My-LocalAgenda


Umpan PRK-KT
30 Disember, 2008, 3:08 pm
Filed under: politik | Label: , , ,

1) 400juta wang ehsan tambahan .
2) 6.1juta untuk masyarkat Tiong-Hua
3) Turapan jalan-jalan sekitar bandaraya.
4) Penaiktarafan sistem pengangkutan awam

tambahan :

5) Kedai buku taraf internasional , ( kalau tak konikuya(? buti ke ejaan ni? )) pun , POPULAR @ MPH pun jadilah .. )..

..

anak ikan ,

makan-makan ..

Advertisements


DEB dan Usahawan Bumiputera
27 Disember, 2008, 1:51 am
Filed under: dari kaca mata local, ekonomi

Saya cuba ‘mengugel’ data-data DEB selepas 30 tahun ia di jalankan. Malang , gagal. Tiada laporan atau pembentangan khusus tentangnya .

Tercetus dalam diri , bagaimana maklumat untuk Dasar yang begitu tersohor untuk membantu Melayu yang di war-warkan tidak terdapat dalam capaian rakyat . Mungkin kerana keputusannya dan hasilnya yang memberangsangkan , membuat data-data tersebut , semacam tersembunyi. ( Bantuan , sila link kan kepada saya jika terdapat laporan/data DEB terkini )

Di pendekkan cerita maklumat yang saya cuba cari adalah mengenai statistik usahawan yang telah di lahirkan dalam tempoh 30 tahun tersebut , dana yang di belanjakan , pulangan dana dan apa-apa sahaja data yang boleh membantu saya. Bukan apa , saya hanya mahukan kesahihan maklumat untuk penulisan ini . Oleh kerana tiada maklumat , tidak bermakna saya tidak mengetahuinya . Beberapa data tersebut telah di bentangkan di Parlimen , dan kebetulan pula saya menontonnya ketika itu , sama ada di TV1 , ataupun di internet. Cuma saya tidak catitkan.

Walau bagaimanpun, berikut adalah 2 data dalam memori saya :

Usahawan bumiputera yang berjaya di hasilkan dalam tempoh tersebut: 19% ( @ mungkin 11%)
Usahawan bumiputera yang mempunyai premis perniagaan : 11% ( @ mungkin 19%)

Beberapa maklumat tambahan dari data tersebut .

Jumlah usahawan bumiputera yang di hasilkan termasuk juga anak-anak syarikat kerajaan / GLC , contohnya PNB,Proton dll.

Kajian mengenai data.
Sunngguh menarik maklumat yang di terima ketika itu. Selama 30 tahun DEB di laksanakan , itulah jumlah yang berjaya di hasilkan.

Masih tidak sampai 30% . Ini bermakna dalam setahun DEB berjaya melahirkan usahawan bumiputera di bawah paras 0.5% setahun .

Wah ! Data yang menarik untuk di cungkil.

Persoalan :

Persoalan yang timbul ; mengapa dan kenapa ?

Pemilihan bulu kroni untuk bantuan ?
Perniagaan bukanlah budaya kaum melayu ?
Ilmu perniagaan masyarakat melayu amat cetek ?
Melayu tiiada budaya mencipta ? samada mencipta inovasi atau pun mencipta peluang dan pekerjaan ?
Networking Melayu yang terhad , tidak seperti kaum china ?

Mencari jawapan .



Archieve : Terengganu Plot
26 Disember, 2008, 7:23 pm
Filed under: dari kaca mata local, politik

This is something worth reading . I don’t want to miss this article again . So I put it here. Written by Raja Petra last March . Exposed the plot up-there . Now, Wan Farid re-appears.

THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin

“Guano pulok puak-puak Amno ni bekeng sangat? Dah Tuanku amboh, amboh lah! Mende nak main paksa-paksa pulok? Bila menatang Cheena buat kacau kat Perak, bising. Ni, menatang Amno pulok nak tunjuk bekeng. Beso kemaluang Ganu kite.”

