My-LocalAgenda


Berita Umat : Perlu Waspada
27 Februari, 2009, 3:53 pm
Filed under: alam sekitar, dari kaca mata local | Label: ,

Published: Thursday February 26, 2009 MYT 6:26:00 PM

Christian publications can use the word “Allah”

KUALA LUMPUR: The Malaysian government has allowed Christian publications to use the word “Allah” to refer to God as long as they specify the material is not for the majority Muslims, a church official said Thursday.

details

Di fahamkan buat masa ini , ada 3 agama telah menggunakan nama Allah sebagai tuhan mereka , iaitu Islam , Kristian dan juga Sikh.

Walaupun di ketatkan bahawa perlu ada tulisan ‘UNTUK KRISTIAN SAHAJA’ bagi buku-buku edaran dalaman mereka sahaja , tetapi perlaksanaan mungkin di ragukan.

Ada juga yang sedang mempromosikan tag’ ‘SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUL NABI ISA’ untuk Hari Natal.

Hebahan kepada umat agar lebih berwaspada dan tidak terkeliru perlu di sebarkan.



Ekonomi : Ada 2 pilihan
27 Februari, 2009, 3:37 pm
Filed under: dari kaca mata local, ekonomi

1. Kerajaan menggalakkan anda terus berbelanja bagi meningkatkan aktiviti ekonomi dan permintaan.

2. Economist , menggalakkan anda menyimpan , kerana keparahan kejatuhan kapitalisma ini , tidak di ketahui jangkamasanya .

Tukar Tiub sudah mula menyatakan rintik-rintik peperangan bakal bermula jika krisis ini terus menjadi dalam dan tk berpenghujung . Ini adalah kejatuhan kapitalisme . Apa sahaja ilmu/teori  ekonomi mengenai free trade , adam smith dan ‘laisez faire’ kini sedang mengalami kehancuran.

Di UK , di fahamkan sekarang sudah ada pakej beli 1 kereta  dapat 1 kereta pecuma. IXORA / EXORA bila lagi ? 🙂



Earth Hour : Terengganu Chapter
27 Februari, 2009, 1:05 pm
Filed under: alam sekitar, dari kaca mata local | Label: ,

earthhour
earthhour_thumb

aku tak pasti sama ada WWF(Terengganu) telah menghantar info/notis/informasi Earth Hour kepada kerajaan negeri atau premis-premis perniagaan .

Di mana DOE ? Jabatan Alam Sekitar. Setidak pun mereka sepatutnya menyokong usaha ini.

Walau bagaimana pun saya berharap agar bangunan-bangunan dan jalan-jalan dapat di padam lampunya.

Antaranya adalah tempat yang ‘consume’ energy terbanyak seperti :

1) Kawasan Industri Minyak di Kemaman . ( Light them off dude , you are making millions , sucking things form the earth,  and cannot contribute back for an hour ? )

2) Wisma Darul Iman , Wisma Negeri dan Wisma Persekutuan

3) Lampu-lampu jalan especially Jambatan Sultan Mahmud

4) Hotel-hotel ( adakah mereka sanggup berkorban ? Organize event yang menarik kepada pelanggan anda untuk satu jam ini )

5) Chalet-chalet di Pulau-pulau . ( adakah mereka juga sanggup berkorban selama sejam ? )

6) Premis perniagaan : Mydin Mall , Giant Mall , Sabasun ,Mesra Mall dsb. [ break lebih awal ? ]

7) Anda nyatakan  lokasi lain .

Jom organize event untuk malam itu ; seperti berkhemah dan melihat bintang indah di langit .

oil_gas_kerteh

Cahaya di Kerteh ,Kemaman

Jambatan Sultan Mahmud

Jambatan Sultan Mahmud

Hotel Awan Kijal

Hotel Awana Kijal

Persoalan  : Adakah anda merasakan jenayah akan bertambah jika lampu terpadam , atau kerja-kerja nakal akan meningkat ??



