My-LocalAgenda


Pil Wala
31 Oktober, 2009, 6:50 pm
Filed under: dari kaca mata local | Label: ,

pil

AWAS : BOLEH MENINGKATKAN KETAKSUBAN TAK BERSEBAB SERTA MEMBINASAKAN KETAJAMAN PEMERHATIAN DAN BUDAYA FIKIR

Advertisements


Anak tangga.
29 Oktober, 2009, 9:14 pm
Filed under: dari kaca mata local | Label: ,

Ada sebahagian berkata : “Siapa nak sistem 2 parti? Kami nak sistem Islam” .

Saya pernah jumpa orang yang naik/turun anak tangga 2-2. Maknanya mereka menjangkau 2 anak tangga sekali gus . Kekadang ada juga yang mampu melangkau 3 anak tangga sekali gus.

Saya percaya orang-orang yang memberi statement di atas adalah dari kalangan orang yang mampu melangkau 10 anak tangga sekali gus!

Oleh Prof Abd Aziz Bari dari laman mediarakyat

Saya menyinggung politik dalam Pas kerana saya melihat parti ini penting dalam Pakatan Rakyat. Dan Pakatan pula penting dalam politik baru Malaysia. Seterusnya politik baru ini kritikal dalam membina sistem dua parti yang akan menentukan sama ada perlembagaan kita dapat diperkasakan atau terus dimanipulasi untuk kepentingan politik sebagaimana yang kita saksikan selama ini.

Sesiapa yang menafikan bahawa perlembagaan telah dikembirikan selama 52 tahun ini adalah jahil dan menipu dirinya sendiri. Selain tindakan UMNO, istana dan mahkamah dalam krisis politik di Perak apa yang dilakukan sejak merdeka juga sebenarnya telah menghambat perkembangan kemerdekaan. Jika ada yang tidak percaya silalah teliti laporan Suruhanjaya Reid dan draf yang mereka sediakan dan bandingkan dengan dokumen perlembagaan yang ada hari ini. Kaji juga keputusan-keputusan mahkamah sejak merdeka.

Memang Pakatan belum tentu tidak jadi macam Barisan Nasional. Tapi saya fikir kita perlu realistik dan beri mereka peluang. Jika mereka gagal kita akan letakkan kembali Barisan di tempatnya sekarang. Dalam sistem demokrasi yang kita amalkan ini sahaja cara yang kita boleh lakukan.

Inilah gambar besar yang kita harus perhatikan. Bukan soal remeh temeh yang para pencacai politik cuba paparkan dalam blog-blog mereka. Apakah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah nyanyuk dan menyusukan kera di hutan tidak relevan. Begitu juga dengan mereka yang cuba menonjolkan betapa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi mangsa dan perlunya orang baik ini dipertahankan.

Teruskan membaca



Perak : PR terus perjuang suara rakyat
28 Oktober, 2009, 9:50 pm
Filed under: dari kaca mata local, politik | Label:




Kod 19
28 Oktober, 2009, 12:33 pm
Filed under: dari kaca mata local, politik | Label: , ,

Pembangkang Terengganu harus belajar dan mencari formula bagaimana PAS Kelantan berjaya memerintah selama 19 tahun. Keangkuhan jaguh dan tidak bisa mendengar rungutan dan pandangan dari orang luar yang melihat merupakan titik pertama bakal kejatuhan. Apatah lagi jika pandangan dan teguran itu datangnya dari TGNA sendiri.

Pembangkang Terengganu harus mendapatkan formula untuk memerintah selama sekurang-kurangnya 2 penggal , sebab formula untuk memerintah selama sepanggal dah tahu dan dah belajar sebelum ni.

-localagenda-

artikel asal oleh hamirdin

Assalamualaikum,

Anda pernah dengar pasal KOD 19 kan? Dulu dikaitkan dengan Rashad Khalifa yang kononya membongkar rahsia Kod 19 daripas Al Qur’an. Tetapi memang ada beberapa perkara yang berkaitan dengan 19. Seperti jumlah huruf dalam basmalah, jumlah malaikat yang menjaga neraka. Kesemuanya ini membuat manusia memang terpegun.

Yang saya nak kaitkan Kod 19 ini ialah sudah 19 tahun Kelantan diperintah oleh PAS. Puas dicuba UMNO untuk menumbangkan PAS, namun usaha mereka tidak berhasil. Lanjutan daripada tulisan Tuan Guru Nik Aziz tentang pandangannya agar satu EGM PAS diadakan, maka ramailah orang yang bersuara seolah mencemuh Tuan Guru tersebut. Antaranya ialah pemimpin UMNO Kelantan.

Mereka cepat menabur benih fitnah dan benih perpecahan agar orang PAS terikut terikut dengan acahan mereka. Ada pemimpin UMNO kelantan kata TGNA sudah tua dan terlalu lama memegang tapuk pemerintahan Kelantan, elok lah lepaskan jawatan.

Ada juga yang celupar dalam PAS pun menyuarakan nada yang sama, kerana tidak setuju dengan cetusan fikiran terkini TGNA.

Sebenarnya PAS mampu bertahan selama 19 tahun di Kelantan kerana batang tubuh orang tua tu. Tanpa beliau, maka PAS Kelantan pun mungkin redum. Kalau PAS Kelantan redum, anda fikir PAS di negeri negeri lain akan bertambah kuat? Atau PAS di negeri negeri lain akan menggelongsor ke makam pariah kembali?

Sebab itu, apabila TGNA memancung 3 nama yang dikatakannya menjadi liabiliti kepada PAS, maka pancungan tersebut akan melonjakkan PAS ke mercu yang lebih tinggi lagi.

Sebab sudah 19 tahun beliau membawa PAS ke mercu yang tinggi, sudah sampai masanya PAS melonjak ke mercu jauh lebih tinggi lagi.



Bajet 2010 untungkan k’jaan: Anwar
26 Oktober, 2009, 11:50 pm
Filed under: dari kaca mata local, ekonomi | Label: , ,

Sumber : MK

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasil daripada yuran kad dan cukai keuntungan hartanah yang diperkenalkan semula, jauh melebihi kebajikan yang diagihkan kepada rakyat melalui potongan dan pengecualian cukai.

Dalam Bajet 2010, kerajaan mengumumkan pengurangan kadar cukai pendapatan individu dari 27 peratus kepada 26 peratus selain menaikkan pelepasan cukai daripada RM8,000 kepada RM9,000, pelepasan dalam bayaran yuran internet, pembelian komputer, kenaikan pelepasan caruman KWSP dan sebagainya.

Berucap membahaskan bajet tersebut di Dewan Rakyat hari ini, Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, secara kasarnya rakyat menikmati peruntukan kebajikan dalam bentuk pengecualian dan pelepasan cukai hanya dalam lingkungan RM500 juta.

“Walaubagaimanapun kerajaan mengenakan bayaran RM50 untuk kad kredit utama dan RM25 untuk kad tambahan. Dianggarkan kerajaan akan memperolehi pendapatan lebih daripada RM400 juta daripada yuran kad-kad ini yang keluar daripada poket rakyat.

“Ini tidak termasuk lagi cukai keuntungan hartanah sebanyak 5 peratus yang diperkenalkan semula. Hasil daripada yuran kad dan cukai keuntungan hartanah ini jauh melebihi kebajikan yang diagihkan kepada rakyat melalui potongan dan pengecualian cukai,” tambahnya.

Sehubungan itu, Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh bertanya adakah benar bajet ini berkebajikan kepada rakyat.

“Apa yang berlaku, ia bertentangan dengan usaha kerajaan untuk meneruskan agenda ekonomi berasaskan kreativiti, inovasi dan nilai ditambah tinggi. Poket rakyat makin kosong dan kuasa membeli merosot.

“Bagaimana kerajaan akan menjana permintaan dan penggunaan domestik untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dalaman sekiranya kuasa membeli rakyat merosot sedangkan pelaburan langsung asing terus merundum dengan teruk,” tegas Anwar.

Katanya, jumlah kebajikan untuk rakyat terlalu kecil jika dibandingkan dengan subsidi yang diterima oleh syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) atau syarikat-syarikat pemegang konsesi seperti tol, AP dan sebagainya.

“Dalam laporan kewangan PETRONAS syarikat-syarikat konsesi IPP menikmati subsidi gas sebanyak RM20 bilion pada tahun 2008 dan bertambah kepada RM22 bilion tahun 2009.

“Siapa yang menikmati kebajikan yang sebenarnya? Rakyat atau syarikat pemegang konsesi? Bayangkan jika subsidi ini diagihkan kepada rakyat. Setiap rakyat Malaysia akan mendapat lebih kurang RM815 seorang.

“Bagaimana pula dengan kehilangan berbilion ringgit hasil penyelewengan, rasuah, pembaziran dan sebagainya? Skandal demi skandal terbongkar yang melibatkan puluhan billion ringgit daripada hasil cukai yang di bayar oleh rakyat? PKFZ, Perwaja, scorpene dan sebagainya. Kebajikan rakyat diutamakan?” soalnya.

Berikut adalah sedutan ucapan perbahasan Anwar:

Belanjawan tahunan merupakan polisi jangka pendek kerajaan. Selalu nya apa yang bentangkan Jumaat lepas akan dilupakan dan tidak diikuti sehingga belanjawan baru dibentangkan pula.

YAB Perdana Menteri mengumumkan pengurangan kadar cukai pendapatan individu dari 27% kepada 26% bagi memasti kadar cukai pendapatan individu kekal berdaya saing serta meneruskan agenda ekonomi berasaskan kreativiti, inovasi dan nilai tambah tinggi menurut beliau. Selain itu kerajaan menaikkan pelepasan cukai daripada rm8 ribu kepada rm9 ribu, pelepasan dalam bayaran yuran internet, pembelian komputer, kenaikan pelepasan caruman KWSP dan sebagainya.

Secara kasarnya rakyat menikmati peruntukan kebajikan dalam bentuk pengecualian dan pelepasan cukai hanya dalam lingkungan RM500 juta.

Walaubagaimana pun kerajaan mengenakan bayaran RM50 untuk kad kredit utama dan RM25 untuk kad tambahan. Dianggarkan kerajaan akan memperolehi pendapatan lebih daripada RM400 juta daripada yuran kad-kad ini yang keluar daripada kocek rakyat. Ini tidak termasuk cukai keuntungan hartanah sebanyak 5% yang diperkenalkan semula. Hasil daripada yuran kad dan cukai keuntungan hartanah ini jauh melebihi kebajikan yang diagihkan kepada rakyat melalui potongan dan pengecualian cukai.

Adakah benar bajet ini berkebajikan kepada rakyat? Apa yang berlaku ia bertentangan dengan usaha kerajaan untuk meneruskan agenda ekonomi berasaskan kreativiti, inovasi dan nilai ditambah tinggi. Kuasa membeli rakyat merosot. Bagaimana kerajaan akan menjana permintaan dan penggunaan tempatan untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dalaman sekiranya kuasa membeli rakyat merosot sedangkan pelaburan langsung asing terus merundum dengan teruk. Negara hanya mencatat kemasukan pelaburan langsung asing sebanyak RM3.6 billion berbanding RM19.7 billion tahun lepas?

Jumlah kebajikan untuk rakyat terlalu kecil jika dibandingkan dengan subsidi yang diterima oleh syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) atau syarikat-syarikat pemegang konsesi seperti tol, AP dan sebagainya.

Dalam laporan kewangan PETRONAS syarikat-syarikat konsesi IPP menikmati subsidi gas sebanyak RM20 billion pada tahun 2008 dan bertambah kepada RM22 billion tahun 2009. Siapa yang menikmati kebajikan yang sebenarnya? RAKYAT ATAU SYARIKAT PEMEGANG KONSESI? Bayangkan jika subsidi ini diagihkan kepada rakyat. Setiap rakyat Malaysia akan mendapat lebih kurang RM815 seorang.

Pengurusan ekonomi lemah – defisit 13 tahun berturut-turut

Walaupun belanjawan defisit kali ini lebih kecil daripada yang dijangkakan tetapi perlu diingatkan banyak lagi belanjwan-belanjawan tambahan, pakej rangsangan, perbelanjaan “off-budget” dan sebagainya akan dibentangkan sepanjang tahun 2010. Maka defisit akan terus meningkat.

Adakah benar kerajaan berbelanja defisit kerana “kebajikan rakyat didahulukan” atau kelemahan dalam pengurusan ekonomi pimpinan kerajaan sekarang. 13 tahun berturut-turut kerajaan membentangkan belanjawan defisit baik dalam keadaan harga petroleum dan komoditi melambong tinggi.

