My-LocalAgenda


KT telah menyatakannya ..

Terima Kasih warga KT yang memberi kemenangan ini.
Terima kasih juga kepada semua jentera PR dan penyokong-penyokong di KT , penyokong dari luar KT , blogger-blogger utama dan juga blogger-blogger tempatan .

JAdi keputusannya telah di ketahui . Kemenangan dengan majoriti sebanyak 2,631. Keputusan majoriti pada PRU12, adalah sebanyak 628 sahaja. Peningkatan ketara.

BN/Datuk Najib sebelum ada mengatakan bahawa PRK-KT adalah ‘do or die’ mission bagi BN.

Di petik dari Utusan hari ini Najib menyatakan :

“Ini bukan bererti kita akan hentikan iltizam dan semangat BN untuk terus memberi khidmat kepada rakyat. Kita akan terus berkhidmat berlipat kali ganda untuk rakyat,” katanya kepada pemberita di kediaman Menteri Besar Terengganu di Seri Iman di sini malam ini. – Bernama

Komentar lokal : Ha .. banyak la kau punya lipat Najib .. dah jadi berlipat-lipat sekarang .. kes Altantuya pun dah semakin panas .. Dalam hal lain , jika ini adalah ‘do or die mission’ bagi BN , jadi sudah jelas , terang lagi bersuluh ke mana arah BN selepas ini .

“You are in downtrend , bro.. ”

Bagi PR

Jika PR masih mengekalkan momentum baik ini , rakyat percaya tampuk pemerintahan pada PRU13 adalah dalam genggaman .

Sekali lagi , takbirrrrrrr!!



Lagi Propaganda PRK-KT-P036
Bagi dulu , cekik kemudian

Bagi dulu , cekik kemudian

  • Akhbar Star melaporkan , kerajaan negeri Terennganu akan memberikan 25000 laptop percuma kepada kesemua murid tahun 5 , menjelang April tahun hadapan. Sebuah kilang akan dibina untuk memasang 10000 buah laptop sebualn yang di di agihkan keapda murid-murid tahun 1,2,3 dan 4. Pada peringkat permulaan, kos kerajaan negeri untuk 25000 laptop adalah RM30 juta.
  • RM2.7 juta telah di berikan kepada 9000 masyarakat cina, pada januari 5 , sehari sebelum penamaan calon.
  • RM3.3juta di peruntukkan unutk pembinaan dewan masyarakat Cina di Bukit Kecil pada 13 Jan
  • Kerajaan negeri meluluskan RM2.8juta untuk membaik pulih SJK (C) Chung Hwa Wei Sin , sebuah sekolah aliran cina di Kuala Terengganu. Seterusnya meluluskan lagi RM200K untuk pasukan pancaragam sekolah berkenaan.
  • RM110,000 , telah di luluskan untuk beberapa organisasi keagamaan Masyarakat Cina.
  • MCA Negeri , telah medapat kelulusan pusat sebanyak RM205,000 untuk membaik pulih 2 kuil di KT , manakala Menteri Pelajaran, Hishamuddin Hussien memperuntukkan sebanyak RM2,926,000 untuk 10 sekolah Cina di negeri ini.

Dari Malaysiakini

  • Dr.Azly telah menulis dalam blognya bahawa NST telah melaporkan;  bahawa kerajaan negeri telah bersetuju untuk menggantikan atap-atap zink penduduk miskin dan memberi 4 hektar tanah kepada yang berminat unutk penanaman padi.
  • pada 10, Jan , Malaysiakini telah melaporkan bahawa sebanyak RM15.8 juta telah diberikan kepada 583 kontraktor kelas F tempatan , berdasarkan sistem pemilihan berkomputer.

sumber asal : http://tinyurl.com/84mycp

Dalam tulisan lain TT telah melaporkan bahawa :

ELAUN POLIS

Mat Sabu dalam satu ceramahnya malam tadi telah membocorkan satu rashia besar.

Mat Sabu telah di fahamkan oleh pegawai polis yang bersimpati dengan perjuangan Pakatan Rakyat bahawa :

ELAUN POLIS KETIKA BERTUGAS DI PERMATANG PAUH DAHULU MASIH BELUM DI BAYAR.

Sorakan gemuruh kedengaran.

Komentar lokal :

  • Mana budget untuk pemuliharaan alam sekitar ? Proses sampah yang lebih efisien ? Pemuliharaan penyu yang tidak lagi mendarat di Rantau Abang ?
  • Mana kedai buku international untuk ‘bandaraya’ ini ? Masyarakat nak kedai buku internatioanal . Kedai buku yang ada sekarang hanya jual buku rujukan STPM dan SPM + beberapa majalah hiburan seperti mangga dan URTV.


Lagi Propaganda-PRK36-KT

hantar_masuk



Menambah baik PAS(Terengganu)

Membaca artikel RPK ; saya terpanggil untuk menulis sesuatu.

Menurut ramalan RPK , ada kebarangkalian yang tinggi bahawa penggundi cina di KT ini akan memilih calon PAS berbanding calon BN , kerana Wahid Endut lebih berkarisma dan juga di senangi oleh mereka.

