My-LocalAgenda


Ke mana arah ALIRAN kewangan TERENGGANU?
30 Disember, 2009, 8:34 pm
Filed under: dari kaca mata local, ekonomi, politik

Semenjak dari 2004 , setelah hampir 4 tahun menjadi seorang usahawan kecil-kecilan, saya mula sangsi bahawa ada satu yang tidak kena dengan aliran kewangan Terengganu. Sebuah negeri yang kaya, tetapi masih tidak mampu melonjak negeri ini keluar dari kepompong kemiskinan rakyatnya.

Pada ketika itu, ada 2 persoalan yang selalu bermain di kepala :

1.Kenapa aliran kewangan negeri ini secara total macam tersangkut-sangkut ?
2.Mungkinkah ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem agihan kewangan dalam negeri?

Pada ketika itu gambaran pandangan saya masih horizontal. Saya hanya merasa keadaannya, dan bercerita dengan rakan-rakan usahawan yang lain , tanpa mampu melihat keadaan keseluruhan.

Saya perlukan pandangangan ‘helikopter’ untuk memahami permasalahan ini.

Dana Kemasukan :

Lebih daripada separuh pendapatan kewangan negeri di jana dari industri minyak & gas. Istilah yang selalu di gunaka pakai adalah Wang Royalti/ Wang Ehsan. Selain dari itu ada juga istilah – Dana Khas Kerajaan Pusat di gunakan .

Mengikut perangkaan belanjawan negeri terbaru untuk 2010, hampir 92%(RM1.716b) pendapatan negeri datangnya dari Dana Khas Petrolium ini, manakala hanya 8% (RM165j)adalah hasil daripada pendapatan lain Kerajaan Negeri.

Itu sudah cukup jelas. Mungkin besok minyak tiada lagi.

Dan dari situ anda akan dapat melihat dengan lebih jelas pendapatan sebenar negeri , dan ke mana rakyat dan negeri ini akan di bawa.

Ke mana / Bagaimana di belanjakan ?

Selepas mengetahui dari mana sumbernya , sekarang kita intai macamana dan melalui saluran mana ia di belanjakan.

Pernah berpeluang bercakap dengan seorang pegawai YPU (Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri ) , katanya :

“Untuk pinjaman industri-industri lain , awak boleh cuba. Tapi untuk industri ‘contruction’ maaf , tak boleh. Orang politik dah pegang” , sambil berbisik.

Jom kita intai apa yang di maksudkan.

Terdahulu , projek Monsoon Cup di beri keseluruhan kepada Patrick Lim dan T-best Event, di mana T-Best Event mempunyai pengarah dari ahli-ahli politik UMNO tetapi ia bukan lah anak syarikat negeri. Bermakna syarikat ini adalah syarikat persendirian.

Beberapa projek seperti pembinaan sekolah, bangunan hospital, jalanraya dan empangan hidro di beri kepada AZRB , yang mana salah seorang ahli Lembaga Pengarahnya adalah bekas Ahli Parlimen Kemaman, di bawah tiket UMNO; yang memenanginya pada pilihanraya umum tahun 1978.

Terkini , hampir Rm400juta projek-projek setempat telah di berikan secara terus kepada syarikat di mana salah seorang ahli lembaga pengarahnya adalah Ketua Pemuda UMNO negeri sendiri.

Sebahagian lain mampu membuat rumah bernilai jutaan ringgit, manakala ada yang menyatakan bahawa EXCO-EXCO tertentu mempunyai jutaan ringgit(lebih kurang RM40juta ?) dalam akaun peribadi mereka.

Pengerusi MAMPAT menyatakan mereka-mereka ini adalah orang-orang OKU – ‘Orang Kuat UMNO’ .

Itupun belum lagi merangkumi industri balak negeri. Salah satu lagi industri ramai ahli-ahli OKU berkumpul.