Akibatnya hutang Negara meningkat 18.3% daripada RM306.4 billion pada tahun 2008 kepada RM362.5 billion tahun 2009. Sejak 2006 hutang Negara meningkat 49.7% daripada RM242.2 billion. Dalam masa yang sama peratusan hutang Negara dengan KDNK meningkat 41.5% pada tahun 2008 kepada 52.4% tahun 2009.

Pelbagai langkah dan peruntukan diumumkan untuk memacu ekonomi standing dengan ekonomi nilai tinggi seperti negara Singapura, Korea Selatan dan sebagainya. Malangnya, statistik terus menunjukkan kemerosotan pendapatan yang secara langsung menyumbang kepada masalah defisit.

Keutamaan dalam pembangunan ekonomi jauh menyimpang. Kerajaan memberi keutamaaan yang berlebihan kepada pembangunan infrastruktur awam (public hardware infrastructure) dan mengabaikan keperluan infrastruktur social dan teknikal. Pembangunan infrastruktur teknikal dan sosial termasuk pembangunan dalam peningkatan kualiti sumber manusia, pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan, pencegahan jenayah dan sebagainya.

Kerajaan tidak upaya melonjak ekonomi ke tahap yang boleh menggandakan penjanaan pendapatan – iaitu ekonomi tambah nilai kerana terlalu bergantung kepada komoditi, petroleum, pembuatan dan perkilangan yang mana kita tidak mempunyai kelebihan lagi dari segi kos efisiensi berbanding negara-negara membangun lain.

Kerajaan hilang daya kreatif dan inovatif untuk menambah pendapatan Negara kerana terlalu bergantung kepada pendapatan industri petroleum. Bagaimana kerajaan dapat membimbing rakyat agar berdaya kreatif dan inovatif untuk meningkat kepada berpendapatan tinggi?

Kebergantungan kepada pendapatan industri petroleum

Bagi tahun 2008; kerajaan memperuntukkan RM177 billion yang mana RM74 billion (42%) disumbang oleh PETRONAS. Ini tidak termasuk hasil dari syarikat-syarikat industri petroleum lain. Sekiranya diambil kira dianggarkan pendapatan daripada industri petroleum mencecah lebih 60%.

Bayaran yang dibuat oleh PETRONAS kepada kerajaan meningkat dua kali ganda dari tahun 2005 hingga 2009; sedangkan rizab petroleum dan gas kita tidak banyak berubah dan kos operasi meningkat 3 kali ganda dalam tempoh yang sama.

Dalam tahun 2006, pecahan pungutan cukai langsung kerajaan adalah pada nisbah 46 % cukai syarikat, 32% cukai petroleum dan 15% cukai individu. Kerajaan tidak mengumumkan pecahan pendapatan cukai yang dijangka dalam tahun 2010, tetapi jangkaan umum adalah cukai petroleum sudah melebihi sumbangan cukai syarikat; yang menimbulkan tanda tanya tentang daya saing ekonomi kita yang terlalu bergantung kepada industri petroleum.

Dianggarkan hanya 2 juta dari 11 juta tenaga kerja di negara ini membayar cukai. Dari jumlah tersebut, dianggarkan hanya 10,000 pembayar cukai adalah pembayar cukai kadar tertinggi (highest tax rate payer); menggambarkan hanya 10,000 orang di Malaysia mendapat pendapatan lebih dari RM250,000 setahun. Ini melambangkan kegagalan BN melonjakkan ekonomi ke tahap lebih tinggi, sehingga tenaga kerja kita masih berkisar kepada kerja-kerja yang tidak mendapat pulangan tinggi – secara langsung menjejaskan pendapatan negara.

Sebelum cukai dinaikkan amat kritikal kerajaan menilai semula kewajaran penganugerahan konsesi tol, IPP, permit impot atau AP kepada perusahaan otomobil dan segala lesen dan permit yang diniagakan diatas dan bawah kaunter untuk mengaut keuntungan tanpa apa-apa pertimbangan yang amat membebankan pengguna.

Kerajaan perlu meneliti bajet dan menghapus pembaziran dan kebocoran. Secara teori kita dapat menyelamat sekurang-kurangnya 10% daripada belanjawan tanpa mengorban prestasi kerja dan penjimatan sedemikian dapat digunakan untuk mengurang defisit belanjawan.

Wujudkan sistem cukai progresif

Kita perlu peka dan prihatin kepada masalah jurang pendapatan rakyat di Negara ini. Kita sedia maklum jurang kemiskinan yang wujud di antara negeri-negeri, di bandar dan desa – malah, wujud juga jurang yang besar di antara tenaga kerja di negara ini.

Anggaran yang dilaporkan sebelum ini ada menyebut bahawa jumlah pembayar cukai kadar tertinggi di negara ini tidak pun mencecah satu peratus dari jumlah keseluruhan pembayar cukai.

Pelepasan-pelepasan cukai yang diumumkan dalam belanjawan 2010 sebenarnya tidak mengmbil kira jurang pendapatan yang wujud di kalangan tenaga kerja kita.

Pada masa kini, seorang pembayar cukai akan membayar kadar tertinggi apabila pendapatan beliau mencecah RM100,000 setiap tahun.

Dalam keadaan ekonomi semasa, golongan professional pertengahan juga akan masuk di dalam kategori ini; walaupun pendapatan mereka adalah jauh lebih rendah daripada mereka yang mencecah RM500,000 atau RM1 juta setahun.

Adalah lebih adil dan berkebajikan jika kita mengiktiraf jurang pendapatan yang wujud ini – maka sistem cukai individu kita perlu lebih progresif.

Saya cadangkan agar satu kategori pendapatan tertinggi yang baru diperkenalkan untuk membezakan di antara mereka yang berpendapatan tertinggi dan golongan professional kelas pertengahan.

Persaingan ekonomi dan meningkatkan daya saing

Kemurungan yang melanda ekonomi sejagat tampaknya tidaklah sebegitu tenat lagi. Namun keadaan sesungguhnya tidak menentu. Tidak siapa mampu menjangka keadaan yang mendatang. Esok, secara-cara tiba, ekonomi, boleh sahaja merudum dan mendung yang disangka berarak pergi, mulai datang menyelubungi lalu menimbulkan kekusutan kepada rakyat.

Panjanglah rumput di permatang
Di sabit orang di Inderagiri
Ku sangka panas sampai ke petang
Kiranya hujan di tengahari

Menurut laporan “World Competitiveness Report 2009/2010” yang dikeluarkan oleh “The World Economic Forum (WEF)” Malaysia jatuh dari tangga 21 kepada 24 kerana kelemahan dalam kerangka peraturan baik perundangan maupun pentadbiran yang jatuh dari tangga 17 kepada 43 dalam masa 2 tahun.

