My-LocalAgenda


Sah ada TROJAN!
30 Januari, 2010, 3:04 pm
Filed under: dari kaca mata local, politik | Label:

pil

UMNO di tubuhkan untuk mengekalkan ketuanan British.

TROJAN di hantar ke dalam pembangkang untuk mengekalkan pemerintahan UMNO.

Sebahagiannya telah sampai ke kemuncak kepimpinan tertinggi.

Perilaku untuk terus menjadi (sekadar) pembangkang dan meneruskan agenda pemerintahan UMNO semakin terselah.

Teruskan .. Teruskan .. dengan pil Walaa ( 2 singgit)..



Rapat sikit, rapat sikit , belakang belum penuh ..
28 Januari, 2010, 12:48 pm
Filed under: dari kaca mata local | Label: , , ,

DI KL , semenjak kehadiran LRT,Komuter dan INTRAKOTA pada tahun 1998 , perkhidmatan BAS MINI telah pun di berhentikan.

Tapi macam di bandar-bandar kecil , dan ibu negeri (esp. KT ni ) , aku rasakan perkhidmatan bas mini ni masih dan amat3lah diperlukan .

Lebih-lebih lagi bila musim minyak naik (atau bakal naik).

Kalau bas mini 80-90an , mcm klip di bawah , bas mini 2010 , biar la ada kelas sikit ..

Sistem, pengangkutan awam esp di KT ni amat lah teruk dan perlu di naik-taraf dengan segera.

Jam 8 malam pun dah tak ada bas . Teksi pun tk dak ..

Apa nak buat negeri di bawah angin ‘sejuk’. Semua projek kelas INTERNATIONAL.

Kerajaan NEGERI ‘sejuk’ . Pembangkang NEGERI pun ‘sejuk’.

Rakyat NGANGA.

Peluang untuk prebets-sapu pro bukak BIZ!!. JOOmmm .

calling utk perkhidmatan prebet-sapu express super class : 1009-4483-883



Pak Lebai Lari Kencang
25 Januari, 2010, 6:53 pm
Filed under: alam sekitar, dari kaca mata local, politik | Label: , ,

Tertarik dengan artikel ini . Tak leh tahan, tak leh dummy , tak leh control, kene tempel gaks!.

Perihal Aduka punya posting , aku tak nak campur. Dia sendiri tahu dia dah ter-over.

artikel asal

pas-reform

Bila Aduka dan posting kontrovasi nya di di print screen dan telah di edit bersama logo ini, PAS telah dikaitkan pada Aduka sebagai blogger PAS.

Gua terpanggil utk menjelaskan fitnah yg direka cipta ni.

1st Sepanjang pengetahuan gua, Aduka bukan ahli pas dan jauh sekali Blogger PAS.Dia cuma penyokong usaha murni PAS dalam pembinaan Negara Islam.Kerana itu dia selalu mengkritik PAS dalam usaha memantapkan gerakan ke arah Negara Islam dari kaca mata dia.Dan dah tentulah dia tak tertakluk dibawah akhlak jemaah PAS sbb dia mmg bukan jemaah PAS.

2nd Gua adalah pemegang copyright logo ini selaku pencipta.Logo ini dicipta kerana gua sgt sedih dgn keadaan PAS ketika Nik Aziz menganjurkan muktamar khas PAS.Rujuk artikel ni.

3rd Gua nak menegaskan logo ini langsung tak mewakili PAS.Logo ini milik gua, dan gua benarkan sahabat2 gua gunakan sebagai tanda pengharapan ke arah reformasi PAS yg lebih baik.

4th Sebarang usaha untuk mengaitkan PAS dan Aduka melalui logo ini adalah fitnah semata2.Gua tak halal dunia akhirat.Titik!

T shirt PAS Reform.

pas-reform

Ada pulak org PAS yang mendakwa T shirt PAS Reform ini bertujuan untuk memecahkan jemaah dan sebagainya.

Gua nak bagitau lu org kenapa T shirt nih di reka.

1st Intipati gerakan PAS Reform adalah pembinaan Negara Islam.T shirt ini adalah untuk memperkenalkan idea Negara Islam kepada semua terutamanya pada golongan muda peminat t shirt.

2nd Untuk pengetahuan lu org PAS, ramai jek anak muda yg nampak tunggang langgang teringin sgt nak menyokong PAS atas cita2 Negara Islam.Tapi sapa pedulik kat budak2 ni?Kalau lu org tanak peduli sbb nampak tunggang langgang biar kitorg jek yg pedulik!

3rd Gua langsung tak target T shirt ni tuk ahli PAS.Kalau PAS nak haramkan ahli dia beli pon gua tak kesah le.

4th Kami mahu mempromosi idelisma political activis negara islam sebagai badan pendesak kepada PAS dgn harapan PAS menunaikan cita2 negara islam kami.

Yang ni , aku no comment , mungkin relevan dengan tajuk ?

Project Langgar Hadi

Macam gua cakap, intipati PAS reform adalah negara Islam.Dalam Malaysia ni telah ada demokrasi jd cita2 negara islam hanya tercapai melalui undi. Tak ada cara lain lagi yg paling
aman dan berkesan.

Malang bagi kami melihat TGHA sebagai batu penghalang kerana imej dan perlakuan beliau dilihat sgt tak membantu perkembangan negara islam melalui undi.Kami yakin pandangan kami dikongsi oleh ramai penyokong dan pengundi PAS.

Jadi tindakan kami ialah mewujudkan Projek langgar hadi(nama glamer) atau wacana ilmu(nama common) utk bertanya sendiri pada TGHA kenapa beliau nampak begitu.

Takan terlucut jawatan TGHA akibat langgaran Kami.Jangan risau la bro PAS semua.

Damage has done.Demi nama baik PAS , gua dengan rela hatinya ingin menarik t shirt dan logo dari kegunaan mana2 blogger mengikut kehendak blogger itu sendiri

Sekian penjelasan wa.

Tamat

Mungkin juga relevan dengan yang ini.

pas - pelihara alam sekitar

Adakah generasi X dan generasi Y terhalang dari PAS ?

Berbalik semula kepada persoalan awal di sini.

Apa-apa hal, wa sendiri sudah bikin satu kelab NGO alam sekitar (lagi?), yang di namakan Kelab Kebajikan Sosial dan Alam Sekitar (Terengganu).

Ada yang nak masuk ?



OIC mendahului bantuan Kemanusiaan di Haiti
25 Januari, 2010, 6:28 pm
Filed under: dari kaca mata local | Label: , ,

haiti earthquake
bantuan haiti

Tajuk Utama Berita Palsu :

“OIC mendahului bantuan Kemanusiaan di Haiti” -tak bernama

Itu sahaja luahan untuk entri ini.

Nampaknya perjalanan masih jauh.

Benar-benar jauh.



Pro-M menguasai UMT
20 Januari, 2010, 11:55 am
Filed under: dari kaca mata local, ekonomi

Trend awal generasi muda boleh di lihat melalui pilihanraya kampus ini.

Pro-M diterima, pro-aspirasi makin hilang pengaruh
04 Safar 1431H

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Pro-mahasiswa (pro-M) Nasional mengucapkan tahniah kepada kumpulan pro-M di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang telah memenangi sebanyak 11 daripada 12 kerusi yang telah dipertandingkan dalam pilihan raya kampus, semalam.

Pengerusinya, Mohd Shafie Hashim berkata, walaupun terdapat halangan demi halangan oleh pihak pentadbiran dan ‘tangan ghaib’ yang tidak bertanggungjawab, namun kumpulan pro-M berjaya di UMT.

“Kemenangan ini membuktikan bahawa perjuangan pro-mahasiswa diterima oleh semua dan pro-aspirasi semakin hilang pengaruhnya,” ujarnya yang juga Pengerusi pro-M Universiti Malaya.

Katanya, kemenangan itu merupakan gelombang awal sebaik sahaja Misi-10 dilancarkan oleh pro-mahasiswa baru-baru ini.

“Selepas ini, pro-M akan terus meningkat usaha sehabis mungkin untuk memastikan gelombang kemenangan di UMT ini akan terus dibawa ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang dijangka tahu keputusannya 21 Januari ini dan seterusnya meresap ke kampus-kampus utama yang lain yang dijangkakan penghujung Januari ini,” katanya.

Sejak UMT dinaik taraf sebagai sebuah universiti pada 2007, tahun ini merupakan pertama kali dalam sejarah pro-aspirasi tumbang teruk apabila dalam pilihan raya kampus yang berakhir semalam di mana telah dimenangi pro-M yang baru dizahirkan kewujudannya pada kali ini.

Harakahdaily.net/-



Langkah awal Sekatan Ekonomi
20 Januari, 2010, 11:46 am
Filed under: dari kaca mata local, ekonomi | Label:

Amerika memberi peringatan kepada kerajaan Malaysia termasuk mengenakan sekatan ekonomi , jika Malaysia gagal menjelaskan dan mengambil tindakan sewajarnya mengenai kehilangan enjin jet F-5E dan pembakaran gereja di tanah air.

Dalam kegawatan ekonomi sekarang di tambah lagi dengan sekatan ekonomi jika berlaku .. .. alahai .. apa nak jadi ..

Berita asal.

jet

oleh Dzulkarnain Taib

Amerika Syarikat mungkin mengambil tindakan tegas, termasuk mengenakan sekatan ekonomi terhadap Malaysia jika kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) masih gagal menangani dua isu yang dianggap serius oleh masyarakat antarabangsa, menurut sumber-sumber diplomatik.

Pentadbiran Presiden Barrack Obama menuntut penjelasan penuh dari kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak bersabit kecurian dua enjin pesawat F-5E dan siri serangan ke atas gereja serta rumah ibadat lain bersabit penggunaan kalimah Allah sejak dua minggu lalu.

Menurut sumber Wisma Putra, sekiranya Najib memandang ringan terhadap kedua-dua isu berkenaan, Washington mungkin mengenakan sekatan ekonomi. Amerika Syarikat adalah rakan dagang terbesar Malaysia dengan nilai perdagangan antara kedua-dua negara bernilai lebih dari AS43.7 bilion.
Sebarang sekatan ekonomi akan memberi kesan buruk kepada Negara yang sudah pun ditimpa defisit belanjawan yang begitu besar. Sumber-sumber Wisma Putra memberitahu bahawa nota diplomatik yang dihantar oleh Washington mencerminkan keseriusan

pentadbiran Obama yang sebelum ini hanya membuat bantahan menerusi kenyataan.
“Selepas ini, sekiranya kerajaan masih berdolak dalik dan tidak serius menangani masalah ini, tekanan lebih hebat mungkin dikenakan termasuk sekatan ekonomi,” kata sumber berkenaan.

Dalam SMSnya kepada Suara Keadilan, Pegawai Media Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Tina Malone Washington memandang berat laporan media mengenai kehilangan ejin pesawat buatan negara itu.
“Kerajaan Amerika Syarikat memandang berat laporan mengenai kecurian enjin pesawat F-5E yang dibekalkan kepada Malaysia. Kerajaan Amerika Syarikat telah meminta kerajaan Malaysi membentangkan laporan komprehensif berkaitan penyiasatan mengenai perkara ini.

Sumber Wisma Putra turut mengesahkan Amerika Syarikat juga menghantar nota diplomatik kepada kerajaan Malaysia bersabit serangan bom petrol dan vandlisme ke atas beberapa buah gereja Kristian.
Serangan itu bertujuan mencetuskan provokasi dan ketegangan agama setelah Mahkamah Tinggi membenarkan sebuah penerbitan Kristian menggunakan kalimah Allah dalam laporannya.

Kebimbangan Amerika Syarikat itu disuarakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Antarabangsa Amerika Mengenai Kebebasan Agama, Leonard Leo.

