My-LocalAgenda


Malaysia serah telaga minyak USD100B kepada BRUNEI – tetap berdolak-dalih untuk royalti rakyat
30 April, 2010, 3:17 pm
Filed under: dari kaca mata local, ekonomi, politik

Cetusan husam musa.

TUN dalam posting terbarunya mempersoalkan terlepasnya dua medan Minyak Blok L dan M milik Malaysia kepada Brunei.

Ia mungkin sebahagian dari persetujuan yang ditandatangani oleh Pak Lah dengan Sultan Brunei pada 16 Mac 2009 – Letters of Exchange (LoE) – 19 hari sebelum Najib mengambil alih sebagai Perdana Menteri.

Apa yang dipersetujui Pak Lah diteruskan oleh Najib. Surat Petronas untuk menamatkan perjanjian perkongsian pengeluaran dengan Murphy Oil Corp telah dikeluarkan pada 7 April baru lalu. Di Bawah CEO baru Petronas dalam era Najib. Lagipun, Najib masa itu adalah TPM.

Murphy Oil mengeluarkan kenyataan rasmi memaklumkan penamatan perjanjian oleh Petronas itu dan seorang Menteri Brunei pula mengesahkan kedua-dua blok minyak yang dulunya menjadi milik Malaysia telah secara rasmi menjadi milik Brunei.

Acara penandatanganan itu ikut dihadhiri oleh kedua-dua Ketua Menteri Sarawak dan Sabah, serta Menteri Luar waktu itu, Rais Yatim dan Menteri Kabinet, Hishammuddin Tun Hussien – seperti laporan Bernama bertarikh 16 Mac 2009.

Rais dan Hishamuddin masih menjadi anggota Kabinet sekarang dan tentulah mereka boleh memberikan penjelasan atas pelepasan khazanah berharga kita semudah itu. Bahkan seluruh kabinet Najib harus bertanggungjawab dan memberikan penjelasan.

Tun M mengganggarkan paling kurang USD 100 B atau RM 320 B khazanah kekayaan negara kita terlepas kepada Brunei.

Bayangkan! Untuk membayar royalti yang terhak kepada Kelantan yang bernilai hanya beberapa billion, mereka menggunakan berbagai alasan untuk menafikannya. Pada masa yang sama, mereka sanggup melepaskan khazanah yang beribu kali lebih tinggi nilainya dengan sebegitu mudah.

Janganlah Tun M hanya nampak kelemahan Pak Lah tanpa berani bertanya Najib kenapa surat penamatan rasmi dikeluarkan oleh Petronas dan secara terang menyebut pemilikan Malaysia ke atas Blok L dan M tidak lagi menjadi milik Malaysia.

Isu sebesar ini hanya layak dijawab oleh PM.

Advertisements

2 Komen so far
Tinggalkan komen

Assalamualaikum, dalam menyelesai kan isu sempadan, dua telaga minyak yg dulu nya milik malaysia sekarang dh jadi milik Brunei. Isu ini lebih kepada isu ‘wilayah’ ataupun ‘teritorry’. Andaikata malaysia serah telaga minyak kepada Brunei untuk menaikkan ekonomi brunei, ianya adalah mustahil, kerana Brunei sendiri memang dah kaya dgn hasil pengeluaran minyak dan gas negara itu. So conclusion nya di akui malaysia telah kehilangan khazanah berharga, tapi isu ini lebih kepada isu wilayah / territory, penyelesaian isu sempadan, bukan nya Khazanah berharga, tapi kerana dua padang minyak itu terkandung di dalam wilayah yang di ambil brunei, dua telaga minyak itu harus di serahkan bersama kepada Brunei. Regards,

Komen oleh Bruneian

dari kaca mata m’sia dn sbhgian rakyat , kami kehilanngn 2 sempadan dlm tempoh terdekat , lokasi L/M ini dgn brunei ,manakala batu puteh, dgn s’pora.

Pastinya ada sebhgian yang tidak senang dgn senario ini.

Komen oleh admin




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s



%d bloggers like this: