My-LocalAgenda


Strategi Nyah -Slogan B1N1-Malaysia
17 November, 2009, 9:01 am
Filed under: dari kaca mata local | Label: ,

Dalam dunia perniagaan brand merupakan satu elemen penting pemasaran.

Brand membuka mata pembeli. Brand memupuk kesetiaan.

Syarikat-syarikat gergasi kapitalis seperti Nike / Mc-d / Hugo-boss / Adidas dan Levi’s sanggup melabur berjuta-juta dollar untuk meningkatkan kesedaran brand produk mereka.

Slogan atau tag pendek membantu meningkatkan populariti brand.

Slogan-slogan pendek seperti “Just do it” – amat sinonim pada brand Nike. Slogan itu memberi kesedaran dan kesetiaan berterusan pada peminat-peminatnya.

Semenjak pemerintahan PM baru slogan “B1N1-Malaysia” di jaja di merata-rata.

Antara usaha menaja FB1N1-Malaysia, adalah untuk kesedaran brand.

Salam “B1N1-Malaysia” adalah juga untuk kesedaran brand.

Apa yang jelas , brand membentuk persepsi.

Pengguna membeli produk-produk brand-ed kerana persepsi yang di bawa oleh brand tersebut , samada bergaya, anggun, tahan lasak, unik dan sebagainya

Apabila PR menghentam B1N1-Malaysia sebagai retorik , tanpa di sedari mereka juga sedang mempromosi brand tersebut.

Apabila artikel ini, di tulis , mungkin juga ia sedang membantu mempromosi brand yang sama.

Jadi, apakah strategi terbaik untuk meng-Nyah brand/slogan “B1N1-Malaysia” ini ??

Apakah slogan yang boleh di jadikan counter-slogan pada “B1N1-Malaysia”??



Sepanduk : Komuniti Kitar Semula
15 November, 2009, 12:15 pm
Filed under: alam sekitar, dari kaca mata local | Label: , , ,

Untuk tatapan.

sampah1

sampah2

sampah3

sampah4

sampah5

Lontarkan sahaja sepanduknya.

recycle

recycle_thumb

Sokong program kebersihan dan kitar semula. Anjurkan program-program HIJAU di kawasan anda.
Kurangkan penggunaan beg plastik, dan jangan campak sampah keluar dari kenderaan anda!



Gelombang Baru Menanti
12 November, 2009, 8:11 am
Filed under: Uncategorized | Label: , ,

Kemampuan

Dalam dunia perniagaan , satu istilah selalu di guna pakai:

Kalau hang tak dapat handle projek RM100 sehari , adakah hang fikir hang mampu handle projek RM1,000 atau RM10,000 sehari ?

Ini kerana projek yang bersaiz lebih ‘mega’ biasanya memerlukan masa/ komitmen/ ketahanan dan ilmu yang lebih ‘mega’ saiznya.

Sedikit pengubahsuaian ,istilah ini boleh juga di gunakan :

Jika hang tak mampu mentadbir negeri , adakah hang fikir hang mampu mentadbir negara?

Di mana, hal-hal negara lebih besar dan lebih kompleks sifat dan skalanya.

Saya lontarkan sahaja. Untuk segolongan yang ingin mentadbir negara , tapi masih belum perform di negeri malah di kawasan sendiri.

Bijak, Pandai

Pemimpin perlukan kepandaian.

Pemimpin juga perlukan kebijaksanaan.

Nampak macam sama. Tapi kepandaian dan kebijaksanaan adalah dua perkara berbeza. Kepandaian, dalam istilah mudah di rujuk kepada keluasan ilmu dan maklumat pada pemiliknya. Kebijaksanaan pula bolehlah diistilahkan bagaimana menggunakan kepandaian tadi dalam ruang masa dan keadaan berbeza.

Kebijaksanaan juga dilihat pada kemampuan menyelesaikan permasalahan dan mentafsir keadaan.

Seorang yang bijaksana adalah faktor pemimpin yang baik. Seorang yang pandai boleh membantu pimpinan.

