My-LocalAgenda


Sepanduk Lagi
26 Ogos, 2009, 5:18 pm
Filed under: dari kaca mata local | Label: ,
Revolusi Subuh

Revolusi Subuh

Peringatan untuk diri : Bulan2 puasa ni, tingkatlah la amalan.

Selain terawih, cubalah penuhi saf-saf subuh di masjid … AMIINNN ..



H1N1 : Isu Mask (Topeng)
18 Ogos, 2009, 10:53 am
Filed under: Uncategorized | Label: , ,

topeng

Sehari lepas , saya cuba mendapatkan mask di antara pasaraya terbesar di K.T . Namun hampa.

‘Sudah habis’ ,kata penjual Guardian , di dalam pasaraya Giant .

‘Wow , laku betul mask musim ni’ , detik hati saya.

Kemudian di kejutkan pula pada malamnya di TV? harga mask , yang pada asalnya berharga lebih kurang 0.50 sen satu, tetapi sekarang menjangkau RM5.00 .

Betullah agaknya teori serangan biologi untuk membantu negara-negara kapitalis gawat ketika ini . Setidak-tidaknya sudah nampak harga topeng meningkat sehingga 1000%. Belum lagi harga vaksinnya.

Apa-apa hal saya bersetuju dengan satu perkara dari TVBN . Harga mask/topeng ini , harus di ikat dan di pantau pada masa ini .

Itu yang saya bersetuju. Walaubagaimana pun saya mencadangkan , agar subsidi mask dapat di beri kepada orang ramai di tempat-tempat orang ramai berkumpul sepeti di pasar dan pasaraya; di salurkan melalui KKM.

DI peringkat pusat , kita mampu memberi subsidi jarum kepada ‘penagih berdaftar’ , dan di peringkat negeri Terengganu pula , jika e-book dapat di beri percuma kepada pelajar-pelajar sekolah rendah ..

Apalah salahnya jika kerajaan dapat memperuntukkan budget , untuk subsidi mask , di waktu dan ketika genting ini.



Barang Naik
7 Ogos, 2009, 6:39 pm
Filed under: ekonomi | Label: ,

1 Ogos masa orang sibuk berdemo MANSUH: Tambang bas dan teksi telah di naikkan.

Akan datang , september : Petrol naik …

Yah .. yah ..

Ini yang buat aku suka ni ..