My-LocalAgenda


CloseUp-CasLigas: Antara Bas ‘Ranggi’ dan Efisiansi
7 September, 2010, 10:01 am
Filed under: dari kaca mata local

Salam ramadhan dan salam aidilfitri yang bakal menjelma.

Artikel ini mungkin kurang sesuai dengan masa. Orang lain semua sedang sibuk dengan mood raya , alih-alih aku keluar artikel pasal bas awam metro KT: yang di nama ‘CasLigas’. Apa kes?

Bukan apa , ini semua kebetulan. Kebetulan 2-3 hari lepas aku bershoppind di Pasar Ramadhan SyahBandar, dan kebetulan cam ada di tangan , so aku snap la .

Lagipun bas awam ni memang dalam perhatian aku semenjak ia di lancarkan / di ban kerana tak lulus dari segi keselamatan oleh JPJ dan kemudian di lancarkan kembali . Masih tak pasti adakah bas ini telah mendapat kelulusan segi keselamatan pengguna sehingga kini.

Apesal aku ‘usha’ bas awam?

Basically aku ada 2 misi :

1) Selesaikan masalah parkir kereta dan tersangkut dalam traffic untuk urusan-urusan pendek di ‘bandaraya’ seperti urusan bank.

2) Keluar dari ‘peak hour traffic’ terutama time orang kejar ‘punch card’ waktu pagi dan lewat petang.

CasLigas

Bas Metro CasLigas: Antara Ranggi dan Efisiansi aka 'Bas Keranda?'

Laluan C01/C02/C03

Laluan C-02 dan masa ke Taman Tamadun Islam(TTI)

Laluan Bas ini di pecahkan kepada 3 laluan , iaitu laluan 01 ke Chendering , 02 ke TTI dan 03 ke Batu 6. Di beri kod C-01/C-02/C-03.

Masa dan tempat berhenti untuk setiap laluan boleh rujuk kepada gambar-gambar tertera.

Laluan C-03 ke Batu 6


Laluan C-01 ke Chendering


Laluan C-02 : Masa di Cabang 3

Stand yang berdekat dengan rumah aku, tetapi tetap kena ‘menapak’ dalam 15-20minit. Masa pertama 12.05 tghari.

Ini bermakna :

1) Untuk misi 1 , aku kene setel waktu tenghari dan petang.(berapa jauh aku kena menapak?)

2) Untuk misi 2 , kalau aku kene punch-card jam 8am , makna aku sampai office dalam dan mengadap boss dalam 1pm. (FAIL!)

Terlintas pula , ini bermakna pekerja-pekerja yang berkerja sampai malam, seperti pekerja di gedung-gedung beli-belah Mydin / giant / Hock ke Seng memang tak leh pakai bas awam.

Sebelum artikel ini di akhiri , kos bina semula bas tersebut untuk di reka seperti ‘keranda’ adalah sekitar Rm200k setiap satu. Kalau ada 8 bijik dah habis RM1.6j hanya untuk ubahsuai.

Mungkin sudah sampai masanya untuk berbasikal ke bandar ‘raya’.