Filed under: soho | Label: income, internet, kerja dari rumah, lumayan, pendapatan, perniagaan, sambilan, soho
Definasi SOHO : Small Office / Home Office
Juga didefinasikan sebagai single operator / home operator .
SOHO telah berjaya diimplementasi dengan lebih mudah dengan berkembangnya era internet dan telekomukasi.
Secara ringkasnya berikut adalah beberapa kerja yang boleh di laksanakan dari rumah :
1) Kerja-kerja yang melibatkan kreativiti termasuk , kesenian dan kraftangan , lukisan,pelan, karya kreatif seperti puisi , menulis lagu , skrip dan lain-lain lagi.
2) Kerja-kerja profesional seperti pengurusan akaun , khidmat guaman , konsultasi, perubatan dll.
3) Kerja-kerja yang melibatkan MLM ataupun affiliate program.
4) Menjual produk secara fizikal ataupun produk virtual secara terus kepada pelanggan melalui penggunaan servis a ebay , lelong atau dengan pembinaan laman e-shop sendiri dari perisian-perisian dalam pasaran.
5) Mengiklan produk secara terus melalui laman-laman iklan dengan memberi kontek peribadi dan maklumat barangan yang hendak di jual . Contohnya yang paling berjaya adalah jurujual hartanah.
Secara ringkasnya penggunaan internet adalah sebagai medium pemasaran , kerana sifatnya yang murah dan dapat di akses tanpa sempadan.
Walau bagaimanapun persoalan yang selalu timbul adalah :
Bagaimana membawa bakal pelanggan kepada info/produk yang kita tawarkan ? Lebih-lebih lagi apabila seseorang tidak mempunyai pengetahuan mengenai teknikaliti internet ?
Persoalan ini saya akan cuba kupas dalam artikel yang akan datang.