Kelemahan yang menjejas daya saing negara perlu diperbaiki seperti pencegahan jenayah, sistem perundangan dan kawalan pelaburan, penyelidikan dan pembangunan, infrastruktur era ekonomi baru seperti internet dan sebagainya bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan yang telah banyak ditawar oleh Negara-negara lain.

Perubahan ataupun al Islah ini merupakan istilah yang membawa maksud memperbaiki dari kerosakan serta mencegah kebejatan dari berlaku. Tafsir al Kabir melanjutkan penjelasan dengan mempertanggungjawabkan pemerintah dan kerajaan itu melakukan usaha sedaya upaya mencegah kemudaratan. Kesejahteraan rakyat haruslah menjadi keutamaan. Para mufasirin seperti Imam Fakhr al Din al Razi dan Ibnu Katsir bersetuju antara dari pengertian melaksanakan Islah ini adalah memenangkan Keadilan dan mengalahkan kezaliman.

Ibnu Khaldun, ilmuwan abad ke 14, di dalam karya Mukaddimah nya mengungkapkan sebuah pentadbiran dan kerajaan yang dikenal sebagai Wajhul Hikmah. Kerajaan yang mengambil berat kebajikan serta kesejahteraan rakyat nya. Yang mentadbirnya adalah di kalangan mereka yang jujur dan amanah

Sekiranya benar maka kita perlu perbaiki sekarang termasuk menggugur sebahagian dasar dan polisi yang telah usang dan tidak lagi berkesan kerana perubahan persekitaran persaingan. Dasar baru perlu diperkenalkan untuk berhadapan dengan cabaran perubahan ekonomi sejagat untuk terus kehadapan berbanding dengan negara-negara lain yang semakin sengit bersaing.

Dalam kita mengejar kedudukan ranking kita perlu mengimbangi pembangunan diantara semua kaum. Ini sedikit sebanyak menjejas daya saing dan kecekapan pengurusan ekonomi Negara. Saya berpuas hati sekiranya kita dapat mencapai kedudukan ke 18 atau 19 dalam masa terdekat dan terus memperbaiki kedudukan apabila kita berupaya menyesuai kelemahan dan kesempitan aliran atau “bottleneck” dalam pengurusan ekonomi.

Kedudukan yang tinggi dalam daya saing dan efisiensi Negara samaada dapat dicapai atau tidak ditentukan oleh tahap persediaan Negara membiar kuasa pasaran berperanan menentukan aliran peruntukkan dan pengagihan sumber kekayaan Negara dengan campurtangan kerajaan yang minima melalui dasar, polisi, pentadbiran, undang-undang dan peraturan.

Ekonomi yang berdaya saing tinggi difahami berpengetahuan dalam pengurusan sumber dan sumber yang berkurangan. Dengan cara ini pertumbuhan ekonomi dapat dicorak dan dipertahan untuk menjana Pendapatan Negara Kasar yang tinggi. Dalam Negara penduduk yang serumpun teori ini boleh digunapakai tetapi amat sukar dalam masyarakat berbilang kaum yang berbeza aspirasi dan kedudukan ekonomi.

Indeks daya saing dan kecekapan global merupakan panduan penting untuk pelabur antarabangsa memutus tempat pelaburan. Negara yang ingin menarik pelaburan langsung sudah tentunya akan menyediakan iklim yang menarik dan berdaya saing untuk menawan mereka.

Buat masa ini jenis ekonomi yang efisien dan berdaya saing tinggi tanpa campurtangan kerajaan tidak sesusai untuk Negara tetapi mungkin akan menjadi kenyataan dalam dua tiga dekad lagi sekiranya kita meletakkan batu asas yang kukuh kearah itu dan dalam masa yang sama menyelesai masaalah kemiskinan dan merapatkan jurang perbezaan diantara yang kaya dan miskin.

Kita perlu mengkaji dasar yang diolah untuk memaju dan menyusun ekonomi berdasar pemilikan dan penglibatan berlandaskan kaum dalam ekonomi. Barangan dan perkhidmatan social dan ekonomi sepatutnya boleh digunakan oleh semua tanpa mengira kaum tetapi mereka yang mempamer kebolehan dan kesungguhan untuk terlibat perlu dibantu kerajaan. Bantuan jangan sekali-kali disediakan berdasar kedudukan social, kuasa politik penerima. Penglibatan dalam ekonomi mesti berdasar merit, keupayaan dan iltizam keusahawanan. Mengambil kira dasar ini bantuan mereka yang tidak bernasib baik mesti diolah dengan cara yang tidak membantut daya saing Negara.

Atas dasar itu sedang kita perlu kepada ekonomi yang berdaya saing tinggi dan cekap kita juga perlu mengimbangi tuntutan dan keperluan golongan yang memerlu bantuan dan perlindungan kerana kedudukan ekonomi mereka hasil daripada dasar yang diolah untuk mencapai ekonomi daya saing tinggi dan cekap. Pendekatan yang seimbang diantara keperluan persaingan dan keperluan membantu mereka yang terpinggir amat penting dalam ekonomi Negara untuk membina masa depan yang berjaya.

Pelaburan langsung asing

Pelaburan Langsung Asing atau FDI amat sensitive kepada ukuran keyakinan dalam ekonomi. Tertarik atau tidak mereka ke sesebuah Negara membuktikan keyakinan kepada kestabilan dan persaingan sesebuah ekonomi untuk mereka melabur. Pelaburan langsung asing merosot dengan begitu ketara dua tiga tahun yang lepas kedalam negara. Negara hanya mencatat kemasukan pelaburan langsung asing sebanyak USD7.3 billion tahun tahun 2008 berbanding dengan Indonesia USD 7.92 billion dan Vietnam USD 8.05 billion, Thailand USD 9.83 billion, Singapura USD22.8 billion. Tahun ini Negara hanya mencatat USD1 billion sahaja kemasukan FDI

Ada banyak sebab kemerosotan FDI yang begitu ketara sekali. Ada beberapa polisi yang menjadi batu penghalang kepada kemasukkan pelaburan langsung asing. UNTAD (United Nation Trade And Development) melaporkan Malaysia hanya berjaya menarik 2.6% sahaja daripada FDI pada tahun 2007 berbanding sekitar 8% pada pertengahna tahun 90an dan lebih daripada 10% pada tahun 80-an.