Laporan Audit

Laporan audit mengesahkan selain dari perbelanjaan yang semborono, seperti di perjelaskan dalam Program Bergerak SEMARAK oleh AMKNT, pada tahun 2008 kecairan kewangan negeri sangatlah berkurang :

”Analisis Audit mendapati pada tahun 2008, Nisbah Kecairan Kerajaan Negeri(Terengganu) kurang daripada 1, menunjukkan kecairan tunai Kerajaan Negeri adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa,”jelasnya.

Bukan itu sahaja , kutipan zakat negeri yang di lebarkan jurangnya dari Rm5,RM7, dan RM8 turut menjelaskan bahawa agihan kewangan negeri adalah sangat tidak sekata. Sekurang-kurangnya sekarang kita mengetahui golongan mana yang membayar pada kelas teratas , manakala sebahagian lagi terkial-kial membayar pada peringkat bawah.

Projek Untuk Rakyat.

Sunguh menghairankan dengan dana pendapatan yang di katakan mampu mengalahkan negeri Selangor, Terengganu masih lemas dalam sektor perkembangan ekonomi dan sosial penduduk-penduduknya.

Beberapa projek yang sepatunya di manafaat untuk rakyat masih tertangguh seperti :

1. Sambungan Projek Lebuhraya PT
2. Sistem Pengangkutan Awam yang lemah.
3. Program Basmi Kemiskinan yang hambar
4. Program Peningkatan Akhlak Belia dan Remaja yang lesu.
5. Proses sisa buangan sampah yang masih konservatif

Justeru , teori menyatakan bahawa ekonomi dan hasil negeri ini sedang di pegang oleh sekelompok tertentu dan berputar hanya pada kelompok tersebut sudah semakin jelas.

Tidak perlu saya ceritak implikasinya di ruangan ini.

Beberapa cerita runtuhan sudah cukup menggambarkan padahnya keadaan ini. Cuma di selamatkan oleh ketiadaan statistik kehilangan nyawa yang ketara.



RAHMAT dah jadi BALA (bukan P.I Bala) – dari Ku Li
17 Disember, 2009, 8:01 pm
Filed under: dari kaca mata local, ekonomi, politik | Label: , , , ,

Salam Muharram pada semua,

Ada dua artikel yang menarik pembacaan saya pada minggu ini.

Artikel pertama dari Ku Li , yang saya cuba ringkaskan dan terjemahkan ke bahasa melayu di sini. Selebihnya mungkin pada entry yang lain.

RAHMAT dah jadi BALA – kerana sumber hasil itu , yang sepatutnya di gunakan untuk memaju negara, sebaliknya telah di guna dan di belanjakan secara semborono , mengakibatkan kekusutan dan konflik negeri-negeri pengeluar minyak khususnya Terengganu dan Kelantan dengan kerajaan Pusat.

Banyak sungguh intipati dalam artikel tersebut yang saya rasa perlu di perpanjangkan.

Ini lah pertama kali saya melihat alir pemikiran Ku Li setelah di tenggelamkan pada zaman era Mahathir.

Pembukaan artikelnya sudah cukup memerangkap untuk meneruskan pembacaan hingga ke akhir artikel.

We are stagnating. The signs of a low growth economy are all around us. Wages are stagnant and the cost of living is rising.

We have not made much progress in becoming a knowledge and services based economy.

Menurut beliau lagi , berdasarkan fakta dari Bank Dunia , GDP hasil daripada sektor perkhidmatan pada tahun 1987 adalah 46.2%. Sepuluh tahun kemudian sektor ini hanya berkembang pada sekitar 0.2%. (ringkasan : 1997 – 46.4%)

Selain dari itu, pada tahun 1994-2007 , pendapatan sebenar (real wages) dalam sektor domestik berkembang pada kadar 2.6% dan sektor ekspot berkembang pada 2.8%. Ini menunjukkan bahawa sepanjang tempoh 13 tahun itu, kadar peningkatan tersebut adalah hampir mendatar.

Selain dari itu, negara juga gagal mempercambahkankan tenaga muda, apatah lagi untuk menarik bijak pandai muda dari luar.

Negara juga di bebani dengan kemasukan tenaga tidak mahir dari luar, yang pada waktu ini, mewakili 30-40% dari tenaga buruh tempatan.

Kita juga telah kehilangan doktor dan saintis , sebaliknya telah menjadi syurga kepada buruh-buruh murah bertandang.

Negara masih terperangkap dengan jurang pendapatan pertengahan. Terperangkap dalam bentuk perkembangan mudah hasil dari peningkatan tambahnilai yang rendah pengilangan dan pemasangan komponen serta tidak mampu melonjakkan negara dalam ekonomi bersandarkan pengetahuan. (knowledge economy)

“Persaingan persekitaran dengan buruh yang ramai,murah dan ‘lebih berinsentif’ khususnya di China dan India. Mereka berkembang dengan kos yang murah, pengeluar teknologi yang lebih tinggi serta mempunyai pasaran domestik yang cukup luas” , tambah beliau.

Apa saja perkembangan yang hendak di jana, haruslah berkembang dengan kekuatan semula jadi kita.

Negara terletak di tengah-tengah Asia, dan menjadi laluan utama minyak dunia. Selain dari itu, negara juga;

a) mempunyai penduduk muslim,cina dan india yang menghubung terus dengan kawasan-kawasan yang sedang berkembang pantas di dunia masakini

b) negara mempunyai hutan hujan yang terbesar dan tertua di dunia, dengan bio-diversity dan pengembangan teknologi terkini akan berkembang dari sektor bio-sains.

c) Penduduk bercakap dalam bahasa Inggeris, mempunyai sistem perundangan yang selaras, demokrasi berparlimen, sekolah yang baik dan perkhidamatan awam yang bebas dan infrastruktur yang baik.

Malangnya, kesemua yang ada ini semakin berkurangan.

Kemusnahan yang terjadi antara faktornya adalah kejatuhan institusi negara di sebabkan oleh rasuah. Sebagai contoh kemusnahan eko-sistem terjadi kerana rasuah di kalangan pegawai dan juga orang-orang korporat. Kemasukan loggokan buruh murah juga telah meningkatkan kes-kes rasuah.

Pergantungan kepada generasi muda

Terdapat beberapa permasalah yang perlu diteliti sebelum strategi baru dan model ekonomi baru negara hendak di bentuk. Negara perlu memahami di mana situasi semasa kita, di manakah kepincangan sebenar, sebelum kita menggariskannya dengan betul.

Ramai anak muda telah bertandang dan berkerja ke luar negara. Sebahagiannya adalah yang terbaik. Mereka dapat merasakan bahawa negera sedang ‘stagnant’ dan tidak berkembang. Dalam ruang lingkup pekerjaan global, tenaga muda akan meninggalkan pekerjaan yang kurang stimulasi serta kurang persekitaran kreatif kepada pekerjaan yang lebih menarik minat(spark) mereka.

Apakah yang menyebakan ‘spark’ tersebut hilang ?

Rahmat dan Bala.

Dalam beberapa perenggan terkahir artikel beliau, beliau menyatakan bagaimana pada masa negara menerima rahmat petrolium , penubuhan petronas adalah untuk mengawal kewangan dari hasil petronas tersebut untuk memajukan rakyat dan negara ke arah negara berpendapatan tinggi.

Pada ketika itu mereka tahu bahawa hasil petrolium ini tidak akan kekal selama-lamanya, justeru itulah , pendapatan lebihan harus di canang dengan baik seperti mamasukkan ke dalam tabung-tabung tertentu untuk pendidikan dan pengkayaan sosial.

Di samping itu juga, hasil kekayaan ini juga telah di cadangkan untuk memajukan negeri-negeri miskin ( yang secara kebetulannya adalah juga negeri-negeri pengeluar minyak) dalam merencanakan persamaan di seluruh Malaysia.

Sebaliknya perkara lain pula terjadi. Kekayaan tersebut di gunakan unutk perbelanjaan urusan kerajaan, membantu syarikat-syarikat yang gagal, membeli kelengkapan senjata, membina bandar-bandar di kawasan pedalaman daripada mengurangkan kemiskinan dan membantu negeri-negeri miskin.

