My-LocalAgenda


Malaysia serah telaga minyak USD100B kepada BRUNEI – tetap berdolak-dalih untuk royalti rakyat
30 April, 2010, 3:17 pm
Filed under: dari kaca mata local, ekonomi, politik

Cetusan husam musa.

TUN dalam posting terbarunya mempersoalkan terlepasnya dua medan Minyak Blok L dan M milik Malaysia kepada Brunei.

Ia mungkin sebahagian dari persetujuan yang ditandatangani oleh Pak Lah dengan Sultan Brunei pada 16 Mac 2009 – Letters of Exchange (LoE) – 19 hari sebelum Najib mengambil alih sebagai Perdana Menteri.

Apa yang dipersetujui Pak Lah diteruskan oleh Najib. Surat Petronas untuk menamatkan perjanjian perkongsian pengeluaran dengan Murphy Oil Corp telah dikeluarkan pada 7 April baru lalu. Di Bawah CEO baru Petronas dalam era Najib. Lagipun, Najib masa itu adalah TPM.

Murphy Oil mengeluarkan kenyataan rasmi memaklumkan penamatan perjanjian oleh Petronas itu dan seorang Menteri Brunei pula mengesahkan kedua-dua blok minyak yang dulunya menjadi milik Malaysia telah secara rasmi menjadi milik Brunei.

Acara penandatanganan itu ikut dihadhiri oleh kedua-dua Ketua Menteri Sarawak dan Sabah, serta Menteri Luar waktu itu, Rais Yatim dan Menteri Kabinet, Hishammuddin Tun Hussien – seperti laporan Bernama bertarikh 16 Mac 2009.

Rais dan Hishamuddin masih menjadi anggota Kabinet sekarang dan tentulah mereka boleh memberikan penjelasan atas pelepasan khazanah berharga kita semudah itu. Bahkan seluruh kabinet Najib harus bertanggungjawab dan memberikan penjelasan.

Tun M mengganggarkan paling kurang USD 100 B atau RM 320 B khazanah kekayaan negara kita terlepas kepada Brunei.

Bayangkan! Untuk membayar royalti yang terhak kepada Kelantan yang bernilai hanya beberapa billion, mereka menggunakan berbagai alasan untuk menafikannya. Pada masa yang sama, mereka sanggup melepaskan khazanah yang beribu kali lebih tinggi nilainya dengan sebegitu mudah.

Janganlah Tun M hanya nampak kelemahan Pak Lah tanpa berani bertanya Najib kenapa surat penamatan rasmi dikeluarkan oleh Petronas dan secara terang menyebut pemilikan Malaysia ke atas Blok L dan M tidak lagi menjadi milik Malaysia.

Isu sebesar ini hanya layak dijawab oleh PM.



LAGI ROYALTI : WANG EHSAN meletakkan KELANTAN/TERENGGANU negeri peminta sedekah ?
16 Mac, 2010, 2:09 pm
Filed under: dari kaca mata local, ekonomi, politik | Label: , , ,

YB Syed Azman , ADUN Batu Burok memberi beberapa data tentang jumlah penerimaan dan perbelanjaan ‘wang ehsan’ Terenganu .

Ini adalah contoh baik , bagaimana ADUN yang di lantik memberi maklumat dan penerangan kepada rakyat.

ADUN-ADUN (TRG) lain boleh memulakan blog-blog mereka sendiri. Maklumat bertulis dan maklumat dalam ceramah / ucapan pasti mempunyai IMPAK yang berbeza.

Berbalik kepada isu asal,

secara ringkas , Terengganu sepatutnya menerima hampir RM15.4b , sepanjang tahun 2000-2009 , tetapi di belanjakan untuk :

A. Projek-projek (RUNTUH?)
– Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal
– Monsoon Cup
– Lebuhraya pantai Timur
– Stadium baru Sultan Mizan
– Pembinaan Lapangan Terbang Baru
Jumlah RM7.1 billion

B. Kementerian
Jumlah RM7.7 billion

C. Pembinaan rumah oleh Syarikat Perumahan Negara bhd. Di negeri Terengganu
Jumlah RM102 juta

D. Perbelanjaan kepada negeri-negeri lain selain Terengganu
Jumlh RM 900 juta

E. Pembinaan rumah Syarikat Perumahan Negara Bhd. Di negeri-negeri lain selain Terengganu
Jumlah RM771 juta

JUMLAH KESELURUHAN RM 16.5 BILLION TERMASUK PENGELUARAN

Nampak macam belanja lebih …

Tak hairan sebab hutang tertunggak negeri kepada pusat bertambah menjadi RM997juta.