Support/Menyokong Earth Hour
23 Februari, 2009, 6:51 pm
Filed under: alam sekitar | Label: , , ,

My-LocalAgenda menyokong Hari Dunia 2009 pada:

28 Mac 2009 . Jam 8.30mlm – 9.30mlm


Padamkan semua lampu selama sejam dan biarkan dunia berehat dalam tempoh itu. Adakah itu terlalu sukar untuk anda korbankan ?

Selain dari premis perumahan di harap premis-premis perniagaan , pasaraya dan shopping mall juga dapat mengambil bahagian dalam acara ‘pengorbanan’ kepada dunia ini.

Earth Hour 2009 is on 28 March 2009 which happens to be a Saturday. Do your part and switch off your lights for one hour from 8.30pm to 9.30pm.

Details : http://www.earthhour.org/news/my:en



DS Nizar di Perak : Permulaan Krisis
22 Februari, 2009, 3:28 pm
Filed under: Uncategorized | Label: , ,

..

Saya terus angkat sembah dan duduk (cukup luar biasa sebab yang biasa apabila dititah atau mohon mengadap, sayalah yang akan menunggu DYMM Sultan didalam bilik khas). DYMM menyatakan kepada saya:-

1. Kesemua 27 ADUN BN telah dipanggil mengadap dan setuju trus dengan BN

2. Adun Bota (YB dato Nasa) telah bersetuju kembali kepada UMNO-BN

3. Ketiga Adun Behrang, Cgkt jering dan Jelapang juga telah dipanggil mengadap dan bersetuju keluar PR dan menjadi ahli Bebas serta menyokong BN, menjadikan 31 orang. (28 +3)

4. Maka sekarang BN ada majoriti dan PR cuma ada 28 ADUN.

Saya sudah terlintas dihati yang sesuatu tak kena akan terjadi makanya ,
saya mohon mencelah dari DYMM Sultan dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengutarakan hujah dan point berikut:-

i. Saya hanya memohon perkenan kebawah DYMM Tuanku untuk dibubarkan DUN Perak dalam hak dan kuasa yang dianugerahkan saya sebagai MB dan ketua DUN.

ii. Kembalikanlah hak rakyat untuk memilih kerajaan baru yang sah dan bermaruah.

iii. Saya mahu mendaulat dan memartabatkan institusi Istana sebagai institusi ulung dan teragung di kacamata rakyat.

iv. Bila DUN dibubarkan, rakyat akan lihat bahawa Tuanku cukup adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak sekali gus rakyat akan menjulang dan menghormati institusi Istana kerana mengembalikan hak rakyat untuk membuat pilihan semula. Ini Keadilan yang kita laung-laungkan.

v. Saya ajak DYMM Tuanku Sultan meredhai dan bersyukur di atas anugerah Ilahi dalam sambutan Jubli Perak dengan Allah SWT memanjangkan usia DYMM Tuanku hingga ke 82 tahun. Saya seru agar merealisasikan kesyukuran atas nikmat ini dengan mengembalikan hak rakyat serta pengampunan dari Allah SWT

vi. Saya nyatakan dengan jelas jika Tuanku bubarkan DUN, rakyat akan turut bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada Tuanku dan rakyat akan menjulang institusi Istana.

vii. Disebaliknya saya nyatakan bahawa jika hak rakyat ini tidak diberi (dengan tidak membubarkan DUN) maka dikhuatiri rakyat akan menghina dan hilang hormat kepada institusi di Raja dan Tuanku sendiri.

viii. Saya zahirkan kepada DYMM Tuanku dimanakah maruah kerajaan UMNO BN dengan mengambil 3 orang wakil rakyat (Jamaluddin, Kapt Osman dan Hee) sebagai penyokong mereka semata-mata hendakkan simple majoriti, yang mana 2 daripada mereka (Jamaluddin dan Osman) telah dituduh oleh pimpinan UMNO terdahulu dari itu sebagai mengambil rasuah meluluskan projek perumahan di Perak Tengah bernilai RM180juta dan menerima habuan serta sedekah seks (yang mana projek tersebut tidak wujud pun! Sengaja diada-adakan oleh pihak BPR pusat untuk mejatuhkan kerajaan PR). Kedua mereka akan menghadapi perbicaraan di mahkamah session Ipoh pada 10 Feb 2009. Saya juga katakan kepada DYMM Sultan seandainya pertuduhan ke atas mereka lekat, maka apa akan terjadi kepada kerajaan itu kelak. Dan jika pertuduhan itu digugurkan oleh mahkamah, sudah tentu rakyat jelata akan melihat sebagai campurtangan pihak Istana dan ini akan mencemarkan imej dan kedaulatan Istana.

