My-LocalAgenda


Berubah Hati..
25 Ogos, 2008, 10:01 am
Filed under: dari kaca mata local, politik | Label:

Rakyat jelata semua .. Berubahlah hati kepada gelombang biru anda. Apa lagi yang anda mahukan ? Harga minyak dah di turunkan. Lebih awal dari 1 September seperti yang di janjikan. Malahan lebih awal dari 26 Ogos 2008 , 5 hari sebelum merdeka.

Kalau tiada aral melintang lepas pilihanraya Permatang Pauh , kita naik sikit lagi. Sebab subsidi yang di berikan agak banyak. Nanti tergadai pulak projek-projek pembangunan lain yang sedang dirancangkan ..

Biasanya kalau kabinet buat meeting malam ini , dengan segera kita umumkan mengenai kenaikan terdekat . Itulah menandakan kami membuat keputusan dengan cepat dan tepat.