Keseluruhan kewangan tersebut telah di salurkan kepada urusan politik atau yang berkaitan dengannya untuk mengekal kuasa, mengurangkan konstitusi demokrasi serta telah menjadikan segala urusan politik dan perniagaan di saluti dengan rasuah.

Ku LI.



TT hentam RPK?
12 Disember, 2009, 4:28 am
Filed under: politik, santai | Label: , ,


9 Disember, 2009, 9:16 am
Filed under: pemberitahuan

konvensyen_pakatan



RM61.7b projek untuk 2010 – AmResearch
8 Disember, 2009, 2:21 pm
Filed under: alam sekitar, dari kaca mata local, ekonomi, politik | Label: ,

sumber asal : edge malaysia

Menurut artikel terersebut dalam tempoh 12 bulan dari sekarang kerajaan akan membelanjakan sebanyak RM61.7b untuk beberapa projek di Malaysia.

Di antara projek-projek tersebut adalah :

1. RM30b akan belanjakan untuk projek pengembangan LRT di lembah Kelang.
Kontraktor : UEM Group, MMC CORPORATION BHD, GAMUDA BHD, IJM Corp Bhd, WCT BHD dan MALAYSIAN RESOURCES CORPoration Bhd.

2. RM14b untuk projek pemasangan kabel-kabel bawah tanah untuk transmisi elektrik dari Bakun, Sarawak ke Semenanjung Malaysia.
Kontraktor : MRCB dan entiti luar.

3. RM5b , untuk projek Lebuhraya Gemas-Johor Bahru
Kontraktor : Global Rail Sdn Bhd and China Infraglobe Consortium.

4. RM1.3b , untuk sistem ‘tunnel’ penghantaran air dari Pahang ke Selangor
Kontraktor : Konsortium Shimizu-Nishimatsu-UEM-IJM

5. RM4.5b , untuk Skim Pembekalan Air Langat 2
Kontraktor : Gamuda Bhd dan Loh & Loh Bhd, manakali sistem paip oleh JAKS Resources Bhd

6. RM6.9b untuk lain-lain projek.

Komentar lokal : Projek no.2 , telah di bahas oleh MP Shah Alam, Khalid Samad tentang rasional projek tersebut.

Menurut beliau, dalam masa yang sama , Sabah masih kekurangan elektrik sedangkan 2 projek dam-hidro sedang/akan di buat di Terengganu dan Pahang.

Jadi adalah kurang bijak , untuk membuat satu lagi dam di Sabah bagi membekalkan tenaga di Sabah , sedangkan yang di Sarawak hendak di hantar ke Semenanjung.

NGO-NGO alam sekitar di minta bangun bersuara , kerana peningkatan trend membuat dam-hidro untuk mendapatkan sumber tenaga.

Sepatutnya agenda sumber tenaga hijau patut di ketengahkan mulai sekarang.



Perspektif : Antara EHSAN dan ROYALTI
2 Disember, 2009, 10:05 am
Filed under: dari kaca mata local, ekonomi, politik | Label: ,

Ehsan :

Dari tuan pengusaha tanah/galian kepada tuan empunya tanah :

Ini duit aku bagi untuk tahun ini sebanyak RMXYZ. Tahun depan mungkin dapat RMYYY sahaja, atau mungkin tak ada terus. Tahun-tahun seterusnya ,kita bincang kemudian. Kalau ada duit lebih , kita bagi laa..

Royalti :

Dari tuan tanah kepada tuan pengusaha tanah/galian

Tahun ini hang kene bayar sebanyak Y% , dari keuntungan perniagaan. Tahun depan pun sama. Begitu juga dengan tahun-tahun seterusnya, selagi menerima pendapatan dari tanah ini..

Nampak gayanya hak Kelantan sedang di permainkan.

Hak Terengganu dah terguling.

Musim pilihanraya tunjuk muka bayar ‘hutang’ . Yang baki tu tak tahu ke mana.

Sekarang negeri pulak tak mampu bayar hutang kepada pusat.