ix. Saya beri maklum bahawa jika dibubarkan DUN Perak seluruh institusi Istana di Malaysia pasti akan mendapat penghormatan tertinggi dikacamata rakyat jelata dan masyarakat dunia dalam dan luar negeri akan turut menghormati DYMM Tuanku. Kekebalan dan kekuasaan diraja telah lama dirobek dan cuba dihapuskan oleh UMNO sewaktu dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir. Semua institusi kesultanan di Malaysia akan mendapat imej baik dek keputusan bijak dan arif oleh Tuanku.

x. Saya sebut secara verbatim kata-kata DYMM dalam sebuah buku yang Tuanku hadiahkan kepada saya sewaktu menjawat jawatan MB pada bulan Mac 2008 dahulu. Buku berjodol “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance” (Selected essays and speeches,by HRH Sultan Azlan Shah, edited by Professor Dato’ Seri Visu Sinnadurai, tahun 2004, saya bacakan kepada Tuanku berbunyi, “under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di Pertuan Agong would not withold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal”.

Selepas saya baca ayat tersebut sepatah demi sepatah, maka dengan penuh takzim dan lembut ungkap, saya merayu agar Tuanku berpegang dan mengotakan kata-kata Tuanku tersebut. Bahkan saya sebut bahawa buku tersebut dan kata-kata Tuanku di dalamnya menjadi rujukan penghakiman semua negara Commonwealth sebagai suatu peradaban undang-undang yang luhur.

xi. Saya mengingatkan kepada DYMM Tuanku bahawa banyak negara seperti Singapura, Indonesia, Filipina, Mesir dan Iran yang dahulunya ada institusi di Raja, namun apabila keputusan Istana berpihak kepada mana-mana kumpulan dan mengenepikan kehendak hak rakyat, maka kini institusi tersebut telah hilang.

xii Saya merayu bahawa pada ucapan sambutan Jubli Perak pada 3 Feb 2009, di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, ucapan Tuanku, ucapan Raja Muda dan juga ucapan saya telah menitik beratkan soal keadilan, hak rakyat dan good governance. Siaran tersebut telah dibuat liputan langsung oleh TV Bernama dan akhirnya saya dengan penuh rendah diri dengan Nama Allah, memohon kepada DYMM Tuanku agar di bubarkan DUN Perak.

Sebaik-baik sahaja habis saya sebut perkara di atas, DYMM Tuanku telah mengangkat sedikit wajahnya dan melihat saya sambil bertitah, “Saya tidak akan bubarkan DUN dan MB kena letak jawatan”.

Dengan spontan saya terus mengangkat sembah keampunan seraya berkata, “Ampun Tuanku, patik pohon sembah derhaka”.

Berita Penuh di : http://perakdaily.com/?p=654



Sewa canopy
22 Februari, 2009, 1:46 am
Filed under: Uncategorized | Label: ,

Berita Palsu :

Perkhidmatan sewa canopy puteh di perlukan di Bukit Gantang,Perak dan Bukit Selambau,Kedah

Pembekal yang sanggup memberi sewaan berserta set karoke percuma akan di utamakan.

Sewaan lumayan. Pembayaran lambat

Berminat ? Sila daftar di bawah.



YM dari rakan
22 Februari, 2009, 12:49 am
Filed under: santai | Label: ,

Terima YM dari rakan menyatakan bahawa nombor-nombor hp ini sedang di ‘bid’ di internet dengan nilaian RM10K ke atas.

012 8080808 / 012 8000008 / 012 8000000

Amcam ? Ada BRAN ?