My-LocalAgenda


Kerajaan Hilang Punca – Ku Li
29 September, 2008, 10:50 pm
Filed under: dari kaca mata local, politik | Label:

1. Kebuntuan kita ini tiba dalam senario di mana kita menghadapi cubaan hebat dalam bentuk keadaan ekonomi, politik dan keselamatan yang kian hari semakin mencabar. Ekonomi dunia bakal dirundung kemelesetan yang mungkin sehebat Zaman Meleset tahun 1930an dalam Abad ke 20 dahulu. Sebagai negara perdagangan, tentunya kita akan terdedah sepenuhnya kepada impak kemerosotan ekonomi global itu. Dalam masa yang sama, sewaktu kita alpa, ekonomi global mengalami ada transformasi besar-besaran. Maka, kita perlu mengambil langkah perlu dengan seberapa segera demi menyesuaikan diri dengan perubahan besar itu, seandainya kita tidak ingin terpinggir.

2. Keputusan paling menggemparkan daripada Pilihan Raya Umum pada tahun ini memanifestasikan sentimen rakyat dan pilihan yang rakyat nyatakan itu memang tidak boleh diabaikan. Warga Malaysia mahukan perubahan fundamental, dan mereka menghendakinya dilakukan sekarang, baik oleh atau menerusi pihak kerajaan campuran yang berkuasa sekarang mahupun daripada pihak di luar kerajaan. Sepanjang tempoh lima puluh tahun nan lampau, susunan demografi penduduk Malaysia telah mengalami perubahan dramatik. Sudah nyata bahawa kita kini mempunyai kalangan pengundi yang lebih bijak membuat pilihan dan bersikap lebih mendesak. Bolehkah kita mempersalahkan mereka jika mereka sudah bosan dan mula hilang kesabaran dengan ketidakcekapan dan ketidakjujuran barisan pemimpin mereka?

3. Kilanan yakni ketidakpuasan hati dan rungutan warga Malaysia di Sabah dan Sarawak, yang tidak diberi penghayatan sepenuhnya dalam Pilihan Raya Umum itu, masih belum ditangani sampai sekarang. Ini merupakan risiko maha besar terhadap integriti hubungan antara tiga pihak yakni Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang bersekutu menjadi Persekutuan Malaysia.

4. Badi daripada salah faham dalam hal kaum dan agama memang ‘retak mencari belah’ yang siap sedia menjadi bahan eksploitasi dalam arena politik lantas mampu membahanakan kecelakaan yang maha dahsyat.

artikel asal : http://tinyurl.com/4ko7b7

Dengan krisis Ekonomi semasa di Amerika dan Britain , nampaknya laman-laman dan blog2 ekonomi mendapat tempat akhir-akhir ini; untuk memahami senario sebenar.

Apakah langkah pro-aktif MOF di bawah Menteri Baru,  Najib untuk mengatasi krisis ini ?

Apa? belum ADA ?

Advertisements


Risen Oil Royalty – Royalti Minyak Di Naikkan
25 September, 2008, 6:01 am
Filed under: dari kaca mata local, politik | Label: , ,

This article stated that if PR rules the nation , then our oil royalty to the state ( including Terengganu,Sabah & S’wak) will be risen up from 5% to 20% . Is that really exist in their manifesto ? If that so , then that is a very strong attraction point.

If that is incorrect , than the people of Terengganu/ Sabah & S’wak should start demand it.

I believe, PR wil be more than please to fulfill our demand if that can promise their winning.

Quoting from http://tinyurl.com/3qkybc :

Mr. Anwar has been quick to recognize the opportunity presented by such grievances. The possibilities (aides don’t like the word “promises”) discussed include: granting a greater number of political posts to Sabahan and Sarawakian politicians and civil servants; increasing royalties on oil and gas to 20% from the current 5%; and transferring greater autonomy for economic development from the federal government to the state governments in Kota Kinabalu and Kuching. There has even been mention of appointing an additional deputy prime minister to be filled by someone from East Malaysian affairs.

Can PR  do that ?

If not 20% , I think PR can easily fulfill 7-10%. At least we are still better off.

Now, it depends to us.

REQUEST it or NOT.

BROADCAST it or NOT.

Some facts & figures from previous post :

  • Keseluruhan wang petronas yang di bayar dalam bentuk royalti adalah 26.839bil antara tahun 2004-2007.
  • Dari jumlah tersebut, RM13.420 billion di bayar kepada pemerintahan pusat
  • RM7.364b di bayar kepada Terengganu ( juga di terima oleh pusat) – so this is current 5%
  • RM1.234b di bayar untuk Sabah.
  • RM4.821b di bayar untuk Sarawak.
  • Petronas mencatatkan keuntungan sebanyak RM165.3b untuk tahun perniaagaan berakhir pada 31 Mac,2007.


Pengangkutan Awam Negara
18 September, 2008, 6:08 pm
Filed under: dari kaca mata local, politik | Label: ,

Perkhidmatan teksi negara di ‘mark’ sebagai antara yang terburuk dunia.

Di harapkan RM34billion yang bakal di taburkan untuk peningkatan sistem peningkatan awam kita akan mencapai matlamatnya.

Malaysia’s ‘worst in the world’ taxis tarnish national image

Rujuk laman : http://www.tinyurl.com/4wvrro

Ini isu di teksi di KL , bagaimana dengan isu pengngkutan awan (termasuk teksi) di Terengganu ?

