My-LocalAgenda


40% matlamat pembebasan karbon – MAMPUKAH ?
25 Mac, 2010, 12:52 pm
Filed under: alam sekitar, dari kaca mata local | Label: , ,

Artikel asal .

1. Adakah rakyat cukup celik dan ‘ambil port’ dengan isu alam sekitar ?

2. Pada masa sekarang .MY melepaskan 187 juta tan CO2 setiap tahun atau bersamaan 7.2 juta tan setiap warga negara. (7.2tan/warga/tahun)

3.MAMPUKAH? atau hanya janji yang di buat semborono tanpa perancangan jelas.

Soalan YB Rembau kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar hari ini menarik saya untuk membuat komentar ini. Rembau bertanya tentang strategi dan langkah-langkah yang sedang dan akan dilaksanakan bagi mencapai sasaran pengurangan pelepasan karbon seperti yang dijanjikan Perdana Menteri Najib di Conference ‘Climate Change’ Copenhagen, Denmark bulan Disember 2009.

Najib berjanji untuk mengurangkan pelepasan 40% karbon ‘in term of emissions intensity of GDP’ pada tahun 2020 berbanding 2005 (sebagai baseline). Terkini mengikut United Nations, Malaysia melepaskan 187 juta tan setiap tahun atau bersamaan 7.2 juta tan setiap warga negara ini.Meskipun Menteri telah menyebutkan pelbagai pendekatan untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam pelbagai kegiatan ekonomi seperti aktiviti penjana kuasa, kenderaan automotif, pengilangan dll yang seluruhnya berakhir dengan pelepasan karbon, tegasnya adalah pelepasan karbon adalah berkadar langsung dengan kegiatan ekonomi sekaligus GDP atau KDNK.

Dengan kata lain, untuk Najib berjanji mengurangkan 40% pelepasan karbon intensiti nisbah KNDK/GDP, sedarkah Najib bahawa kurang lebih, negara hanya boleh melakukan pertumbuhan sebanyak 2.5% setiap tahun sahaja. Apakah ini satu yang realistik dan menasabah. Bukankah mengikut Najib sendiri bahawa negara perlu tumbuh sebanyak 6.5%, paling tidaknya, untuk selama 10 tahun supaya negara mencapai negara maju atau sebagai NIC (New Industrilaised Country) pada 2020.

Disamping segala kegiatan ekonomi yang bersifat ‘carbon-emitting’ yang membakar bahan fosil, penggunaan tanah gambut pula dalam perladangan kelapa sawit menghapuskan mekanisme ‘carbon-trapping’ secara tabii.
Nyata bahawa Perdana Menteri secara mudah-mudah membuat janji nampaknya, sehingga Ahli Parlimen Rembau tidak dapat mengelakkan dari menyebut bahawa beliau juga sangsi akan matlamat pengurangan itu sebgai satu yang tidak realistik dalam soalan tambahan beliau. Ini meletakkan janji-janji yang dibuat oleh Najib semacam tidak difikirkan secara tuntas atau ‘thought through’.

Saya tidak berpeluang bertanya Menteri, dalam soalan tambahan, apakah kerajaan BN ini, pertama-tama telah komited dan punya satu tekad untuk menghayati ‘budaya pemikiran lestari’ yang perlu wujud pertama-tama di kalangan pimpinan negara dahulu dan warga pendidik, sebelum negara ini mampu memacu satu konsep pembangunan yang mapan, lestari dan mesra-alam.

Hanya dengan kesediaan ‘minda lestari’ ini serta pelaburan dalam R&D maka pembangunan dan inovasi teknologi hijau sebagai wasilah untuk mencapai pelestarian secara lebih terencana, holistik dan bersepadu mampu dijana. Berdasarkan kayu ukor ini dan kedudukan prestasi semasa serta ‘ekosistem minda’ yang masih di takok lama, saya cenderung untuk bersetuju dengan YB Rembau bahawa komitmen Najib untuk mengurangkan 40% pelepasan karbon adalah tidak realistik.

Najib perlu merujuk kepada khidmat pakar-pakar tempatan dan juga pengalaman negara lain sebelum beliau membuat janji yang sebesar ini. Kalau tidak ia menjadi omongan kosong yang kemudian akan dimungkiri dan dipersalahkan pelbagai pihak lain.

DrDzul . MP Kuala Selangor



Tangan GHAIB di Terengganu
21 Mac, 2010, 8:24 am
Filed under: dari kaca mata local | Label: ,

Apa yang qepoh-qepoh sangat di Terengganu semalam ?

Katanya trafik berjela-jela.

Roadbloack merata jalan. Kerahan tenaga polis untuk tujuan pelik ..

Taknak bagi rakyat hantar memorandum ke ?

Macam ada bau-bau takut. Takut dengan siapa ?

Intai-intai pengerusi perhubungan pasukan merah.

Intai-intai ketua menteri KDN ..



LAGI ROYALTI : WANG EHSAN meletakkan KELANTAN/TERENGGANU negeri peminta sedekah ?
16 Mac, 2010, 2:09 pm
Filed under: dari kaca mata local, ekonomi, politik | Label: , , ,

YB Syed Azman , ADUN Batu Burok memberi beberapa data tentang jumlah penerimaan dan perbelanjaan ‘wang ehsan’ Terenganu .

Ini adalah contoh baik , bagaimana ADUN yang di lantik memberi maklumat dan penerangan kepada rakyat.

ADUN-ADUN (TRG) lain boleh memulakan blog-blog mereka sendiri. Maklumat bertulis dan maklumat dalam ceramah / ucapan pasti mempunyai IMPAK yang berbeza.

Berbalik kepada isu asal,

secara ringkas , Terengganu sepatutnya menerima hampir RM15.4b , sepanjang tahun 2000-2009 , tetapi di belanjakan untuk :

A. Projek-projek (RUNTUH?)
– Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal
– Monsoon Cup
– Lebuhraya pantai Timur
– Stadium baru Sultan Mizan
– Pembinaan Lapangan Terbang Baru
Jumlah RM7.1 billion

B. Kementerian
Jumlah RM7.7 billion

C. Pembinaan rumah oleh Syarikat Perumahan Negara bhd. Di negeri Terengganu
Jumlah RM102 juta

D. Perbelanjaan kepada negeri-negeri lain selain Terengganu
Jumlh RM 900 juta

E. Pembinaan rumah Syarikat Perumahan Negara Bhd. Di negeri-negeri lain selain Terengganu
Jumlah RM771 juta

JUMLAH KESELURUHAN RM 16.5 BILLION TERMASUK PENGELUARAN

Nampak macam belanja lebih …

Tak hairan sebab hutang tertunggak negeri kepada pusat bertambah menjadi RM997juta.

Mana pergi belanja untuk petani / nelayan / penarik beca dan rakyat yang lain?

Beberapa persoalan lain yang turut timbul :

Yang pertama,

bila wang royalti digantikan dengan Ehsan, adakah bermakna bahawa wang itu adalah daripada duit Petronas sebab tidak dijelaskan oleh Menteri Kewangan kita ataupun wang ini daripada duit Kerajaan Pusat ?

Yang kedua,

kalau duit itu daripada Petronas, adakah Kerajaan Pusat dari segi perundangan dan undang-undang, berhak mengambil royalti bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu ?

Yang ketiga,

kalau duit itu dari Kerajaan Pusat, di bawah item mana dalam buku Belanjawan yang dibentangkan di Parlimen setiap tahun dari tahun 2001 yang menyatakan dengan jelas tentang wang Ehsan tersebut ?

Yang keempat

ialah apabila wang ini diberikan kepada rakyat secara langsung oleh Kerajaan Pusat, apakah ini dikatakan sebagai menghormati rakyat? Apakah apabila kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dengan adanya pilihan raya setiap lima tahun, penghormatan kepada rakyat, bukan sahaja dengan kita membantu rakyat tetapi kita menghormati pilihan rakyat memilih sebuah kerajaan negeri untuk menguruskan sumber kewangan mengikut tatacaranya sendiri?

Baca sepenuhnya :

SEPULUH TAHUN PENAFIAN ROYALTI MINYAK TERENGGANU – PENGAJARAN BESAR KEPADA RAKYAT KELANTAN
Dicatat oleh blog Dr Syed Azman

Pada 12 November 1975, Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak dalam ucapannya di Parlimen, menyatakan bahawa;
“Tuan Yang di-Pertua, semua negeri di Malaysia, melainkan Sabah dan Selangor telah menandatangani perjanjian dengan Petronas sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974”. Saya diberitahu Kerajaan Negeri Selangor pun telah bersetuju menandatangani perjanjian ini. Mengikut perjanjian itu, “Tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi di dalam negeri masing-masing, sama ada yang diperolehi itu dalam perairan ataupun di luar perairan negeri tersebut yang dijual oleh Petronas ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya.”
Teruskan membaca



Pembunuhan Kejam Ketua Kelab Penyokong PAS- Apa komen PRESIDEN?
16 Mac, 2010, 12:54 pm
Filed under: dari kaca mata local, politik | Label: , , , ,

Pembunuhan kejam ‘ala-mafia’ dengan dua das tembakan di kepala dan dada ke atas ketua kelab penyokong PAS semalam amat mengejutkan.

Kelab penyokong PAS yang di anggotai oleh non-muslim yang menyokong pergerakan PAS , merupakan sayap baru kepada PARTI tersebut.

Ia merupakan sayap penting, yang membuka ruang dan dimensi baru kepada PAS.

Dalam pembunuhan ini, apa KOMEN tuan PRESIDEN ?

Ahli-ahli kelab tersebut pasti dalam keadaan trauma dan terkejut.

KOMEN dari tuan PRESIDEN di harap dapat memberi sedikit keselesaan kepada mereka dan menunjukkan keprihatinan.



Tuntut Hak Royalti : Tindakan Radikal dan Impak Tinggi
15 Mac, 2010, 7:36 am
Filed under: dari kaca mata local, ekonomi | Label: , ,

10 tahun Terengganu; 1 tahun Kelantan menuntut hak royalti Petrolium mereka

Penerangan dah buat.

Risalah dah edar.

Buku dah cetak.

Sticker dah bagi.

Bawa kes ke mahkamah dah buat.

Tapi UBN masih pekak macam biasa. Maklumlah kalau tak ada duit PETRONAS UBN tak jalan.

APA LAGI YANG BELUM BUAT ??

1) Standby untuk lagi satu demo jalanan di Kuala Lumpur.

2) Buat sesuatu yang bagi impak kepada BN/PETRONAS secara terus, seperti BOYCOTT stesen minyak dan produk-produk PETRONAS.

Baru ada yang gelabah.

Apa-apa hal dengar dulu sekali lagi apa KU LI nak kata tentang royalti pada 18 Mac ini.



Antara Penjual PENIPU dengan Penjual CEKIK.
5 Mac, 2010, 8:05 pm
Filed under: dari kaca mata local, ekonomi | Label: , , ,

Saudara Amdang baru saja menulis mengenai perihal dia kene ‘cekik‘sen di kedai makan.

Bagi aku , dan tak malu aku nak katakan di sini , di KT setakat kedai makan CEKIK dah kira standard.

Aku sekarang memang betul-betul pilih kedai. Kalau kedai yang tak pasti , aku tak masuk.

Kalau terkena , kedai tu memang aku mark ‘X’ ( dalam hati la , ikut hati memang nak mark X depan pintu kedai depa..)

Harga CEKIK ni aku istilah kan , kalau ko budget ,
apa yang ko makan , dalam RM10 , untuk harga patut , tiba-tiba bila kena bayar , jadi RM14.50 , atau RM15 pulak. Even kalau kene RM13 pun aku dah kira start cekik.

Biasa estimate yang aku ambik RM10 tu, dah kira ‘overprice’ .

Cuma , kalau ada integrasi yang cantek , antara blogger-blogger lain , kita boleh buat proper list , kedai harga PATUT , dan kedai harga CEKIK.

Ini antara projek lama yang terbengkalai.