Mana pergi belanja untuk petani / nelayan / penarik beca dan rakyat yang lain?

Beberapa persoalan lain yang turut timbul :

Yang pertama,

bila wang royalti digantikan dengan Ehsan, adakah bermakna bahawa wang itu adalah daripada duit Petronas sebab tidak dijelaskan oleh Menteri Kewangan kita ataupun wang ini daripada duit Kerajaan Pusat ?

Yang kedua,

kalau duit itu daripada Petronas, adakah Kerajaan Pusat dari segi perundangan dan undang-undang, berhak mengambil royalti bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu ?

Yang ketiga,

kalau duit itu dari Kerajaan Pusat, di bawah item mana dalam buku Belanjawan yang dibentangkan di Parlimen setiap tahun dari tahun 2001 yang menyatakan dengan jelas tentang wang Ehsan tersebut ?

Yang keempat

ialah apabila wang ini diberikan kepada rakyat secara langsung oleh Kerajaan Pusat, apakah ini dikatakan sebagai menghormati rakyat? Apakah apabila kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dengan adanya pilihan raya setiap lima tahun, penghormatan kepada rakyat, bukan sahaja dengan kita membantu rakyat tetapi kita menghormati pilihan rakyat memilih sebuah kerajaan negeri untuk menguruskan sumber kewangan mengikut tatacaranya sendiri?

Baca sepenuhnya :

SEPULUH TAHUN PENAFIAN ROYALTI MINYAK TERENGGANU – PENGAJARAN BESAR KEPADA RAKYAT KELANTAN
Dicatat oleh blog Dr Syed Azman

Pada 12 November 1975, Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak dalam ucapannya di Parlimen, menyatakan bahawa;
“Tuan Yang di-Pertua, semua negeri di Malaysia, melainkan Sabah dan Selangor telah menandatangani perjanjian dengan Petronas sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974”. Saya diberitahu Kerajaan Negeri Selangor pun telah bersetuju menandatangani perjanjian ini. Mengikut perjanjian itu, “Tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi di dalam negeri masing-masing, sama ada yang diperolehi itu dalam perairan ataupun di luar perairan negeri tersebut yang dijual oleh Petronas ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya.”
Teruskan membaca



Pembunuhan Kejam Ketua Kelab Penyokong PAS- Apa komen PRESIDEN?
16 Mac, 2010, 12:54 pm
Filed under: dari kaca mata local, politik | Label: , , , ,

Pembunuhan kejam ‘ala-mafia’ dengan dua das tembakan di kepala dan dada ke atas ketua kelab penyokong PAS semalam amat mengejutkan.

Kelab penyokong PAS yang di anggotai oleh non-muslim yang menyokong pergerakan PAS , merupakan sayap baru kepada PARTI tersebut.

Ia merupakan sayap penting, yang membuka ruang dan dimensi baru kepada PAS.

Dalam pembunuhan ini, apa KOMEN tuan PRESIDEN ?

Ahli-ahli kelab tersebut pasti dalam keadaan trauma dan terkejut.

KOMEN dari tuan PRESIDEN di harap dapat memberi sedikit keselesaan kepada mereka dan menunjukkan keprihatinan.



Dialog dan Forum Rakyat : 7 Mac 2010 – KT . Anda mesti Hadir!
3 Mac, 2010, 7:35 pm
Filed under: dari kaca mata local, politik | Label:

Masa Dialog : 3.30ptg
Lokasi : Perumahan YB Syed Azman ( Depan Mydin , Kuala Ibai )

Di susuli dengan :

Semua di jemput hadir.



Mengapa UBN perlukan 2/3 majoriti
3 Mac, 2010, 4:02 pm
Filed under: dari kaca mata local, politik | Label:

1. Perihal persempadanan semula kawasan mengundi perlu kelulusan parlimen.

2. Senang nak naik tariff elektrik

3. Nak naik petrol pun senang.

Jadi sekarang tengah beli orang….