That is probably what the Kuala Terengganu folks at the Pasar Payang wet market are lamenting. When the Rulers keep quiet, the rakyat complain and question the purpose of retaining the Monarchy if the Rulers do not earn their salary. However, when they do act, the raykat complain and accuse the Rulers of getting involved in politics. The Rulers must work for the people, argue the rakyat. The bottom line is, the rakyat don’t really know what they want.

In the 1990s, a well-known Malaysian business magazine reported that Terengganu is the second richest state after Selangor but its rakyat are the second poorest after Perlis. The Kelantan Menteri Besar, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, retorted that Kelantan may be poor compared to Terengganu, but its people are rich. “Kekayaan Kelantan di tangan rakyat,” said Nik Aziz. Kelantenese, Nik Aziz stressed, do not need to depend on the government. They will travel far and wide, even to Singapore, to earn their living. And they will send money back to the state to help prop up its economy.

This is true. You can find a Kampong Kelantan in Singapore but not a Kampong Terengganu or Kampong Kedah or whatever. And Kelantanese will go back to Kelantan to pay their zakat (tithe) so that the money can go to the state and not to the federal government. And that is why the federal government attempted to nationalise the zakat collection — they wanted to deny the state the money. But Kelantanese are stubborn and they are in fact proud that they can survive without federal funding and in spite of being squeezed of federal funding.

Teruskan membaca



Propaganda – PRK-KT
24 Disember, 2008, 4:23 am
Filed under: dari kaca mata local, politik

c4pr

c4pr2

Untuk di guna ramai, jika bersesuaian .

For general use , if applicable.



Kabinet Bayangan PR ( dan logonya)
17 Disember, 2008, 10:00 am
Filed under: dari kaca mata local, politik | Label: , ,

Jeff Ooi dari DAP ,  mencadangkan agar PR mula  melakarkan barisan kabinet bayangan mereka , selewat-lewatnya sebelum Mac ; iaitu sebelum barisan kabinet Najib di keluarkan .

Dengan mengadakan senarai kabinet bayangan dalam tempoh ini , rakyat akan mempunyai lebih keyakinan kepada PR.

Selain itu ia akan menunjukkan kemuafakatan sebenar komponen-komponen parti dan kesedian PR untuk mengambil alih tampuk pemerintahan semasa , jika usul tidak percaya kepada kerajaan sekarang di ketengahkan .

Nah , spekulasi kabinet bayangan PR bermula !

Ah , tidak di lupakan , logo PR . Setakat ini PR masih tidak mempunyai logo rasmi untuk pakatan ini

( Siapa yang cakap isu logo adalah isu remeh ? Logo dan organisasi tidak dapat di pisahkan , kerana ia memberi persepsi visual tentang sesebuah organisasi tersebut. Kalau logo tak kreatif , makna dalam persepsi pertama , organisasi tersebut juga tidak kreatif . Mungkin digital2 artist kita lebih memahami dan sanggup memberi sumbangan mereka 😉 )



Duit Royalti Hilang Lagi ..
16 Disember, 2008, 2:52 am
Filed under: dari kaca mata local, ekonomi, politik | Label: , ,

Utusan :

Terengganu terima royalti RM6.218b dalam tempoh 8 tahun
14/12/2008 6:54pm

KUALA TERENGANU 14 Dis. — Kerajaan Terengganu menerima wang royalti minyak secara langsung daripada kerajaan Pusat sejak 2000, berjumlah RM6.218 bilion, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

..

“(Bagaimanapun), pada masa ini, kerajaan Terengganu sedang menunggu senarai penuh perbelanjaan digunakan oleh kerajaan Pusat, yang melibatkan wang royalti minyak itu,” katanya.

Beliau menjawab soalan Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) yang ingin tahu jumlah wang royalti minyak yang diterima kerajaan Terengganu dari 2000 hingga 2008, pada hari pertama sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-12, di sini hari ini.