Untuk makluman , entry ni ,bukan aku nak crite kedai harga CEKIK. Ini pasai peniaga PENIPU pulak.

Macamana beza harga CEKIK dengan harga TIPU ni.

Harga TIPU ni lain sikit. Kalau CEKIK , ko estimate budget , lepas tu kene overprice , tapi harga TIPU , ko dah tengok tanda harga depa letak, tetiba bila nak bayar , harga lain pulak. Biasanya memang harga over la.

Tulis harga RM1.50 . Bila bayar harga RM5 , baki dapat RM3 jer..

“Harga RM2 hinggit ke ?”, Aku tanya .

“Yer bang , RM2 hinggit..” cewek , mata tak tengok pun kat aku.

“Ooo . Rm2 hinggit , tak pe lah ..”, malas aku nak buat hal kat tempat ramai orang ni ..

Kat harga belakang penjual terpampang RM1.50 untuk sebungkus ‘Y’ .

komen localagenda :

bukan RM yang jadi isu , tp macam mana la diorang cari BARAKAH dalam perniagaan macam ni ?

Macam mana nak tarik pembeli luar , kalau rakyat negeri pun kena cekik dan kena tipu .

Keuntungan perniagaan sebenar bukan pada harga TINGGI yang di CEKIK , tapi sebenarnya dari ULANGAN pembelian yang berterusan ..

Alahai ..



Apabila ada isu lompat parti ..
3 Mac, 2010, 7:42 pm
Filed under: dari kaca mata local | Label: ,

Apabila ada isu lompat parti , suka saya refreshkan balik artikel LONTARAN ini . Ia di tulis se awal 9 Feb 2009.

1 . Rausyafikir mengenengahkan 1 istilah/vocab baharu . Selain dari vocab ‘democracy‘ yang selalu di gunaka-pakai , di lontarkan juga vocab ‘demagogi : ‘

Demagogy (also demagoguery) (Ancient Greek δημαγωγία, from δῆμος dēmos “people” and ἄγειν agein “to lead”) refers to a political strategy for obtaining and gaining political power by appealing to the popular prejudices, emotions, fears and expectations of the public — typically via impassioned rhetoric and propaganda, and often using nationalist or populist themes.

Kalau mengikut gaya dan rentak permainan UMNO/BN, dewasa ini , istilah demagogi lebih relevan .

Sekarang di musykilkan kadar dan tahap pemahaman UMNO/BN kepada istilah democracy yang sebenarnya atau mereka memahami democracy – ala – democrazy , yang dekat kepada demagogi .

Selain dari itu , perihal TARBIYAH dalam PKR .

3. Unit Tarbiyah PKR .

Walaupun PKR di lihat sebagai parti multi-races dan multi-religion , membawa nilai dan kemanusiaan sejagat , tetapi saya mencadangkan agar di adakan juga semacam Unit Agama/Tarbiyah di dalam PKR . Di dalam melahirkan jentera , dan pemimpin pelapis , PKR perlu menerapkan juga unsur-unsur keagaamaan jitu bagi ahli-ahli muslimnya.

Jika tidak PKR , hanya akan hanya di lihat kulit baru bagi UMNO , yang mempunyai kekentalan dan unsur kemanusiaan sejagat yang lebih baik. Tidak lebih dari itu.

Namun , cita-cita dan keadilan sejagat tanpa tali utuh untuk berpaut tetap akan luntur.

Jika Unit Agama/Tarbiyah tidak di ketengahkan , maka saya berpendapat kebarangkalian kelahiran semula adun-adun yang miskin dari segi akhlak dan keagamaanya seperti adun Changkat Jering dan Behrang.

Pengurusan manusia,sumber manusia atau modal insan akan lebih mudah apabila mereka di dekatkan dengan ilmu keagaaman tentang dosa-pahala.

Walaubagaimanapun , saya tidak pasti adakah Unit ini relevan atau boleh di adakan dalam kem PKR.

Advantage dan kenunikan kem PAS terletak pada agenda politik dan tarbiyah berterusan kepada ahli-ahlinya.

Adakah ia relevan sekarang ??