My-LocalAgenda


Cerama Perdana
7 Januari, 2009, 1:56 pm
Filed under: dari kaca mata local, pilihanraya kecil kuala terengganu, politik

Semalam ada ceramah perdana di bandar KT , belakang Hypermarket Astaka.

Di tingkat atas Astaka ada tempat main bowling.

Melalui lorong-lorong belakang , rumah-rumah kayu lama-klasik , ke tempat ceramah . Terhimpit-himit kerana ramai yang nak dengar ceramah PR.

Orang-orang BN , dan Pak Najib patut lalu lorong-lorong ini .

Di hadapan jalan utama , di katakan pembangunan ,  tapi di belakangnya , rumah-rumah atap zink , yang senget-senget.  Terengganu Klasik.

Mereka inilah yang sepatunya di keluarkan dari kepompong kemiskinan oleh BN . Kemiskinan di bandaraya.

Sambil lalu di jalan-jalan kecil gelap  diantara rumah kayu senget , nampak poster Abg. Mat Said .Siap tuan rumah sekali berada di beranda.

Hilang mood untuk tengok kedaifan dan rumah-rumah senget . Hati terdetik dengan kemusyikalan . Ahli saluran 1 , kata hati.

Malam itu pencermah semua yang best-best. Semua ‘key-player’ .

Di dahalui dengan Mustafa Ali , Lim Kit Siang , Tuan Guru Hj Hadi , Wahid Endut, Dato Zahar ‘ Eurocopter’ ( baru masuk PAS 2 minggu ) Dato Seri Anwar Ibrahim dan di akhiri oleh TG Nik Aziz.

Ceramah memang tak bosan . Anwar baru saja pulang dari Ghazza dan menceritakan pengalaman bersidang dengan beberapa tokoh asia barat untuk penyelesaian di Ghazza.

‘Ghazza dibiarkan sedemikian rupa,  kerana roh perjuagan pemimpin muslimin di Asia Barat yang lesu . Apabila pemimpin-pemimpin bercakaran dan sibuk menjaga kepentingan peribadi masing; tanpa menghiraukan permasalahan rakyat bawahan.

Itulah antara isi yang di ucapkan .

TG Nik Aziz pula memberi teguran, supaya tidak memilih parti yang dalam nazak dan dalam keadaan serba salah .

Antara ayatnya :

Bagi rasuah , salah .   ( UMNO tahu bagi rasuah / politk wang adalah salah )

Tak bagi , takut kalah .   ( tapi kalau tk bagi takut kalah .. )

Jadilah, parti/pemimpin yg serba salah.

Beliau juga menceritakan pengalaman awal mentadbir Kelantan , dan antara perkara yang di buatk beliau mengeluarkan wang negeri dari bank-bank yang berunsur Riba  dan di masukkan ke dalam bank Islam/Muamalat  pada awal tahun 90an.

Kaedahnya itu mendapat tentangan dari pihak bank , tetapi akhirnya akur dengan tindakan tersebut , dan mula memberi alternatif kepada perbankkan islam.

Sebelum berakhir , doa dari TGNA , yang syahdu menyayat hati.

Doa untuk perjuagan, dan membantu orang-orang yang sedang berjuang untuk agama Allah.

Setitis dua air mengalir dari mata.

Majlis berakhir antara jam 12.30 pagi. Sekali lagi terpaksa bersesak-sesak untuk pulang.

Anggaran kehadiran : 1 padang bola penuh.

Advertisements

Tinggalkan Komen so far
Tinggalkan komen



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s



%d bloggers like this: