My-LocalAgenda


Kenapa Artis Matang sertai PAS ?
27 April, 2009, 9:07 pm
Filed under: dari kaca mata local, santai, Umum

Kalau bicara tentang muzik nasyid dan PAS , mungkin segala nya nampak sinonim ..

Tapi apabila rockers dan pengamal muzik pop dan rock mula menyertai PAS , pelbagai persoalan yang timbul.

Pada saya , ia tidak lah sejanggal yang dilihat.

Pemuzik / artis / pelukis dan penggiat-penggiat seni bekerja berdasarkan emosi dan jiwa.

Mereka merungkai dan cuba memahami istilah pergolakan emosi dan meluahkannya.

Ada yang meluahkannya dalam bahasa puitis. Ada yang meluahkan dalam gerak gaya tubuh , dan ada yang meluahkan di atas kanvas.

Emosi gembira,suka,duka, musykil , persoalan , tenang , damai dan lain-lain bentuk emosi dan perasaan cuba di fahami dan di luahkan.

Bukan semua perasaan emosi dapat di luahkan. Kekadang kita merasai sesuatu , samada gembira, tetap bukanlah kegembiraan dengan hilai tawa , dan kadang-kadang kita berduka , tetapi tidak juga di luahkan dengan tangis senda.

Emosi adalah infinit. tetapi perkataan adalah hadnya. Sebab itu kekadang ada yang mengatakan ,

‘perasaan ini tidak mungkin dapat di gambarkan dengan kata-kata’

Ini bermakna perasaan dan emosi ketika itu , melampui perkataan dan vokab yang terdapat dalam diri penulis .

Artis dan penggiat seni cuba menyelami emosi dan perasaan. Tanpa emosi dan perasaan , artis tidak dapat berkarya.

Kehidupan harian akan melangkui hari-hari beremosi. Emosi yang di cari dalam kehidupan duniawi adalah perasaan senang dan tenang berada pada destinasi.

Tetapi dunia bukanlah pentas destinasi.

Pencarian perasaan duniawi ingin berada di destinasi dalam pergolakan jiwa berterusan lebih-lebih lagi pada orang seni.

Artis terus mencari destinasi. Ada yang terjumpa. Ada yang tersesat.

Apakah destinasi emosi yang di cari ?

Tentunya ia adalah subjektif.

Tetapi kematangan emosi dalam kecintaan ketuhanan terletak pada hati .Hati yang tidak mahu lari dari zikir dan ibadah.

Laluan cahaya di terokai. Cubaan dan ujian kehidupan di lalui dengan damai kecintaan pada ujian.

Hati emas ? Hati pasrah ? itu kah destinasi ?



Butang separuh tak siap kepada SIAP .
19 Februari, 2009, 9:19 am
Filed under: dari kaca mata local, santai, Umum

Aizam membuat semula butang ‘separuh tak siap’ sehinga menjadi.

TQ.



Banyak orang buat sepanduk
18 Februari, 2009, 2:13 pm
Filed under: santai, Umum | Label:

Banyak Ramai orang buat banyak sepanduk.
Ada sepanduk anti-ISA , ada sepanduk daulat-tuanku , sepanduk GERAMM , dan macam-macam sepanduk lagi. Aku mencari satu sepanduk ni , tapi tak ada.

Sepanduk yang aku cari adalah :

” MAMA ! JANGAN DI BUANG BAYI ITU! 😦 “



Butang separuh tak siap
10 Februari, 2009, 6:12 pm
Filed under: santai, Umum | Label: , , , , ,

Seperti yg di ketahui , ada 2  jenis  blogger

Wide-area blogger ( yang cover almost every issue tanpa termaktub dengan lokasi geografi ), dan

local focus blogger  – yang cuba membawa isu-isu setempat ke-tengah .

justeru ; mengenengahkan idea :

blogawan tempatan-NEGERI X-local blogger

objektif :