Ahmad berkata setakat ini, Kementerian Kewangan mengesahkan sebanyak RM700 juta wang royalti minyak digunakan kerajaan Pusat untuk membina rumah oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di negeri lain.

Beliau berkata RM800 juta lagi, dibelanjakan untuk pelbagai projek pembangunan di negeri lain.

“Jumlah keseluruhan wang yang digunakan ini adalah sebanyak RM1.5 bilion.

Wang ini akan dituntut kembali kerana beberapa senarai lain yang kita kehendaki masih belum disahkan oleh Kementerian Kewangan.

Daripada artikel terdahulu 13/5/2008 , jawapan yang di terima di Parlimen apabila di tanya oleh Wan Azizah ,selaku ketua pembangkang ketika itu :

Saya tak mahu ketinggalan data-data dari artikel NST ini.

  • Keseluruhan wang petronas yang di bayar dalam bentuk royalti adalah 26.839bil antara tahun 2004-2007.
  • Dari jumlah tersebut, RM13.420 billion di bayar kepada pemerintahan pusat
  • RM7.364b di bayar kepada Terengganu ( juga di terima oleh pusat)
  • RM1.234b di bayar untuk Sabah.
  • RM4.821b di bayar untuk Sarawak.
  • Petronas mencatatkan keuntungan sebanyak RM165.3b untuk tahun perniaagaan berakhir pada 31 Mac,2007.

Secara ringkasnya :

Mat Said kata : Duit Royalti terima RM6.218B untuk tahun 2000-2007 .

Jawapan dalam parlimen : RM7.364b untuk tahun 2004-2007.

Ok , kepada cikgu-cikgi matematik dan ekonomi, boleh buat soalan baru .

Kenapa duit royalti yang  di terima oleh negeri Terengganu berkurangan dalam tempoh yang semakin panjang ?


ps : Pesanan kepada adik2. Ini la untung buat kerja rumah dan simpan elok2 .  Apa2 hal nanti kalau cikgu salah bagi statement atau angka , boleh debate balik . Biar cikgu pulak buat kerja rumah.

quote : “Hari-hari cikgu tido..” – anak buah P.Ramlee.



Kenapa PRK KT Penting ?
15 Disember, 2008, 4:38 pm
Filed under: dari kaca mata local, politik

NST :

KUALA TERENGGANU: The Barisan Nasional cannot afford to lose the Kuala Terengganu by-election, deputy Umno president Datuk Seri Najib Razak said yesterday.

..

“From my observation of the leaders involved in this by-election, I am confident that the BN is ready to succeed.

“A win will be a clear signal that Umno and the BN are still relevant to the rakyat,” he said when launching the BN’s Kuala Terengganu by-election machinery at the Islamic Civilisation Park here.

Komentar lokal :

Duit dah bagi cukup , jenterea 15,000 mula di gerakkan dari Kem BN. Statement jelas dari Najib mengapa BN sangat-sangat menharapkan kemenangan di sini .  Mereka memerlukan kemenangan ini sebagai sokongan moral bagi mereka. Yang akan menyatakan bahawa rakyat masih menerima BN , biarpun tsunami Perubahan 8  Mac , dan kekalahan di Permatang Pauh.

Bagi PR :

PRU12 , 8 Mac – the ‘big turning point’ –  penanda pada perubahan dan gema yang sedang bermula. Percubaan untuk meruntuhkan pemeritahanan mutlak tanpa  persaingan selama 50tahun.

Permatang Pauh , 26 Ogos –  menunjukkan bahawa gema itu masih wujud dan  trend itu masih berterusan , tapi masih boleh berubah pada bila-bila masa.

Kuala Terengganu 17 Januari 2009 – memberi ‘confirmation signal’ that the trend is actually true , dan akan berterusan dalam satu tempoh yang lama.