Komentar local : Abg Mat , minyak2 naik , ni kalau boleh orang nak naik public transpot je ..

sementara tu intai2lah harga barangan di sekitar KT ni .. dekat2 raya ni , nmpak macam semuanya melambung naik..

Harga ayam proses kita dah cecah RM8/kg ni .. macam harga ayam di Las Vegas ..:)

Mana pemantau aktif?



Memo kepada Pakatan Rakyat (Terengganu)
18 September, 2008, 3:01 am
Filed under: dari kaca mata local, politik | Label: , ,

Negeri bagaikan dalam kedaan ‘sejuk & beku’. MB pula masih lagi di kurung dalam ‘peti sejuk’ oleh rakan-rakannya. Makan gaji sejuk-sejuk.

Agenda Apa yang ANDA sedang mainkan ??

Di harapkan PR Terengganu juga tidak sesejuk itu!



Pertukaran Portfolio
17 September, 2008, 8:48 pm
Filed under: dari kaca mata local, politik | Label: , ,

Hari ini :

Pertukaran portfoli anatara Najib dan Abdullah .

Abdullah memegang portfolio Kementerian Pertahanan manakala Najib sekarang memegang portfolio Kementerian Kewangan.

Maklumat TV3suku dan NST (rujuk : http://tinyurl.com/6l4zu2) :

Abdullah:

Anwar sekarang merupakan ancaman kepada negara…

Saya rephrasekan kembali , sebenarnya ..

Anwar sekarang merupakan ancaman kepada kekuasaan BN…

Dengan memegang portfolio K. Pertahanan , stanby apa yang Pak Lah akan buat .

ISA @ Akta Darurat ?

Apa perancangan dalaman PR untuk percaturan UMNO ini ?

Di samping itu, makluman bahawa Najib pun sudah mula menjadi sebahgaian dari ‘beruk’ ( istilah UMNO untuk para blogger) dengan lamannya di  http://www.1malaysia.com.my
Walaupun dah agak terlambat bagi Najib , namun ucapan selamat datang kepada ‘beruk’ baru.



Selamat Hari Malaysia – 16 Sept
16 September, 2008, 6:43 am
Filed under: dari kaca mata local, politik | Label: ,

Selamat Hari Malaysia . Bersedia untuk peralihan kerajaan?

Menanti apakah agenda terkini PKR / PR untuk hari Malaysia ini .

Di katakan perjumpaan semalam di Kelana Jaya agak memberangsangkan.

Juga sedang menanti kebenaran peralihan pemerintahan ini ?

Memang BN sudah terlalu lama memerintah , sehingga sudah tiada inisiatif dan idea baru .

Usaha-usaha terakhir yang di lakukan  kini bagaikan

“dah terantuk baru nak mengadah .. ” ( btui ke pepatah ni eh?)

dalam ertikata lain , dah kena ketuk , baru semua sibuk nak buat kerja ..pembaharuan tu , pembaharuan ni ..

Lahai .. dah terlambat Cik Kiah oooi..



Komen Nik Aziz mengenai Kenyataan Mustafa Ali
16 September, 2008, 4:08 am
Filed under: dari kaca mata local, politik | Label: , , ,

Artikel mahaguru58 , sekali lagi ‘merevealkan’ sesuatu yang agak panas .

Rujuk : http://tinyurl.com/5fuxvx

Komentar local :

Mustafa Ali dalam pemerhatian .

Perlu pemahamanan jelas mengenai sejarah politik Mustafa Ali. ( Dari UMNO ke PAS?)

Sekarang menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Adakah komennya itu berbau UMNO ?

Mungkinkan jasadnya pada PAS , tapi hatinya masih pada UMNO ?

Apa komen Tuan Guru Hj Abdul Hadi?

Tambahan komentar : Sekali lagi , Kekuatan Pembangkang Terengganu dalam pemerhatian .

Adakah pembakang Terengganu , yang di ketuai oleh TG Haji Hadi sekarang masih belum cukup utuh?

TG Hj Hadi hanya kuat di Rusila ? tapi tidak mampu mengolah  isu-isu nasional dengan baik ?

Bagaimana dengan memainkan isu-isu peringkat negeri. Selain dari isu royalti , RM , apa lagi yang sedang di mainkan pembangkang ?

Apa lagi yang perlu untuk negeri ini ?

Pengangkutan awam ? Kadar pendapatan perkapita penduduk ? Kos kehidupan yang semakin menggigit? terutama di paka & kemaman )

Apa lagi yang sedang di perjuangkan ?

Kebanyakan orang bercerita mengenai kepimpinan dan presiden UMNO ketika ini . Negerinya di tangan PR .

Sebaliknya, aku cuba mempersoalkan ,  apa pula cerita mengenai kepimpinan dan presiden PAS? Negerinya di tangan BN.

Apa pula ceritanya mengenai PKR Terengganu ?

Melihat pada senario politik negeri , pada masa sekarang lah sepatutnya pembangkang negeri menggadakan usaha dengan menaikkan isu-isu semasa ( dan publisiti isu! ) kerana keadaan MB Terengganu dan UMNO sekarang dalam ‘peti sejuk’.

Nampaknya macam pembangkang Terengganu juga sama dalam ‘peti sejuk!’.

Pembangkang Terengganu , BANGKIT!