Negara perlu kepada strategi baru untuk menarik pelaburan langsung asing baik dalam tarikan pelaburan maupun mengintergrasi pembangunan dengan ekonomi serantau yang pesat membangun seperti Thailand, Vietnam, Indonesia, India dan Cina yang mempunyai pasaran yang jauh lebih besar daripada Malaysia. Ini bergantung kepada kedudukan modal insane negara yang menjadi isu besar negara.

Baru-baru ini Kerajaan telah menghapus beberapa polisi yang menjadi penghalang kepada kemasukan pelaburan langsung asing dan jika diperlukan mempercepatkan lagi proses meliberisasi ekonomi. Kerajaan perlu menghapus polisi dan peraturan pentadbiran yang mengekang usaha kearah kebebasan pasaran.

Hakikatnya kerajaan tidak lagi berupaya mempengaruhi pembangunan dalam semua sector ekonomi untuk mencapai objektif social. Dalam konteks liberisasi pun kerajaan masih boleh menyedia pelbagai insentif untuk penglibatan golongan tertentu seperti menyedia kemudahan kredit daripada institusi kewangan dan sebagainya. Begitu banyak cara untuk membantu golongan kurang bernasib baik yang tidak membantut aliran bebas pelaburan dalam ekonomi. Melalui liberisasi ekonomi akan mempercepat pengaliran masuk pelaburan dan teknologi dalam ekonomi.

Kita perlu pelaburan asing bukan sahaja untuk mengurang beban kewangan kerajaan dalam pembangunan ekonomi tetapi juga teknologi baru yang dibawa bersama. Perusahaan tempatan tidak melabur dalam penyelidikan dan pembangunan menyebabkan Negara tidak berdaya dalam rekacipta untuk pengeluaran barangan dan perkhidmatan generasi baru untuk keperluan era baru ekonomi global.

Kerajaan, Universiti dan pusat-pusat penyelidikan tidak menyesuai atau berorientasi dibawah rancangan komprehensif dan bermakna dalam menyalur hasil penyelidikan dan pembangunan untuk menghasil barangan dan perkhidmaan yang diperlukan oleh ekonomi global. Ketiadaan factor teknologi dalam ekonomi Negara akan membantut usaha kerajaan untuk melonjak taraf ekonomi dibawah model baru ekonomi.

Kualiti internet tercorot

Internet merupakan penggerak utama kepada perusahaan berpendapatan tinggi. Tanpa kualiti internet yang baik perusahaan yang kreatif dan inovatif tidak dapat beroperasi dengan cekap.

Di kalangan Negara-negara Asia, Singapura, Taiwan dan Hongkong berada pada tahap selesa memenuhi keperluan aplikasi hari ini sementara Korea dan Jepun sudah berada dalam masa depan.

Negara-negara yang di kenal pasti sudah bersedia untuk masa depan termasuk Korea, Jepun, Sweden, Lithuania, Bulgaria, Latvia, Belanda, Denmark dan Romania dengan kelajuan melebihi 11.25 Mbps dan “upload” 1 Mbps.

Keselamatan dan jenayah

Peningkatan kadar jenayah menjejas kedudukan ranking persaingan dan efisiensi Negara. Sebahagian masyarakat menghadapi kesulitan untuk menyesuai dengan kemodenan dan kemajuan ekonomi. Mereka terpaksa berpindah randah untuk memberi ruang kepada pembangunan kerana tanah mereka diambil sedangkan mereka tidak berupaya memiliki rumah dalam kawasan yang dibangunkan. Ramai dikalangan mereka tidak mempunyai atau berpeluang mendapat pendidikan tinggi dan terpaksa berkerja diperingkat bawahan atau buruh dengan gaji yang rendah.

Sebahagian daripada mereka mewajar tindakan dan kelakuan mereka walaupun kejam kerana mempercayai tidak ada bezanya dengan pengusaha yang mengaut keuntungan melampau dengan menindas pekerja tanpa mengira kesusahan atau keperitan orang ramai atau penguatkuasa yang memeras, mengugut, mengambil rasuah dan malah membunuh untuk mendapat habuan daripada orang yang sepatutnya mereka lindungi. Perbezaannya hanya cara sahaja.

Saya ingin menekankan kemerosotan keselamatan dan peningkatan jenayah di Bandar bukan hanya disebabkan kemajuan dan pembangunan ekonomi tetapi juga masaalah kemiskinan dan ketidaksaksamaan dalam pengagihan kekayaan negara. Perancangan ekonomi mesti diperbaiki dengan mengolah polisi bagi memasti keadilan social berlaku untuk semua kaum.

Saya menyokong segala usaha untuk meningkat keamanan Negara. Negara amat perlu memoden dan memperlengkap pasukan polis dengan teknologi, teknik penyiasatan dan pengesanan terkini serta pasukan yang berdedikasi untuk mengawal walaupun dalam keadaan darurat. Negara perlu menggunakan technology, kelengkapan dan kemahiran moden untuk menyusun semula kawalan terutama dalam kecurian, rompakan dan keganasan berkaitan dengannya.

Pendidikan

Indeks Pembangunan Insan (Human Development Index) yang dikeluarkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan Malaysia jatuh dari kedudukan 63 kepada 66. Ini menunjukkan Negara-negara lain telah lebih kehadapan dalam pembangunan insane. Gini Coeffient juga menunjukkan Malaysia merupakan Negara yang paling tinggi jurang diantara yang kaya dan miskin di rantau ini. Perlu diberi perhatian bahawa kadar celik huruf dewasa di Malaysia ialah 91.2%, Indonesia 92% serta Georgia ialah 100%!

Pendidikan menjadi kelemahan dalam daya saing Negara dan mungkin menjadi rintangan paling besar untuk pertumbuhan dan kejayaan masa depan ekonomi Negara. Kita telah mengabai fahaman tradisi bahawa prasyarat asas pembangunan modal insane untuk pertumbuhan ekonomi dan kejayaan masa depan dicapai hanya melalui penyediaan sistem pendidikan bertaraf dunia pertama.

Tidak ada satu pun universiti dalam negara menduduki tangga 100 malah 200 universiti terbaik dunia sedangkan sudah banyak universiti-universiti di Asia terutama dari Hongkong, China , Jepun, Singapura, Korea, Taiwan dan malah Thailand berjaya menduduki dalam kumpulan university terbaik dunia. Peningkatan kualiti pendidikan mereka jauh lebih maju dan kehadapan berbanding dengan system pendidikan kita.