Ada APA dengan PERPADUAN?
22 Februari, 2010, 12:47 am
Filed under: dari kaca mata local, politik | Label:

Analisa awal 2011-2012 . Di mana ruangan pasukan biru muda ? Intai-intai.

Dari TB – Mwave .

2012 Terengganu Dalam Dakapan UMNO
NOTA EDITOR: Dibawah adalah satu artikel saya ambil dari Laman Tranungkite. Intipati artikel ini adalah menunjukkan bahawa peluang PAS untuk menawan semula Terengganu amat tipis. Mengikut penulis, mohdnoorawang, bilangan kerusi maksima yang boleh dimenangi PAS pilihanraya depan adalah dalam 8-10 kerusi.

Mengikut kajian saya sendiri pun, kemenangan Terengganu banyak dipengaruhi oleh pengundi-pengundi atas pagar yang tidak besar jumlah mereka. Estimasi saya adalah sekitar 10% pengundi sahaja.

Namun, pengundi atas pagar Terengganu ni kumpulan yang pelik kerana:

a. mereka biasa mengundi BN
b. Mereka mengundi mengikut kelompok. Dengan kata lain, pecahan undi mereka amat kecil (biasanya 80%-20%). Ertinya mereka mengundi mengikut blok.

Kita lihat sekali yang PAS menang 1999 adalah lantaran majoriti pengundi atas pagar ini pergi ke PAS atas isu Anwar Ibrahim. Pada 2004, mereka kembali ke UMNO. Mereka ini walaupun terus menerus mengundi BN, namun mereka masih dikira atas pagar kerana mereka boleh berubah, seperti yang ditunjukkan dalam pilihanraya 1999 dan PRK Kuala Terengganu

Pada 2012, harapan PAS untuk menawan pengundi-pengundi atas pagar ini amat tipis kerana PAS Terengganu masih dipimpin oleh mereka-mereka yang telah ditolak dan dibenci oleh pengundi2 atas pagar ini.

Maklumat dari Wisma Darul Imam saya menyatakan pegawai-pegawai kerajaan negeri(yang menjadi kumpulan “core” atas pagar ini) merasa kecewa sangat apabila PJ Terengganu yang ada sekarang dilantik.

Tidak hairanlah Pesuruhjaya PAS Terengganu sekarang ini pernah di “boo” di Kemaman dalam satu ceramah bersama Anwar Ibrahim. Begitulah tidak popular PJ Terengganu yang ada sekarang ini.

Bagaimanakah harapan PAS Terengganu hendak menawan Terengganu sedangkan pegawai-pegawai kerajaan negeri sendiri masing-masing menolak PJ PAS yang ada sekarang ini? Minta Songkok Putih dan orang2 PAS Terengganu tolong jawab. Kalau mereka lantik Yahya Ali jadi PJ ada harapan lagi cerah berbanding sekarang.

Di Terengganu, kumpulan “atas pagar” ini dipacu dan dipimpin oleh pegawai-pegawai kerajaan negeri. Kalau mereka tidak berubah, maka keseluruhan pengundi2 atas pagar tidak akan berubah.

Pada 1999 mereka berubah sepenuhnya, maka UMNO tersungkur dgn hilang 2/3. Begitu juga 2004 bila mereka kembali ke UMNO, PAS tersunggkur dengan hilang 2/3. Di Terengganu, senario menang majoriti mudah itu susah hendak berlaku kerana dengan swing 5% sahaja sudah cukup untuk menghilangkan majoriti 2/3. Dengan kata lain, parti mana menang di Terengganu, mesti dengan 2/3. Susunan pengundi di Terengganu adalah begitu, apa nak buat?

Maka, kalau PAS Terengganu ikhlas hendak menang Terengganu, mesti mula dengan perubahan pimpinan. KAlau saya, ambil Ustaz Wang Hassang DUngun pun dah kira harapan PAS cerah. Setakat hari ini, pegawai-pegawai kerajaan negeri masih kekal hati mereka bersama UMNO.

Ohhh, sebelum saya lupa, ada orang akan tanya bagaimana dengan PRK Kuala Terengganu? Saya jawab, kalau UMNO kelmarin pilih Cikgu Zuber jadi calon, nescaya PAS akan kalah. Dari sebuk-sebuk kacau PAS Pusat lebih baik mereka tumpu bagaimana hendak menang semula Terengganu.

Tulang Besi

2012 Terengganu dalam dakapan UMNO.
Posted on Saturday, February 20 @ 03:33:29 PST
Dilulus untuk paparan oleh kerissakti

Rencah Oleh: mohdnoorawang

“Terengganu bakal menjadi pertaruahan yang hebat dalam dalam pilihanraya umum ke 13.

Dalam kita membicarakan hal-hal umno yang dianggap korup dan tidak bermaruah malah cukup sekular malah dianggap umno DAN KERAJAAN SEKARANG BERWAJAH “NAJIBROSMAHMIYAH”. Kita terlupa atau buat lepas pandang sejauh mana kekuatan PAS di Terengganu atau dapatkah PAS menawan semula dan memerintah pada tahun 2012?.

Kami ajukan persoalan ni bagi menjawap pandangan pemimpin PAS peringkat negeri yang disiarkan dalam akhbar harakah dan buliten online serta paparan dalam akhbar Sinar. Kami mengambil petikan dari Haji Hanafiah (penolong setia usaha PAS negeri Terengganu merangkap pengurus DUN Chukai) meramalkan PAS berpeluang menawan semuala Terengganu pada 2012, Beliau menambah 8 DUN dalam kedaan selamat dan PAS memerlukan 8 kerusi DUN dapat ditawan dengan mudah, namun bila ditanyat oleh wartawan beliau tidak menyatakan DUN yang dikatakan peluang untuk menang.

Kami tidak menidakkan kekuatan PAS Terengganu. Malah pehak PAS Terengganu banyak mengaturkan program kesedaran politik di semua bahagaian. Perlu diingat Terengganu dan rakyat Terengganu amat sukar untuk berpindah parti terutama parti lawan. Kemenangan PAS pada pilihanraya umum yang lalu tidak boleh dijadikan sandaran atau rujukan. Rakyat telah jemu pemerintahan regim Wan Mukhtar(Tan Seri) selama 22 tahun. Sekarang Terengganu diperintah oleh nahkoda umno yang baru Dato’ Ahmad Said. Umum pemerintahan Ahmad Said sekadar mengyiarkan dan menyambung apa yang dibuat oleh bekas menteri besar yang lalu Dato’ Idris Jusoh. Satu ketika Ahmad Said marah apa yang dibuat oleh Idris Jusuh pada masa yang Ahmad Said menyambung apa yang dibuat oleh Idris Jusoh. Contuh piala monsoon cup.

Walaupun zaman Ahmad Said zaman bangunan runtuh, atau terengganu darul runtuh. perlu diingat yang runtuh adalah bangunan yang dibuat dan dan dibina era Idris jusuh menjadi menteri besar. Dalam hal ini ahmad Said dapat saham yang terbesar. Saham dan lonjakkan sokongan kepada umno dan Ahmad Said cukup tinggi. Walaupun Ahmad Said cukup lemah memerintah Terengganu.Tiada yang boleh dibangkakan oleh rakyat Terengganu era Ahmad Said menjadi menteri besar.

JESTERU ITU Terengganu sukar untuk berubah kuasa pemerintah dalam pilihanraya umum yang ke 13/ 2012. Rakyat terengganu kekal sayang dan patuh pada umn0 dulu kini dan selamanya. Bukan salah ibu mengadung, yang salah pemikiran dan cara serta pendekatan yang diambil oleh PAS dan UMNO.

Cuba kita renung seketika. Terengganu ada 8 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN. Parlimen Kuala Terengganu kurang selamat untuk PAS. DUN Ladang, DUN Bandar, bakal milik BN/UMNO. DUN Batu Buruk dan DUN Wakaf Mempelam milik PAS. Parlimen Marang masih milik PAS. Namun DUN Pengkalan Berangan, DUN Serada, DUN Bukit Payong masih dapat ditawan oleh UMNO/BN. Hanya DUN Rhu Rendang masih kekal dalam dakapan PAS. Namun DUN Rhu Rendang peluang UMNO masih ada.

