukkan kemudian.