My-LocalAgenda


Hutang Terengganu meningkat kepada RM997.6juta
2 November, 2009, 10:44 pm
Filed under: dari kaca mata local, ekonomi | Label: ,

Dipetik dari Laman ini

trg_defisit

KUALA TERENGGANU – Walaupun mendapat sumbangan Dana Khas sebanyak RM2.613 bilion dari kerajaan Pusat bagi tahun 2007 dan 2008, kedudukan akaun hasil disatukan kerajaan negeri masih defisit (kurangan).

Pada tahun 2007, jumlah perbelanjaan mengurus adalah RM1,546.52 juta berbanding hasil yang diperolehi sebanyak RM1,262.13 (defisit RM284.39 juta).

Manakala pada tahun lalu, perbelanjaan mengurus sebanyak RM1,790.10 melampaui hasil sebanyak RM146.54 juta (defisit) dengan penerimaan hasil adalah sebanyak RM1,643.56 juta.

Oleh kerana mengalami defisit dua tahun berturut-turut, kerajaan negeri Terengganu telah mendapat teguran dari Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin Buang.

”Ini bermakna Kerajaan Negeri masih menggunakan sumber daripada Akaun Amanah Disatukan bagi menampung defisit tersebut,”katanya sebagaimana dicatatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Terengganu Tahun 2008

Justeru, katanya, kerajaan Terengganu mesti mengambil tindakan sewajarnya, dengan mengamalkan berhemat supaya keadaan ini tidak berlaku kerana tidak semua wang amanah itu merupakan aset Kerajaan Negeri.

Selain menasihatkan kerajaan Terengganu, beliau juga menyeru supaya kerajaan negeri Terengganu berusaha memungut keseluruhan tunggakan hasil berjumlah RM92.48 juta.

Katanya, Nisbah Semasa yang digunakan mengukur kedudukan kecairan tunai Kerajaan Negeri juga adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa.

”Analisis Audit mendapati pada tahun 2008, Nisbah Kecairan Kerajaan Negeri kurang daripada 1, menunjukkan kecairan tunai Kerajaan Negeri adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa,”jelasnya.

Beliau juga menyenaraikan, hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan yang meningkat pada tahun 2008 kepada RM997.60 juta berbanding RM937.87 juta pada tahun 2007 iaitu meningkat sejumlah RM59.73 juta atau 6.4%. BO

Kecairan kewangan Kerajaan negeri pada bawah 1 ? Maknanya duit pusing slow tu. Bila duit pusing slow , orang nak berniaga pun susah.. bikin projek state , bayar lambat ..

Baik berniaga tempat lain ….

Sibuk nak bikin projek mega-mega jer.. IJN lah / ZOO lah /

bikin yang basic2 dulu la ‘Pakcik’ … lubang merata lagi ni …

dapat duit royalti pun tak cukup-cukup lagi …

Apa makna tu ??

Advertisements

2 Komen so far
Tinggalkan komen

Kerajaan negeri xmampu bayar projek-projek yang dikeluarkan. ini kerana projek-projek dari state telah dianugerahkan banyak kepada cina di kuantan yang menjadi penasihat kpd ‘pakcik’ kita. Apa kurangnya org melayu terengganu? rakan-rakan yang banyak membantu menaikkan beliau pun ditinggalkan begitu sahaja.

Komen oleh Mohd Zuhairi Bin Jaafar

kalau zaman idris jusoh dulu, banyak duit state mengalir dalam projek yg akhirnya masuk ke poket beliau, tetapi zaman dato’ ahmad sekarang ni banyak projek mengalir ke LUAR terengganu. apa beliau ni memandang rendah rakyat terengganu?

ooo .gtu .. zue , ada info lain kongsi2 ler.. – tuan rumah –

Komen oleh Mohd Zuhairi Bin Jaafar




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s



%d bloggers like this: