My-LocalAgenda


Lagi cerita Monopoli
28 Mei, 2009, 2:52 am
Filed under: dari kaca mata local, ekonomi

Setelah Radicare di bubar , ramai kontraktor-kontraktor kecil menarik nafas lega . Sekurang-kurangnya ada juga peluang nak isi tender . Dapat tak dapat itu isu ke dua. Pasang kabel situ sini untuk lulus tender.

Tapi isu monopoli tak pernah selesai. Dah tak boleh masuk dengan MOH , kita masuk pula ke MOE .

Bekal pula barang-barang makmal kepada MOE. Katanya yang membekal adalah syarikat ABC , dan syarikat ABC ini merupakan satu-satunya pembekal bahan makmal kepada MOE.

Persoalan. Siapa di belakang ABC ?

Apa lagi yang di monopoli, ya ?

Advertisements


Rakyat Terengganu di minta pantau TIA
28 Mei, 2009, 2:38 am
Filed under: dari kaca mata local, ekonomi

Dari Bernama :

“TIA intends to invest in high-impact, strategic projects in Terengganu, other parts of Malaysia, and in regional and international projects that provide positive spillover benefits to Terengganu,” said its chief executive officer Shahrol Halmi.

The setting up of TIA, the country’s first state-established sovereign wealth fund to manage the long-term oil royalty revenue, was mooted by Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tuanku Mizan will also be the first chairman of the TIA board of advisors.

The board will also receive advice on investments from an economic advisory panel which includes Employees Provident Fund (EPF) chief executive officer Datuk Azlan Zainol and Felda Holdings’ managing director Mohd Bakke Salleh.


Malaysian Insider
pula menyatakan :

Govt to gain 10 percent profit from TIA

KUALA LUMPUR, May 18 — The federal government will gain from the success of the Terengganu Investment Authority (TIA) in terms of 10 per cent from the net profit of TIA, Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak said today.

He said this while responding to a question on the rationale of the government’s guarantee for the TIA’s RM5-billion fund.

The Minister of Finance Incorporated has a 10 per cent share of TIA’s annual profit.

Manakala TukarTiub pula menyatakan :

MUBADALA DENIES REPORT ABOUT INVESTMENTS IN MALAYSIA

By Abdulla Rasheed, Abu Dhabi Editor
Published: May 23, 2009, 23:49

Abu Dhabi: Mubadala Development Co, the investment arm of the Abu Dhabi government denied media reports about its plan to invest $1.8 billion (Dh6.6 billion) in property projects in Malaysia.

“Beyond the Medini Project in the Iskandar Development Region, we currently have no other real estate projects in Malaysia,” the company said in a statement to Gulf News.

Mubadala however, clarified that they are not closing their doors to “partnerships and real estate opportunities globally that generate sustainable returns which may include future projects in Malaysia”.

“Any commitment will be subject to our normal rigorous due diligence and approvals processes and the necessary disclosures being made,” the statement said.

Mubadala said they are planning to expand their hospitality flagship, Viceroy, by exploring opportunities in key gateway cities such as New York, London and Paris as well as other “strategically important markets including Malaysia”.

According to a report published in a Malaysian newspaper and quoted by a wire service agency, Mubadala planned to get involved in the construction of hotels and villas on a 1,200-hectare site in Terengganu state on the east coast of Malaysia.

The report cited Shahrol Azral Ebrahim Halmi, CEO of the Terengganu Investment Authority (TIA) as the source of the story.
TIA has been set up and labelled as Malaysia’s first sovereign wealth fund.

The fund is modelled on similar concepts in the Gulf with the aim of investing oil revenues in long term projects

The Malaysian fund this week said it plans to sell five billion ringgit (Dh5.2 billion) worth of bonds guaranteed by the federal government.

Halmi said the fund aims to raise another six billion ringgit (Dh6.3 billion) later this year by forward selling the oil royalty to be received by the oil-producing state over the next few years.

Projek-projek mega di bawa masuk ke dalam negeri. Tapi musim ekonomi sekarang masih ada ke negara yang berani melabur? Japan , US , UK dan Europe sekarang tengah sibuk memperbaiki sistem ekonomi dalaman masing.

Tapi mungkin juga Asia Barat masih mampu melabur.

Apa yang rakyat risaukan adalah agar pisang tak berbuah 2 kali . Contohnya projek mega TTI di beri kepada TTI Sdn.Bhd . Siapa di belakang TTI Sdn Bhd , tak perlulah di ceritakan di blog ini.

Orang luar dapat projek mega , sebagian rakyat dapat jual keropok lekor rebus dan keropok lekor goreng. Itupun sudah ada yang melompat-lompat.

Sebahagian lagi sedang bergelut dengan kos kehidupan melampau , dan pendapatan bulanan yang ciput.

Masih ada yang mahu melompat-lompat ?

Mahu di ceritakan ini adalah satu strategi ambik duit dari akaun A , buat projek dengan nilaian B , dan serap nilaian C ke akaun lain?

Di mana A= B + C dan C > B .



Mana Mungkin
17 Mei, 2009, 2:57 pm
Filed under: alam sekitar, dari kaca mata local

Terdapat 2 perkara yang pasti memangkin kepesatan sesebuah bandar atau kawasan.

1. Sumber Informasi yang dapat di capai dengan mudah. Ini bermakna kemudahan internet perlu ‘available’ semaksima mungkin .