Walaubgaimanapun , sedikit kegusaran yang di nyatakan oleh mereka adalah mengenai kekuatan dan ketajaman PAS Terengganu berbanding PAS Kelantan .

Ini sememangnya di akui , dan sedikit ‘post-mortem’ harus di buat mengenai kegusaran ini .

Dalam kem PAS , Pas Terengganu sering di beri jolokan tertentu .Ada yang memberi jolokan sebagai Kabilah Terengganu , ‘GanuCentric PAS’ dan lain-lain jolokan .

Secara ringkasnya , PAS Terengganu masih di monopoli oleh pasukan ‘conservative’ berbanding pasukan muda ; atau sebahagiannya memberi istilah ‘erdogan’ pada pasukan muda ini.

Sebenarnya saya bukanlah mempertikai siapa yang lebih baik , samada golongna tua ‘conservative’ atau golongan muda ‘erdogan’ . Apa yang saya cuba ketengahkan adalah gabungan , keserasian dan suara yang sama akan lebih memantapkan PAS , terutamanya PAS Terengganu .

Di sini , saya ingin membuat perbandingan gabungan TG Nik Aziz Nikmat-Husam Musa di Kelantan dan gabungan TG Haji Hadi-Mustafa Ali.

Dapat di lihat di sini , mengapa PAS Terengganu di katakan lebih ‘conserative’. Ini adalah kerana TG Haji Hadi dan Mustafa Ali adalah gabungan tua-tua , dan tidak dapat menerobos idea dan minda golongan muda PAS.

Apa Manafaat dari Generasi Muda ?

Generasi muda , atau dalam bahasa sekarang di istilah dari generasi X(yang lahir pertengahan tahun 70an dan awal 80an),generasi Y(yang lahir pada pertengahan 80an dan 90an)  dan juga generasi 2.0( generasi informasi)  mempunyai ‘cultural behavior’  yang perlu di fahami oleh golongan tua .

Sebenarnya kajian dan perbezaan mengenai generasi X,Y dan 2.0 dan juga generasi ‘baby-boomers’ ini bukan lah perkara baru . Ahli-ahli perniagaan dan pemasaran telah mebuat kajian mendalam dan mendapat banyak manafaat dari pemahaman dalam perbezaan generasi ini , dan seharusnya sebuah parti politik yang akan menjadi teras baru , haruslah dinamik dan mampu juga memahaminya .

Kemampuan utama generasi ini, adalah mereka mampu mandapat , mengurai dan menghantar maklumat dengan pantas dalam skop capaian sosial mereka; dengan bantuan teknologi-teknologi terkini. Mereka mampu membuat keputusan lebih tajam dan pantas  dengan maklumat persekitaran mereka.

Kedua , mereka tidak suka kepada commitment berlebihan dan suka melompat-lompat untuk mencuba sesuatu yang baru atau  lebih mencabar atau dalam kata lain memberi lebih manafaat kepada mereka.

Di samping itu , generasi ini juga adalah generasi yang hidup dalam era kedua ibu dan bapa yang bekerja serentak , dan biasa dengan  istilah penceraian ibu-bapa dan  membesar dengan keadaan tersebut.

Konservatif dan Muda :

Berbalik kepada isu asal, jika PAS Terengganu masih selesa dengan gabungan Hadi-Mustafa , di sinilah saya melihat imbangan yang patut wujud dari parti komponen lain PR seperti keAdilan dan DAP .

Ini kerana PAS telah bertapak dan menjadi pembangkang Terengganu dalam tempoh yang lama. Pengalaman dan jentera mereka amat penting. Mereka telah berpengalaman memerintah dalam tahun 1999 -2004 ,  tetapi gagal meneruskannya dan tenggelam  dalam permainan politik UMNO/BN.

Parti komponen PR yang lain harus  mempunyai suara, misi dan strategi yang  jelas untuk mendekatkan diri , memahami dan mengambil idea, buah fikiran, mengaplikasi tenaga juga kemahiran generasi X,Y dan 2.0 ini.

Gabungan yang berjaya akan memantapkan lagi PR , seterusnya akan menjadikan PR lebih bersedia untuk menghadapi kekuatan jentera BN , bukan sahaja untk PRK036 ini malah untuk PRU13.

Apa komen anda ?



Belanja Untuk Polisi

Maklumat tidak rasmi dari cakap-cakap dengan anggota polisi sekitar KT .

Ini adalah anggaran minima .

Sewa khemah besar 3 lokasi untuk 11hari –   <> RM1 juta

Elauan polis biasa sehari untuk 11hari  – RM100 x 11 = RM1100

Jumlah anggota terlibat  (dari official statement ) = 6000

Jumlah belanja untuk elaun polis (6000 x 1100 ): RM6,600,000. (RM6.6juta)

Total belanja keseluruhan minima : 6.6 + 1 = RM7.6 juta

*Tidak termasuk petrol / penginapan / elaun pegawai khas / mata-mata / SB / dan kos harian helikopter.

Komentar lokal : Soalan biasa , dari akaun mana tu ??