“Bagaimana cara pemimpin Malaysia menangani perkara ini akan menentukan masa depan politik dan ekonomi negara ini,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Baca berita lain hari ini di MAUBACA.



Rezab negara susut teruk – FMToday
14 Januari, 2010, 1:38 pm
Filed under: dari kaca mata local, ekonomi | Label: ,

artikel asal.

Intai-intai ekonomi.

Rezab semakin tandus.

Ada sebahagian yang bersenang lenang , kerana banyak yang dapat ‘kaut’ dalam tempoh 10-20 tahun ni.

Ada sebahagian lagi sedang ‘mengais’ untuk petang ini.

Orang luar dah mula kurang berminat nak berniaga di sini. Mereka semua tengah intai tempat lain.

China, India dan Vietnam contohnya.

Adakah ini bahana rempitan ekonomi dan pembangunan tanpa ‘ foundation’ yang kukuh ?

Oleh Dzulkarnain Taib

Kedudukan kewangan Malaysia begitu goyah dengan rizab negara merosot teruk akibat pengaliran keluar modal asing sepanjang 12 bulan lalu, menurut laporan terbaru sebuah kumpulan kewangan berpengaruh.
UBS Investment Research, yang merangkumi kumpulan perbankan antarabangsa berpengkalan di Switzerland menyenaraikan Malaysia sebagai negara paling teruk di Asia yang mengalami penurunan rizab antarabangsa.
Ahli politik tempatan khuatir, keadaan kewangan negara akan bertambah buruk dengan kehilangan lebih banyak pelaburan asing susulan serangan ke atas gereja dan sekolah mubaligh Kristian sejak minggu lalu.
Perbuatan khianat itu dicetuskan oleh petualang yang cuba menimbulkan provokasi berhubung penggunaan kalimah Allah oleh sebuah penerbitan Kristian.

UBS menganggap aliran kewangan kritikal yang dialami kerajaan Umno-Barisan Nasional “amat luar biasa” memandangkan Malaysia mencatatkan lebihan akaun semasa paling besar di Asia iaitu sebanyak 17 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
atau kira-kira RM120 bilion.

“Negara lain seperti China, Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Thailand mencatatkan peningkatan ketara dalam simpanan antarabangsa dalam tempoh 12 bulan lalu tetapi rezab Malaysia hampir pupus sama sekali,” kata laporan itu.

Menurut UBS, pengaliran keluar modal secara besar-besaran sepanjang tahun lalu menjejaskan rizab antarabangsa Malaysia dengan amat teruk yang jatuh lebih daripada 25 peratus.
UBS berkata pengaliran keluar modal dari Malaysia memuncak hampir 50 peratus daripada KDNK atau RM355 bilion pada kiraan nilai semasa.

“Angka ini amat mengejutkan. Ia adalah lebih dari dua kali ganda pengaliran keluar modal yang dialami oleh Rusia dan jauh lebih besar berbanding dengan negara membangun yang lain.
Malah pengaliran keluar modal yang dialami oleh Malaysia pada 2009 merupakan fenomena yang jauh lebih besar dan dahsyat daripada pengalaman krisis ekonomi Asia 1997-1998,” menurut laporan enam muka surat itu.
Laporan oleh UBS Asia Securities Limited selanjutnya berkata ekonomi negara Rusia, Ukraine dan negara-negara Teluk mengalami pengaliran keluar modal asing akibat krisis ekonomi dunia.
Namun ketika ekonomi negara-negara terbabit kembali pulih, Malaysia masih dicengkam pengaliran keluar modal asing, menurut UBS .

“Modal asing masih keluar dari Malaysia secara berterusan dalam jumlah yang besar walaupun kebanyakan ekonomi negara pasaran membangun menunjukkan tanda kemasukan semula pelaburan asing,” menurut laporan itu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustapa Mohamed sebelum ini berkata Malaysia hanya mencatat pelaburan asing langsung sebanyak RM4.2 bilion sahaja bagi tempoh Januari-Mei 2009 berbanding RM46 bilion bagi 2008.