Menurut kedudukan university-universiti terbaik Asia yang dinilai oleh QS Top Universities, 2 buah universiti dari Thailand iaitu University Mahidol menduduki tangga ke 30 dan Chulalongkong ke 35 berbanding dengan university terbaik negara iaitu Universiti Malaya yang hanya berjaya menduduki tangga ke 39. University of Hong Kong yang sama taraf dengan University Malaya satu ketika dahulu menduduki tangga no 1 sementara National University of Singapore tangga 10.

Penekanan kepada sains, teknologi serta sains asas seperti physics, kimia dan kejuruteraan di universiti-universiti tempatan terlalu kurang dan lemah sedangkan kita perlu mengorientasi Negara menceburi dalam era ekonomi global baru. Kita hanya berjaya mengeluarkan modal insan yang mampu menyelenggara ekonomi masa kini tetapi tidak berupaya memacu ekonomi dimasa hadapan. Kita masih bertelagah mengenai penggunaan bahasa untuk pelajar daripada memikir penguasaan matapelajaran sains dan teknologi untuk memacu Negara kehadapan.

Sistem pendidikan yang baik menjana modal insan yang berupaya mengeluar kemahiran berdaya kreatif, inovatif yang sentiasa mencipta barangan dan perkhidmatan baru untuk pasaran tempatan dan global. Tanpa modal insan yang berdaya kita tidak berupaya memacu ekonomi ke tahap sekarang dan tidak boleh mengolah model baru ekonomi yang digambarkan oleh kerajaan yang berdaya menimba, melibat dan menyumbang kepada ekonomi global.

Mana-mana pakar ekonomi bersetuju sudah terdapat jurang yang begitu luas dan tidak dapat diperbaiki lagi dalam dekad depan dari semua sudut kualiti modal insan yang diperlukan sekarang dan masa depan sekiranya kita terus mengabai system pendidikan negara. Modal insan berkualiti tinggi agak sukar diperolehi dalam Negara sekarang.

Perubahan radikal diperlukan dalam system pendidikan Negara. Kita mesti mengeluar pelajar berkualiti, pemikir yang dapat bertindak secara bebas, berfikir secara berlainan dan inovatif serta mahir berkomunikasi dalam pelbagai bahasa. Pelajar2 ini mesti perolehi pengetahuan teknikal, kejuruteraan, matermatiks dan kemahiran amali terkini serta berupaya merancang dan membantu yang lain dalam perusahaan masa depan. Melainkan kita merubah system pendidikan Negara yang sudah jauh ketinggalan, daya saing Negara akan terus merosot dan harapan untuk menjadi sebuah Negara maju tidak akan tercapai.

Negara juga sedang mengalami pengaliran keluar pakar-pakar atau “brain drain” kerana mereka yang pintar dan berbakat tidak lagi melihat Negara sebagai tempat berpeluang untuk maju dalam ekonomi Negara dan ini digalakkan oleh ibubapa dan rakan-rakan dalam mengejar cita-cita dan kekayaan. Kita kehilangan mereka yang berbakat sekiranya daya kreatif dan kemahiran teknikal tidak diperguna dan diperlukan dalam ekonomi sekarang. Tidak ada motivasi untuk mereka merekacipta barangan dan perkhidmatan baru sekiranya Negara sendiri tidak ada kelebihan teknologi untuk digunakan dalam menggarap daya kreatif mereka. Mereka akan pergi ke destinasi lain yang lebih mencabar.



Mana PAS sebenar ?
26 Oktober, 2009, 9:23 pm
Filed under: Uncategorized | Label: , , ,

Persoalan dari Farish A.Noor yang juga menjadi persoalan ramai di luar sama. Yang mana PAS sebenar ?

PAs yang di pimpin oleh ‘moderate progressives’ seperti Husam Musa, Khalid Samad, Hatta Ramli, Dzulkefly Ahmad? Atau PAS di bawah ‘conservatives’ seperti Mustafa Ali, Hassan Ali, Nashruddin Mat Isa dan seumpamanya ?

Justeru , Nik Aziz menyeru untuk di adakan EGM , untuk memperjelaskan haluan.

Persoalan lain , adakah PAS Terengganu = PAS Pusat ?

By Farish A. Noor*

It has been observed by some that during the recent Eidul Fitri open house held by PAS, the number of non-Malays and non-Muslims who attended the gathering could be counted ‘on one hand’. That this deplorable turn-out has been lamented by some supporters of PAS is understandable, considering the fact that PAS has made many attempts to reach out to the non-Malay and non-Muslim voters of the country as part of its campaign to re-design itself as an Islamic party that is open to all (PAS Untuk Semua–PAS for All).

Yet as it is with the case of the cosmetic shake-ups we have seen recently in UMNO, the same can be said of PAS and its commitment to multiculturalism in Malaysia. Malaysians of all walks of life and ethno-religious backgrounds are now asking the same question: Which is the real PAS? The PAS that is represented by the moderate progressives made up of the likes of Husam Musa, Khalid Samad, Hatta Ramli, Dzulkefly Ahmad? Or the PAS that is led by conservatives like Mustafa Ali, Hassan Ali, Nashruddin Mat Isa and the like?

Judging by the PAS general assembly elections earlier this year, it would seem that the moderates in PAS have been effectively marginalised within their own party. Coming after five years of ineffective rule under the ineffectual leadership of former Prime Minister Badawi, Malaysia has reached a point where inter-religious and inter-communal dialogue, respect and accomodation is needed more than ever. Half a decade of Badawi’s leadership has dished us a sordid serving of ethno-nationalist discourse accompanied by the waving of kerises in public, an overheated public domain wracked with communal distrust, an agitated public where minority concerns are being articulated as never before and an overall lack of faith in the political leadership in the country.

In the midst of all this, we need to remember that the election results of March 8,2008 were a resounding rejection of the misguided politics of the Badawi era, and a call for change and consistency. PAS hopped on the same Pakatan Rakyat bandwagon with the promise of reform and democratisation, and it was on that basis that it received the support of the non-Muslims of the country. For the umpteenth time, we repeat this claim: The vote swing in 2008 was NOT an endorsement of an Islamic state to be slipped in through the back door.

