My-LocalAgenda


Duit Royalti Hilang Lagi ..
16 Disember, 2008, 2:52 am
Filed under: dari kaca mata local, ekonomi, politik | Label: , ,

Utusan :

Terengganu terima royalti RM6.218b dalam tempoh 8 tahun
14/12/2008 6:54pm

KUALA TERENGANU 14 Dis. — Kerajaan Terengganu menerima wang royalti minyak secara langsung daripada kerajaan Pusat sejak 2000, berjumlah RM6.218 bilion, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

..

“(Bagaimanapun), pada masa ini, kerajaan Terengganu sedang menunggu senarai penuh perbelanjaan digunakan oleh kerajaan Pusat, yang melibatkan wang royalti minyak itu,” katanya.

Beliau menjawab soalan Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) yang ingin tahu jumlah wang royalti minyak yang diterima kerajaan Terengganu dari 2000 hingga 2008, pada hari pertama sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-12, di sini hari ini.

Ahmad berkata setakat ini, Kementerian Kewangan mengesahkan sebanyak RM700 juta wang royalti minyak digunakan kerajaan Pusat untuk membina rumah oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di negeri lain.

Beliau berkata RM800 juta lagi, dibelanjakan untuk pelbagai projek pembangunan di negeri lain.

“Jumlah keseluruhan wang yang digunakan ini adalah sebanyak RM1.5 bilion.

Wang ini akan dituntut kembali kerana beberapa senarai lain yang kita kehendaki masih belum disahkan oleh Kementerian Kewangan.

Daripada artikel terdahulu 13/5/2008 , jawapan yang di terima di Parlimen apabila di tanya oleh Wan Azizah ,selaku ketua pembangkang ketika itu :

Saya tak mahu ketinggalan data-data dari artikel NST ini.

  • Keseluruhan wang petronas yang di bayar dalam bentuk royalti adalah 26.839bil antara tahun 2004-2007.
  • Dari jumlah tersebut, RM13.420 billion di bayar kepada pemerintahan pusat
  • RM7.364b di bayar kepada Terengganu ( juga di terima oleh pusat)
  • RM1.234b di bayar untuk Sabah.
  • RM4.821b di bayar untuk Sarawak.
  • Petronas mencatatkan keuntungan sebanyak RM165.3b untuk tahun perniaagaan berakhir pada 31 Mac,2007.

Secara ringkasnya :

Mat Said kata : Duit Royalti terima RM6.218B untuk tahun 2000-2007 .

Jawapan dalam parlimen : RM7.364b untuk tahun 2004-2007.

Ok , kepada cikgu-cikgi matematik dan ekonomi, boleh buat soalan baru .

Kenapa duit royalti yang  di terima oleh negeri Terengganu berkurangan dalam tempoh yang semakin panjang ?


ps : Pesanan kepada adik2. Ini la untung buat kerja rumah dan simpan elok2 .  Apa2 hal nanti kalau cikgu salah bagi statement atau angka , boleh debate balik . Biar cikgu pulak buat kerja rumah.

quote : “Hari-hari cikgu tido..” – anak buah P.Ramlee.

Advertisements


Tak ada duit, rupanya ..
27 Oktober, 2008, 10:01 pm
Filed under: dari kaca mata local, ekonomi | Label: ,

Sangat tertarik dengan artikel ini : http://tinyurl.com/67npjt

Idris Jusoh bertanggungjawab bazirkan RM7 bilion wang negeri

KUALA TERENGGANU, 27 Okt (Hrkh) – Bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh didakwa antara orang yang bertanggungjawab mengakibatkan kira-kira lebih RM7 bilion wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk rakyat negeri Terengganu disalahgunakan untuk projek mewah termasuk Taman Tamaddun Islam (TTI) dan Monsoon Cup.

..

..

Difahamkan juga pegawai-pegawai kerajaan negeri Terengganu terpaksa berulang alik ke Putrajaya bagi membincangkan urusan kewangan negeri Terenganu.

Jadi tidak ragu-ragu lagi bahawa kerajaan negeri sekarang ( atau mungkin kerajaan pusat sekali ) mempunyai masalah kewangannya sendiri.

Patutla projek-projek negeri lambat sangat di bayar kepada kontraktor, sampa sebahagiannya terpaksa tempory shut-down ataupun ceased operation , kerana tak terima payment.

Cakap-cakap di sekitar , ada yang mengatakan bahawa ketika PRU-12 tempohhari , sebahagian peruntukkan untuk Terengganu di bawa dari Kelantan.

Mungkin pusat potong sebahagian RM untuk Kelantan kemudian di serahkan kepada Terengganu kerana potensi kemenangan adalah lebih besar di sini.

Patutla Terengganu masih di kuasai BN.

Jadi sekarang musim bayar hutang la kot. Duit masuk negeri , bayar hutang dulu..

jadi tag untuk artikle ini adalah : BN-politik-wang = Terengganu negeri miskin

Duit ada , habis lebur . Rakyat marhaen jugak la yang susah.

Komen : Abg mat .. camno ni .. dop wat mender tu abang mat ? Takkan gi rasmi majlis je ? Negeri pitih tak dop ni , guana kira ?