Gelombang Baru

Jika politik boleh di samakan dengan bermain bola , adalah kurang bijak menghantar pasukan yang sama , dengan strategi yang sama untuk berlawan. Nanti senang kena ‘makan’.

Perhatikankan juga beberapa pemain lama yang telah di kenakan ‘kad kuning’ . Sekali lagi jika berlaku kesilapan, pemain-pemain ini akan di kenakan ‘kad merah’. Masa dan keadaan akan menentukannya.

Pemain-pemain pelapis harus bersedia.

Gelombang Baru Menanti.



Ada yang marah
9 November, 2009, 10:59 am
Filed under: dari kaca mata local | Label: ,

Ada yang marah dan mengkritik pembentang selepas data-data ini di suarakan.

Kenapa mesti marah? Data-data ini amat membantu.

Data ini menunjukkan status semasa dan penerimaan semasa rakyat.

Semua organisasi memerlukan data dalam membuat gerak-kerja,misi dan hala-tuju.

Ini menunjukkan rakyat sedang protes kepimpinan sekarang. Rakyat tak tahu istilah walaa’.

Data ini tak ada semasa PAS(TRG) kecundang 2004. PAS(TRG) hanya menerima kesannya.

Isu royalti dan duit ehsan bukan lah isu mega. Ia adalah antara isu-isu.

Statement “Marahkan pembentang adalah PRIMITIF” amat BETUL dan TEPAT.

Dalam bahasa mudah,

“JANGANL MARAHKAN PELANGGAN KALAU MEREKA TAK SUDI BELI BARANGAN YANG KITA JUAL.PRODUK INI SUDAH KURANG UMPPH”



Fasa 2 : PR – melepasi era pra-matang
8 November, 2009, 8:47 pm
Filed under: dari kaca mata local | Label: , ,

Kata Dara kepada Uda :

Betulkah Uda cintakan Dara ?
Adakah Dara satu-satunya yang di cintai ? Tiada dua ?
Apakah cinta Uda selama-lamanya untuk Dara?

Setelah beberapa purnama berlalu, skrip lain pula yang muncul:

Kenapa Uda tidak setia ?
Kenapa Uda bermain mata pada si dia ?

Begitulah rentetan kata cinta romantis dari novel-novela cinta klasik melayu.

Di mulai dengan adegan dalam kelambu oleh Uda, cinta Dara mulai tergugat. Dara perlukan kata pasti. Ucapan cinta masih di gilai. Tapi bermain mata sekali , Dara ingat sampai mati.

Era dan evolusi yang berlaku dalam PR tidak perlu di risaukan. Ini adalah petanda baik. Ia menunjukkan bahawa PR tidak ‘stagnant’ , malah ia adalah satu pakatan yang dinamik. Kalau di kira selepas 8 Mac 2008, umur PR baru setahun jagung. Belum lagi mencecah tahun ke-2.

PR sedang melakukan proses pencarian. Pencarian dalaman dalam mencapai kematangan. Apa yang berlaku dalam PAS dan juga PKR harus di lihat dalam aspek positif.

Lukisan indah hanya dapat di nilai oleh mata luar yang memerhati. Jika anda adalah sebahagian dari lukisan tersebut , adakah anda pasti ianya cantik ? Mampukah anda melihat keseluruhan lukisan tersebut atau anda hanya mengenali beberapa warna di sekiling anda sahaja ?

Teguran harus di terima sebagai rahmat. Apatah lagi jika teguran-teguran itu datang orang yang tidak berpentingan.

PAS yang kuat akan menjana PR yang mantap.
PKR yang jitu menjurus kepada PR yang kental.

Hanya PR mampu bersaing dengan BN.

Apabila BN mula merapatkan BARISAN , PR mesti memperkasa PAKATAN.

DAP ? wa nyior komang. – kata cikgu fauzeeyy ( bukan nama sebenar..)..