Yet over the past one and a half years, what have we seen? Hasan Ali’s unilateralism in Selangor has cost PAS the goodwill and trust it took the party years to cultivate, and his deafening silence over issues such as the death of Beng Hock and SELCAT lent the impression that the leaders of the Islamic party are more concerned about the sale of beer, courting couples and the bottom of Ms Beyonce Knowles than the political future of the country. Furthermore some – though not all – of PAS’s leaders have also remained mum over recent controversies such as the ‘cow head’ protest in Selangor; and the treatment of minority groups such as the Ahmadis in Selangor as well. So in the midst of all this, it is hardly surprising if the Malaysian public is now asking: ‘will the real PAS please stand up?’

PAS should remember that in the current climate of Malaysian politics where the UMNO-led Federal government is attempting a serious overhaul of its political praxis and discourse, it too needs to change and reform with the times we live in. Gone are the days where empty Islamic rhetoric and promises of paradise will win PAS votes. Moreover, PAS today has to live and work in a Malaysian society where the Malaysian electorate are more connected, clued-up and informed than ever before thanks to better communications and information technology.

One is reminded of the rumblings and grumblings in PAS in the early 2000s, when some of the more hot-headed members of the party were seen complaining about the non-Muslims and non-Malays of the country following the elections of 1999. In his book UMNO Tidak Relevan (2000), the PAS writer Hussein Yaakub then wrote:

“Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa orang Cina tidak mempunyai pendirian tetap dalam politik dan mereka boleh ditarik ke sana ke mari oleh pemimpin-pemimpin dalam masyarakat Cina yang ada kepentingan peribadi di negara ini. Benarlah apa yang dikatakan oleh ahli perniagaan Cina bahawa masyarakat Tionghua lebih mementingkan keamanan dan perniagaan daripada segala-galanya. Ini bererti, orang-orang Cina memikirkan soal wang, cari makan dan kekayaan sahaja tampa memikirkan soal moral, maruah dan keadilan.” (pg. 120)

In the same book, Hussein Yaakub also registered the derogatory comments made by other PAS leaders immediately before and after the 1999 election. One leader, Haji Malik Yusof (PAS state assemblyman for Tahan, Pahang), stated: ‘Saya melihat orang Cina tidaklah begitu terikat dengan kepartian sangat. Mereka hanya hendak aman dan boleh berniaga.’ (pg. 121) Few of these PAS leaders appeared to have considered the negative effects of their own comments, and the consequences on Malay–Chinese and Muslim–non-Muslim relations in the country.

PAS today has to realise that it cannot have its cake and eat it. PAS may want to entertain its aspirations to be a national party, but to be a national party means living with the realities of multiculturalism in a multi-ethnic and multi-religious society. No, a substantial section of the Malaysian public does not want to see public executions, floggings and amputations in public: We are more concerned about good governance and transparency and the rule of law instead. If and when PAS forgets this, and starts going on its holier-than-thou moral bandwagon, it will invariably lose the support of many of us. And before PAS starts sulking in the corner, PAS’s leaders need to remember: It was not the Malaysian electorate that abandoned PAS, but PAS that abandoned us



Initipati Bajet 2010 dan analisa cepat.
26 Oktober, 2009, 12:33 pm
Filed under: dari kaca mata local, ekonomi | Label: , , ,

Sumber asal oleh BERNAMA , di petik dari MK.
tips : yang bold tu , mendapat perhatian extra dari penulis.

Berikut ialah intipati Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat hari ini.

* Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010

* Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratus dan perkhidmatan 3.6 peratus.

* penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus

* pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661

* TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik pada 2010.

* Usaha sama awam-swasta akan meliputi kompleks imigresen, kastam dan kuarantin bersepadu di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus UiTM dan pusat MATRADE

* 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti masyarakat.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk meningkatkan industri pelancongan

* Kerajaan akan meningkatkan insentif cukai kepada para penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong kesihatan rakyat asing, dengan pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus.

* Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualikan cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012

* Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun

* Merangka Akta Halal dengan usaha sama Majlis Agama Islam negeri-negeri

* Memperbadankan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai agensi di bawah MITI

* Menyegerakan Pensijilan Halal oleh JAKIM menerusi usaha sama dengan institusi antarabanga bagi memperoleh pensijilan standard seperti HACCP dan GMP.

* Menyediakan RM24 juta untuk membangunkan produk sistem antipenyeludupan produk Halal di tiga pintu masuk utama dan tiga pelabuhan utama.

* Memperuntukkan RM137 juta untuk meningkatkan dan memperbaiki infrastruktur saliran dan perparitan di jelapang padi membabitkan 180,000 petani

* Memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu bagi meningkatkan keupayaan bekalan air untuk Skim Pengairan Padi di Besut

* Memperuntukkan RM82 juta untuk memodenkan industri akuakultur dan pelaksaan skim latihan keusahawanan bagi ternakan akuakultur, dengan tumpuan terhadap pengeluaran benih ikan dan ikan hiasan.

* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang

* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.

* Konsortium FELDA, FELCRA dan RISDA akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta

* Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka

* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang

* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.

* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp, dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bankinya untuk penjenaman dan promosi

* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari

* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk TEKUN dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.

* Memperuntukkan RM20 juta untuk mempergiatkan aktiviti kesedaran hijau dan amalan mesra alam sekitar

* Menjadikan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai Bandar Teknologi Hijau yang akan menjadi pelopor kepada pembangunan bandar lain

* Mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion bagi membolehkan syarikat pengeluar dan syarikat pengguna teknologi hijau membuat pinjaman mudah untuk membiayai aktiviti mereka, dengan RM50 juta untuk syarikat pengeluar dan RM10 juta untuk syarikat pengguna. Permohonan pinjaman boleh dibuat melalui Pusat Teknologi Hijau Negara. Skim ini dijangka memberi faedah kepada lebih 140 syarikat dan dimulakan pada 1 Jan 2010

*Pemilik bangunan yang memperoleh sijil Indeks Bangunan Hijau (GBI) mulai 24 Okt, 2009 hingga 31 Dis, 2014 diberi pengecualian cukai pendapatan bersamaan perbelanjaan modal tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan

*Pengecualian duti setem kepada pembeli yang membeli bangunan dengan sijil GBI mulai 24 Okt, 2009 hingga 31 Disember 2014.

* Memperkenal insurans asas dan skim takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010

* Memperluas liputan takaful dan insurans mikro kepada peniaga kecil, dengan manfaat perlindungan daripada RM10,000 kepada RM20,000, pada premium serendah RM20 sebulan.

* Pasaran saham akan diliberalisasikan lagi untuk meningkatkan kecekapan.