Kawasan Parlimen Dungun masih kekal milik UMNO/BN. DUN Bukit Besi, DUN Paka, DUN Rantau Abang kekal milik UMNO/BN. Hanya DUN Sura masih milik PAS. Kawasan Parlimen Kemaman masih milik UMNO/BN. Untuk kedudukkan DUN Kijal, DUN Air Putih, DUN Kemasikl kekal milik UMNO/BN. Namun DUN Chukai ada perlawanan yang cukup hebat, peluang untuk PAS menang tipis.

KEMBALI pula Parlimen Hulu Terengganu masih milik UMNO/BN. Jesteru itu DUN Kuala Brang, DUN Tanggol, DUN Ajil masik kekal milik UMNO/BN. Hanaya DUN Manir maseh menjadi pertaruhan pada PAS. Bagi kawasan Parlimen Kuala Nerus hanya satu DUN Bukit Tunggal milik PAS. Ketiga DUN dalam Parlimen masih kekal milik UMNO dan BN.

Bagi percaturan Parlimen Besut dan Parlimen Setiu dan semua lapan DUN dalam parlimen tersebut peluang umno cukup terang dan menang mudah. Hanya satu DUN sahaja PAS dapat peluang untuk menang. Dari pengamatan kami PAS hanya dapat pelunag untuk menang dalam pilihanraya umum yang ke 13 hanya sekitar angka 8 dan kurang dari angka sepuluh.

Pada pembaca artikal ini bukan merendah kekutan PAS Terengganu. Ini adalah satu analisa serta mood orang Terangganu yang sebenar. Dengan ini kami meminta pehak PAS mengambil tindakan yang jujur dan iklas serta mencari satu pendekatan agar rakyat Terangganu menyokong PAS pada tahun 2012. Kami mahu PAS memerintah semula Terangganu pada pilihanraya umum yang ke 13.”



Angkat Kelambu
20 Februari, 2010, 3:26 am
Filed under: dari kaca mata local, politik

Tertarik dengan artikel dari ziarahsufi81 dengan tajuk :

BERTUAHNYA ANGKATAN PAS TERENGGANU

beliau menyatakan :

… PAS dikuasai oleh PAS Terengganu. Satu sentimen ketaksuban yang dicanang untuk memecah belah perpaduan PAS. Lihat Timbalan Ketua Pemuda, Ketua Ulama, SUA, SUP, semuanya orang Terengganu. Bongoknya orang macam TB. Sewaktu zaman TG Fadzil Noor, SUA orang Kedah, Naib Presiden Orang Kedah, Ketua Pemuda orang Kedah, tiada pun orang persoalkan.

Kita tidak nafikan kebanyakkan orang Terengganu menguasai PAS. Mereka orang ternama dalam PAS sejak kebangkitan kepimpinan ulama lagi. Mereka bukan orang baru berjuang. Mereka terbahagi kepada yang dipilih dan dilantik. Pemimpin yang dilantik seperti SUA dan SUP Presiden. Ini hak Presiden, dipilih dalam kalangan orang dipercayai Presiden. Kedua, pemimpin dipilih seperti Ustaz ABC dan TG Haron Taib. Jawatan itu dipertandingkan.

Walabagaimanapun , sebahagian persoalan dari rakyat negeri yang mengikuti perkembangan politik negeri dan tanahair , cuba mencungkil persoalan :

i) Kenapa dengan kepimpinan berwibawa tersebut , PAS(T) hanya mampu bertahan satu penggal pada 1999-2004?

ii) Kenapa Terengganu tidak di tempias dalam gelora tsunami PRU-12 ?

Mungkin CILIPADI007 ,sedang cuba mencungkilnya dengan beberapa siri artikel beliau.

PERKASAKAN PARTI BUKAN PEMIMPIN ( part 1)

PERKASAKAN PARTI BUKAN PEMIMPIN( PART 2 )

manakala part 3 akan menyusul.

Rindu pula dengan buah fikiran dan pandangan Hamirdin yang sedang sibuk dengan artikel2 siri Haji beliau.