1. Nak link-kan blogger mengikut negeri , supaya isu lebih fokus dan spesifik
2. menyatakan kpd pembaca bahawa blogger ini lbh ‘expert’ dan tersentuh secara terus mengenai isu-isu lokal di negeri [X] ( di samping isu2 nasional dan antarabangsa ) /  dan juga menyatakan lokasi geografi blogger .
3. Senang nak buat meet-up. Tgk button dah tahu . Bukan meet-up setakat pekena kopi , kalau boleh diskas isu-isu yang boleh di bangkit . ! Blogger sebagai pelapor / pemberita amatur !  ( isu terbuka )

terbuka untuk baik pulih!tg_blogger

p/s :  sebenarnya aku nak buat round-text , dan nama negeri di tengah , tp pakai gimp / linux , tk reti nak buat .. kakakakka . Butang curi di internet !
harap ada yang sudi meng-edit .



Banjir – O
2 Disember, 2008, 12:47 am
Filed under: Umum

Banjir O , banjir O

rumah aku hampir naik  air o oo… hampir naik air O   ..

Uish , petang tadi antara jam 4-5ptg / (2 1 Dis)  petang . Keadaan amat genting. 🙂

Lagi 2 inci sebelum air masuk dalam rumah , so dalam tempoh beberapa jam tu , aku dn wife sibuk membuat persiapan ;  mengangkut/menyimpan dan membawa barangan-barangan penting ke tingkat atas ; sebelum terlambat !

tapi alhamdulliah, antara jam 7 petang , hujan  semakin berkurangan , dan air mulai surut .

Sempat juga dalam tempoh itu , tengok 2-3 ekor  anak ikan berlegar depan pintu rumah .Aduh .

Sekarang jam pukul 12.30pg ( 3 2 Dis ) . Masih hujan . So kene standby , kot2 di buat naik lagi .

Hujan tahun ini di Pantai Timur , iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang agak lebat . So , pesta air tahun ni di kira ‘agak meriah’ setelah hampir 3-4 tahun tiada monsun di sini. (Efek global warming la tu ..) . Tapi tahun ni nampak menjadi jugak.

Jalan utama dari K.Terengganu ke Kota Bharu di tutup . Walau bgaimanapun , laluan alternatif ( laluan pantai ) masih boleh di gunakan.

Apa yang aku teringat , hampir 2-3 kali monsun cup di adakan tanpa angin kencang , tapi nampak nya tahun ni , ha berlumba la ngko rang dalam hujan dan angin tu … merebut hadiah 100K USD(? btui ka?)   tu ..

Orang kampung .. macam biasa ,dapat jual keropok dengan goreng pisang je la..

Lebih2 lagi musim2 banjir ni…susah jugak nak dapat stok bahan mentah , spt ikan dan pisang tu ..

Anyway , bagi aku dapat pekene ubi rebus sekali-sekala sedap jugak musim2 hujan ni .. 🙂

Sekian , laporan tak bertauliah , berita banjir.

Losong, Kuala Terengganu

Mesej : Abang Mat , musim banjir ni , tak turun padang ke ? Tgk2 rakyat yang ada di pusat perpindahan tu ?

Mengikut berita jam 12 tadi , pusat perpindahan di KT paling ramai .. berbanding besut, setiu,marang dan hulu terengganu.

update : jam 10.45pg , air dah mulai surut . Alhamdullh.



Pengumuman Kecil
29 Ogos, 2008, 11:36 pm
Filed under: Umum | Label: ,

Assalamulaikum,

Just sedikit info , yang menyaktakan bahawa aku telah bertambah serious dengan blogging . Walupun trend aku skrang ke arah micro-blogging.

Seperti yang telah di info melalui evolusi tag line , my-localagenda.com pada awalnya adalah personal journal yang menyentuh apa-saja isu yang terlintas dan menarik perhatian aku.

Tapi lately ,since aku rasa content dan kategori yang aku blog dah bertambah jelas , dan aku tak nak kesemua content tersbut pada satu blog shj , yang menyukarkan pembaca untuk mendapat info-info dr blog yg di tulis.

