My-LocalAgenda


40% matlamat pembebasan karbon – MAMPUKAH ?
25 Mac, 2010, 12:52 pm
Filed under: alam sekitar, dari kaca mata local | Label: , ,

Artikel asal .

1. Adakah rakyat cukup celik dan ‘ambil port’ dengan isu alam sekitar ?

2. Pada masa sekarang .MY melepaskan 187 juta tan CO2 setiap tahun atau bersamaan 7.2 juta tan setiap warga negara. (7.2tan/warga/tahun)

3.MAMPUKAH? atau hanya janji yang di buat semborono tanpa perancangan jelas.

Soalan YB Rembau kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar hari ini menarik saya untuk membuat komentar ini. Rembau bertanya tentang strategi dan langkah-langkah yang sedang dan akan dilaksanakan bagi mencapai sasaran pengurangan pelepasan karbon seperti yang dijanjikan Perdana Menteri Najib di Conference ‘Climate Change’ Copenhagen, Denmark bulan Disember 2009.

Najib berjanji untuk mengurangkan pelepasan 40% karbon ‘in term of emissions intensity of GDP’ pada tahun 2020 berbanding 2005 (sebagai baseline). Terkini mengikut United Nations, Malaysia melepaskan 187 juta tan setiap tahun atau bersamaan 7.2 juta tan setiap warga negara ini.Meskipun Menteri telah menyebutkan pelbagai pendekatan untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam pelbagai kegiatan ekonomi seperti aktiviti penjana kuasa, kenderaan automotif, pengilangan dll yang seluruhnya berakhir dengan pelepasan karbon, tegasnya adalah pelepasan karbon adalah berkadar langsung dengan kegiatan ekonomi sekaligus GDP atau KDNK.

Dengan kata lain, untuk Najib berjanji mengurangkan 40% pelepasan karbon intensiti nisbah KNDK/GDP, sedarkah Najib bahawa kurang lebih, negara hanya boleh melakukan pertumbuhan sebanyak 2.5% setiap tahun sahaja. Apakah ini satu yang realistik dan menasabah. Bukankah mengikut Najib sendiri bahawa negara perlu tumbuh sebanyak 6.5%, paling tidaknya, untuk selama 10 tahun supaya negara mencapai negara maju atau sebagai NIC (New Industrilaised Country) pada 2020.

Disamping segala kegiatan ekonomi yang bersifat ‘carbon-emitting’ yang membakar bahan fosil, penggunaan tanah gambut pula dalam perladangan kelapa sawit menghapuskan mekanisme ‘carbon-trapping’ secara tabii.
Nyata bahawa Perdana Menteri secara mudah-mudah membuat janji nampaknya, sehingga Ahli Parlimen Rembau tidak dapat mengelakkan dari menyebut bahawa beliau juga sangsi akan matlamat pengurangan itu sebgai satu yang tidak realistik dalam soalan tambahan beliau. Ini meletakkan janji-janji yang dibuat oleh Najib semacam tidak difikirkan secara tuntas atau ‘thought through’.

Saya tidak berpeluang bertanya Menteri, dalam soalan tambahan, apakah kerajaan BN ini, pertama-tama telah komited dan punya satu tekad untuk menghayati ‘budaya pemikiran lestari’ yang perlu wujud pertama-tama di kalangan pimpinan negara dahulu dan warga pendidik, sebelum negara ini mampu memacu satu konsep pembangunan yang mapan, lestari dan mesra-alam.

Hanya dengan kesediaan ‘minda lestari’ ini serta pelaburan dalam R&D maka pembangunan dan inovasi teknologi hijau sebagai wasilah untuk mencapai pelestarian secara lebih terencana, holistik dan bersepadu mampu dijana. Berdasarkan kayu ukor ini dan kedudukan prestasi semasa serta ‘ekosistem minda’ yang masih di takok lama, saya cenderung untuk bersetuju dengan YB Rembau bahawa komitmen Najib untuk mengurangkan 40% pelepasan karbon adalah tidak realistik.

Najib perlu merujuk kepada khidmat pakar-pakar tempatan dan juga pengalaman negara lain sebelum beliau membuat janji yang sebesar ini. Kalau tidak ia menjadi omongan kosong yang kemudian akan dimungkiri dan dipersalahkan pelbagai pihak lain.

DrDzul . MP Kuala Selangor

Advertisements


Earth Hour : Terengganu Chapter
27 Februari, 2009, 1:05 pm
Filed under: alam sekitar, dari kaca mata local | Label: ,

earthhour
earthhour_thumb

aku tak pasti sama ada WWF(Terengganu) telah menghantar info/notis/informasi Earth Hour kepada kerajaan negeri atau premis-premis perniagaan .

Di mana DOE ? Jabatan Alam Sekitar. Setidak pun mereka sepatutnya menyokong usaha ini.

Walau bagaimana pun saya berharap agar bangunan-bangunan dan jalan-jalan dapat di padam lampunya.

Antaranya adalah tempat yang ‘consume’ energy terbanyak seperti :

1) Kawasan Industri Minyak di Kemaman . ( Light them off dude , you are making millions , sucking things form the earth,  and cannot contribute back for an hour ? )

2) Wisma Darul Iman , Wisma Negeri dan Wisma Persekutuan

3) Lampu-lampu jalan especially Jambatan Sultan Mahmud

4) Hotel-hotel ( adakah mereka sanggup berkorban ? Organize event yang menarik kepada pelanggan anda untuk satu jam ini )

5) Chalet-chalet di Pulau-pulau . ( adakah mereka juga sanggup berkorban selama sejam ? )

6) Premis perniagaan : Mydin Mall , Giant Mall , Sabasun ,Mesra Mall dsb. [ break lebih awal ? ]

7) Anda nyatakan  lokasi lain .

Jom organize event untuk malam itu ; seperti berkhemah dan melihat bintang indah di langit .

oil_gas_kerteh

Cahaya di Kerteh ,Kemaman

Jambatan Sultan Mahmud

Jambatan Sultan Mahmud

Hotel Awan Kijal

Hotel Awana Kijal

Persoalan  : Adakah anda merasakan jenayah akan bertambah jika lampu terpadam , atau kerja-kerja nakal akan meningkat ??