* Meliberalisasi aturan perkongsian komisyen antara broker saham dan
remisier dengan membenarkan perkongsian pembrokeran fleksibel pada kadar minimum 40 peratus dan meliberalisasikan sepenuhnya perkongsian komisten berkuat kuasa 1 Januari, 2011

* Membenarkan penyertaan 100 peratus ekuiti asing dalam syarikat perancangan kewangan dan kewangan korporat

* Semua syarikat senaraian awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat pemerokeran saham menyediakan opsyen e-pembayaran

* Insentif cukai sedia ada untuk perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015

* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen pembangunan kewangan Islam

* Pengecualian cukai ke aras keuntungan bank dariapda operasi luar negara.

* Potongan berganda perbelanjaan yang ditanggung untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat kewangan antarabangsa

* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penubuhan syarikat-syarikat pembrokeran Islam

* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penerbitan sekuriti

* Kerajaan akan menggalakkan semua institusi perbankan dan kewangan yang mematuhi syariah seperti Bank Muamalat dan Bank Islam untuk menawarkan skim Ar-Rahnu

* Kerajaan akan memastikan koridor pembangunan serantau dimajukan mengikut jadual. Setakat ini 126 daripada 195 projek perancangan di pelbagai peringkat pelaksanaan. Pelaburan yang dirancang berjumlah RM221 bilion sudah mengatasi sasaran perbelanjaan Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM145 bilion

* Kerajaan akan memperuntukkan RM3.5 bilion untuk kemudahan asas dan infrastruktur serta program latihan dan projek sosio ekonomi untuk menyokong pelaksaan projek sektor swasta

* Kerajaan kini dalam peringkat awal menyiapkan kajian pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST). Kadar itu akan dikurangan berbanding cukai perkhidmatan dan jualan semasa.

* Cukai pendapatan bagi 2010 berdasarkan pendapatan yang diperoleh mulai 2009 akan dibenar dibayar secara ansuran dalam lima tahun.

* Cukai lima peratus akan dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah mulai 1 Jan, 2010.

* Cukai perkhidmatan RM50 dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj serta RM25 setahun bagi setiap kad tambahan mulai 1 Jan, 2010.

* RM100,000 dikenakan untuk setiap AP untuk pemegang kad AP terbuka berkuatkuasa 1 Jan, 2010. Sebahagian daripada kutipan akan disalurkan kepada dana pembangunan Bumiputera dalam sektor automatif.

* Akan memperkenal skim insurans asas dan takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010

* Akan memperluas liputan insurans mikro dan takaful untuk peniagaan kecil mendapat manfaat daripada perlindungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan

* Pasaran saham diliberalisasikan untuk kecekapan

* Membenarkan penyertaan ekuiti asing 100 peratus dalam kewangan korporat dan perancangan kewangan.

* Semua syarikat senarai awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat broker saham menyediakan opsyen e-pembayaran

* Insentif cukai semasa untuk majukan perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015.

* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen kewangan Islam

* Pengecualian cukai ke atas keuntungan perbankan yang diperoleh menerusi operasi luar negara.

* Mulai 1 Jan 2010, kerajaan bersetuju membenarkan agensi kerajaan mengekalkan 50 peratus sewa yang diterima manakala baki 50 peratus lagi dimasukkan dalam perolehan kerajaan

* Kerajaan akan laksana sistem pengurusan subsidi bahan api pada awal 2010.

* Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan maksimum dikurangkan kepada 26 peratus daripada 27 peratus berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010

* Kadar cukai maksimum koperasi akan dikurangkan kepada 26 peratus manakala kadar cukai tetap bagi individu bukan pemastautin akan dikurangkan kepada 26 peratus

* Pengecualaian cukan persendirian akan dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010

* Kerajaan mencadangkan cukai pendapatan bagi pendapatan pekerja Malaysia dan pekerja asing yang menetap dan bekerja di Iskandar Malaysia sebanyak 15 peratus berbanding maksium 26 peratus untuk seluruh negara

* RM14.8 bilion diperuntuk untuk mengurus, membangun dan menaik taraf hospital dan klinik

* Kerajaan akan terbitkan Sukuk 1Malaysia bernilai RM3 bilion.

* Kerajaan akan mewujudkan Skim Persaraan 1Malaysia yang diurus oleh KWSP. BERNAMA

Komental lokal dalam tempoh terdekat.

quick update :

1. Unjukan ekonomi di katakan akan meningkat pada kadar 2%-3% . Pada budget lepas,unjuran di katakan akan mencapai 5-7% , tetapi realiti nya menjadi negatif 3% (-3%) ,hingga negatif 5%(-5%) . Jadi tiada apa yang hendak di sandarkan pada statement itu. Ia boleh berubah pada bila-bila masa. Isu ‘our fundemental economy is strong’ akhirnya lebur.

2.Dalam budget 2009 ,Pak Lah telah menekankan akan memperuntukkan sebanyak RM35B , sebagai sunitkan peningkatan sistem pengnagkutan awam 2009-2014. Tiada kesinambungan jelas untuk itu, pada budget ini. Peningkatan Sistem Pengangkutan Awam adalah amat berkait rapat dengan Penjagaan alam sekitar.

Sistem P.Awam , yang baik akan mengurangkan kenderaan persendirian di jalanraya seterusnya mengurangkan pembebasan CO2 yang berlebihan.

Jika isu alam sekitar hendak di beri penekanan , perihal peningkatan sistem pengangangkutan awam yang setaraf atau hampir setaraf dengan negara maju harus di agendakan. Setidak-tidaknya Singapura boleh di jadikan model , sebagai jiran terdekat.

3. Isu kawalan harga barang2 harian pengguna dan rakyat bawahan atau idea untuk mengekang peningkatan tersebut tidak di perjelas.

4. Konsortium FELDA,FELCRA dan RISDA perlu di perhati dengan jelas. Adakah ini menunjukkan FELDA semakin kekurangan dana hingga memerlukan ‘merging’ sebegini ? Atau FELDA ada isu tertentu dengan peneroka ? Dengarnya ada isu dalam proses tanaman semula ..

5. Insurans asas dan skim takaful untuk insurans motor. Hmm ? takkan nak naik lagi kot ?? Baru jer naik..

Sedikit peringatan :

Dalam PRU-13 , mana-mana organisasi politik yang tidak melibatkan kan agenda Penjagaan Alam sekitar dalam manifesto mereka dalah di anggap organisasi politik yang tidak peka dan tidak relevan dengan masa.