Dengan ini aku ‘speacilize’kan beberapa blog untuk konten-konten tertentu. ( Ini la best la bila blog di tempat free)

My-LocalAgenda.com (www.my-localagenda.com)

-mostly tentang perihal umum , dan isu-isu semasa negeri / negara. ( merangkap politik , dan isu-isu umum yang lain )

Perubahan tag seterusnya mungkin akan berlaku dari Agenda Apakah Ini? , kepada ‘Kearah Malaysia yang lebih Kompetitif’

My-localstore.com ( www.my-localstore.com)

my-localstore

my-localstore

-tempat cari makan dalam talian. e-store aku yang menjual beberapa produk . ( Msih dalam episod pengenalan , tapi sedang draft halatuju , branding , marketing dll ) .

Ada yang berminat nk jadi partner? 😉 , emel -me ( serious )

walaubagaimana pun , memang sah tak boleh challenge ebay @ lelong. Tapi kita tgklah setakat mana dia boleh pi ..

My-LocalBisnes ( www.mylocalbisnes.wordpress.com)

-artikel-artikel dalam blog ini berkisar mengenai bisnes dalam talian , konsep SOHO , serta teknik, motivasi juga tips-tips untuk urusniaga dalam talian.

Pendek kata laman ini , untuk tips bisnes dan kata sakti  ‘menambahkan pendapatan’ je.

My-LocalTechTalk (www.mylocaltechtalk.wordpress.com )

– blog ini akan memaparkan artikel-artikel yang berkisar tentang perkomputeran. Mungkin juga mengisarkan solusi-solusi perisian dan perkomputeran mudah untuk di gunapakai secara persendirian atau untuk organisasi anda dan juga isu teknikal  secara am yang lain.

MyLocalDIYManuals (www.my-localmanuals.blogspot.com )

-RnD pertama dengan menggunakan blogspot sebagai blog apps , sambil intai-intai perbezaan dengan wordpress.

-mostly artikel akan berkisar mengenai teknik dan tips untuk kerja-kerja DIY .

Contoh : panduan tukar tayar kereta untuk wanita di rumah  atau mungkin keadah pasang langsir di rumah . 🙂

Huuh , banyaknya blog nak kene maintan ? Ada masa ke ?

Insyaallah , masa akan di cari dan di curi untuk menulis .



Kes belum selesai – Melayu tak lupa..
11 April, 2008, 3:44 am
Filed under: dari kaca mata local, politik, Umum

Terkejut dengan data dari kaca tv , terdapat hampir 1 juta kes ( 987,xxx ) kes masih belum di selesaikan di mahkamah .

Tidak di lupa kes-kes yang mendapat perhatian umum yang masih belum di selesaikan oleh pihak polis :

1) Pesalah untuk kes adik nurin jazlin kita masih belum dapat di tangkap sehingga kini.

2) Kes kehilangan adik Sharlinie kita masih juga tidak di selesaikan

3) Kes rompakan cip 40juta di Penang , masih tergantung

4) Kes rompakan di KLIA , walaupun sudah kononya sudah terjumpa sebahagian wang dari rompakan tersebut , tetapi masih belum ada tangkapan di buat .

5) Daripada data-data dari akhbar terdahulu , kes-kes rogol terus meningkat dari tahun ke setahun.

Kes ke-3, dan ke-4 dalah contoh jenayah terancang masakini , manakala kes-1 dan kes-2 adalah penjenayah persendirian . Bantuan dari Interpol yang di minta nampaknya masih belum mampu menyelesaikan kes-kes sehingga kini .

Ketakutan nyata bagi bagi rakayat apabila melihat data-data jenayah terus meningkat dari tahun ke tahun dan kes-kes tergantung yang masih tidak dapat di selesaikan di mahkamah.

Selamat , aman , makmur adalah satu tag yang mampu mencungkil persoalan-persoalan yang besar.