Di ‘bandaraya’ Kuala Terengganu sendiri capai-an internet ‘percuma’ terutamanya dalam bentuk wi-fi masih sukar untuk di dapati , kecuali di kawasan Mayang Village . Itu pun tidak menjanjikan 100%.

2. Masih Pengangkutan Awam yang Efisien.

Saya pernah bertanya kepada seorang kawan , mengenai sistem pengangkutan awam negeri. Samaada jaringan pekan atau daerah . Di sini saya ingin tekankan jaringan antara pekan-pekan atau kampung sekitar bandaraya ini sendiri.

Untuk soalan tadi , rakan saya menjawab sistem pengangkutan awam di KT sudah ok. Saya terlupa rakan saya tadi memakai kereta Merz sebagai kereta peribadinya. Entah bila kali terakhir beliau menaiki pengangkutan awam di KT sendiri.

Sebagai negeri yang kaya dengan limpahan minyak dan royalti , saya percaya 2 perkara ini , boleh di selesaikan dengan mudah. Mengikut kata tuan pengerusi MAMPAT dalam satu sesi borak santai , beliau mengatakan sekurang-kurangnya RM10B-15B , duit royalti minyak Teregganu di belanjakan dengan secara tidak jelas.

Saya percaya jika pemerintah yang peka, dan bijak mengurus dan mentadbir, serta berkehendak untuk memaju kawasan setempat demi rakyat , perkara ini telah di masukkan ke dalam agenda pembangunan dengan lebih awal.

Semacam saya ingin mengadakan kempen , tidak menggunakan motokar peribadi selama seminggu , untuk menyelesaikan apa-apa tugasan di sekitar bandar dan sub-bandar. Bukan sahaja menjimatkan petrol malah membantu kempen bumi hijau secara terus.

Bilakah agaknya, hanya basikal di benarkan berlegar dalam bandaraya seperti di sesetangah bandar lain.

Ahh , ini negara dunia ke-3 . Mana mungkin itu berlaku.

Cabaran seterusnya ? Bagaimana menjadikan bandaraya ini sebagai bandaraya yang beroperasi dalam kos kompetitif dan berjaya menarik pelaburan luar?



Agenda 1Malaysia
6 Mei, 2009, 10:48 pm
Filed under: Uncategorized | Label:

1malaysia



Merealisasikan Blogawan Terengganu
1 Mei, 2009, 2:39 am
Filed under: dari kaca mata local

Istilah blogawan di terjah pertama kali oleh saudara sebol , dan di gunakan sepenuhnya di dalam buku Blog : Bawa Pemikiran anda Ke Tengah , oleh saudara Aizam.

Istilah Blogawan memang belum di terima pakai oleh DBP , ia hanyalah istilah terjemahan dari ayat Inggeris ‘Blogger’ . Saya pasti ia masih tertakluk pada pindaan.

Dalam budaya dunia sumber terbuka , dan juga boleh ‘dimplement’ kepada dunia terbuka , apa-apa idea kasar baik di ketengahkan dahulu , kemudian barulah pindaan dan proses memperhalusi di lakukan. Itu yang saudara sebol lakukan.

Istilah blogawan di campak ketengah untuk di nilai dan di beri alternatif.

Dalam hal lain, ada yang menyatakan bahawa ‘saya adalah blogger’ apabila saya menulis di blogspot , bagaimana jika yang menulis di wordpress ? Adakah mereka blogger sedangkan istilah ‘wordpresser’ belum di guna pakai.

Satu guraun yang membuat saya tergelak.

Anda adalah blogger apabilla anda menulis blog. Blogspot atau wordpress adalah platformnya. Sebenarnya masih ada banyak platform yang boleh di gunapakai untuk menulis blog.

Apa sahaja Content Management System(CMS) , boleh gunakan untuk menulis blog , seperti Joomla , dan Zomplog , cuma yang popular dan percuma adalah Blogspot dan WordPress.

Itu isu teknikal dalam kategori ‘fundemental’.

Berbalik kepada isu asal.

Idea pertama di lontarkan di sini. . Di atas tajuk butang separuh tak siap. Masih mengambil konsep sama. Lontarkan saja idea kasar ke tengah . Jika ada feedback , maka ianya akah mula di baikpulih.

Pindaan seterusnya di buat oleh saudara aizam, dan berakhir dengan logo sebegini.

Perjumpaan-perjumpaan santai di teruskan dan penambahan ahli di buat secara beransur-ansur. Daripada 2 , menjadi 3 , daripada 3 , menjadi 4 , sehinggalah ianya di sambut dan di broadcast oleh saudara amdang81 di sini.

Dengan kekuatan ‘network blogger’ beliau, idea tersebut menjadi ‘boom’ .

Perjumpaan 8 mata bermula dalam pertengahan bulan 4.

Kemudian di atas inisiatif beliau juga , perjumpaan pertama dengan lebih kurang 20 ahli bermula pada malam 30 April .

Halatuju dan objektif yang lebih konkrit mula di canang.

Idea-idea baru mula datang dan berkembang.

Saya di beri amanah untuk bersama mereka gerak tarinya. Tidak senang , tapi itulah cabaran.

Juga di tanya kenapa my-localagenda ? Kerana Negeri yang kaya , dengan kos kehidupuan melampau , dan peratus rakyat miskin yang tinggi, pasti ada kepincangannya. Kepincangan yang terlalu lama di biar bernanah.

Dan ini adalah agenda ‘local’.