Apa yang sedang di perjuangkan ?
7 November, 2009, 10:22 pm
Filed under: pemberitahuan

Individu ini sedang memperjuangkan:

  • sistem pengangkutan awam negara dan negeri yang lebih efisian, murah dan sistematik ke segenap kawasan
  • mempertingkatkan kualiti alam sekitar dengan mengurangkan pembebasan CO2 dan sisa buangan lain baik dari kenderaan mahupun kilang-kilang
  • mempertingkatkan sistem pembuangan sampah dengan penggunaan teknologi moden dan memaksimakan proses kitar semula
  • membudayakan budaya HIJAU ,kitar-semula(re-cycle) / guna-semula(re-use) / dan penjagaan (conserve)
  • mengurangkan, menghadkan atau menghentikan terus pembinaan bangunan-bangunan konkrit di pulau-pulau peranginan negeri dan negara
  • pengurusan kewangan negara dan negeri yang lebih cekap dan telus.
  • pengagihan kewangan negeri dan negara yang lebih adil kepada rakyat bawahan

Juga menyokong :

  • badan kehakiman dan badan-badan berkuasa lain yang berintegriti,cekap,telus serta adil


Mahfuz kata bajet 2010 persenda rakyat
5 November, 2009, 10:11 am
Filed under: dari kaca mata local, ekonomi | Label: ,

Di petik dari laman ini.

“Saya nak tunjuk mana bajet yang permain emosi rakyat, umpamanya keretapi 50 peratus (atau) separuh harga untuk pelajar sekolah sedangkan siapa nak pergi sekolah jauh-jauh naik keretaapi. Kalau ada pun, dari Kuala Krai ke Gua Musang,” jelasnya lagi.

“Ia (bajet) digambarkan media seperti sesuatu yang besar untuk rakyat padahal rakyat keseluruhannya tidak dapat apa-apa manfaat.”

Mahfuz juga mempertikaikan perbelanjaan untuk perkhidmatan kesihatan yang didakwa tidak menepati keperluan sebenar.

“Sedangkan keperluan yang sebenar adalah membantu para pesakit kritikal yang memerlukan kos perubatan yang tinggi. Kekurangan mesin hemodialisis untuk bersih darah oleh pesakit-pesakit buah pinggang, kalau boleh percuma kerana kos perubatan para pesakit kronik ini cukup tinggi dan membebankan,” tegasnya.

Sebelum pada itu, KSN mengaku perlantikannya itu dibuat oleh kabinet untuk menyiasat semula beberapa laporan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang 19 Oktober lalu di Parlimen.

Laporan itu termasuk kemungkinan kerajaan terpaksa menanggung kerugian RM1.14 bilion dalam Projek Landasan Keretapi Berkembar Elektrik Rawang – Ipoh.

Ambrin juga berjaya mengesan beberapa transaksi yang meragukan, seperti Mara membeli dua komputer riba bernilai RM80 ribu, sedangkan harga pasaran sekitar RM4,500 sahaja.

Selain itu, Mara juga membeli komputer meja berharga RM7,600 seunit sedangkan harga pasaran komputer meja yang berkapasiti tinggi sekitar RM2,000 sahaja.

Ambrin juga mendedahkan Kementerian Pelajaran telah berbelanja RM60 ribu untuk pembekalan, menanam dan menyelenggara suatu taman di Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2, Pasir Puteh, Kelantan, yang didakwa meragukan.

Tambah Ambrin lagi, kementerian terbabit juga didakwa menyeleweng dalam pembelian 13 pokok kemboja dan 12 pokok pinang merang, yang masing-masing bernilai RM4,500 dan RM9,000.

Tahun 2006 lalu, laporan audit negara menggemparkan Parlimen apabila Institut Kemahian Beliau Negera (IKBN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan telah membeli sebutir skru bernilai RM224.94, sedangkan harga pasaran skru tersebut sekitar RM40 sahaja. Sekiranya pendedahan-pendedahan tersebut tidak ditangani segera, ianya sekali gus menjadikan rakyat semakin tidak percaya dengan ketelusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam menanani rasuah dan penyelewengan kuasa.

Buka invoice harga tinggi , lepas tu duit lebih hulur la kepada tuan yang melepaskan payment .. atau setidaknya bahagi 2 ..