My-LocalAgenda


Bagan Pinang : BN calon ISA
29 September, 2009, 8:37 pm
Filed under: dari kaca mata local, politik | Label: , ,
Isa Afro

Isa Afro

BN telah pun mengumumkan calonnya.

TVBN malam ini nampaknya lebih memualkan dari biasa.

Orang-orang India memberi komen kebaikan ISA.

Tentera-tentera dipuji-puji dan BN menyuruh semua tentera-tentera ‘bersyukur’ dengan kemudahan yang di beri BN.

Dalam lokasi lain ada kumpulan sedang mencanangkan agenda HAPUSKAN ISA!

Sah! kumpulan biru dan merah dah ketandusan pimpinan.

Orang-orang muda semua dah lari…



Lagi ISA
7 Januari, 2009, 3:39 pm
Filed under: dari kaca mata local, politik | Label:

Sepanduk dari saya.

isa

isa_thumb

Copyleft  reserved.



ISA – Perlu Mansuh @ tidak?
20 Oktober, 2008, 10:34 am
Filed under: dari kaca mata local, politik | Label:

Ramai yang bercakap mengenai Akta ISA kebelakangan ini. Kerajaan memerintah (di bawah Kementerian Dalam Negeri) pula nampaknya sangat suka menggunakana akta ini akhir-akhir. Apa-apa kes , yang nampak kompleks untuk di tangani , di masukkan di bawah ISA.

Seperti yang di ketahui , Akta ini di gubal semasa zaman komunis. Untuk menyekat kemaraan komunis pada masa itu , yang  cuba menggulingkan kerajaan.

Pada masa itu akta ISA, memang nampak relevan , kerana  komunis banyak menimbulkan huru-hara, mencuba mendapatkan kuasa dengan membunuh dan sebagainya.

Dengan kata lain, rampasan kuasa di lakukan dalam bentuk gerila, dengan menggunakan senjata-api , memerangi polis , serta mengancam keselamatan dan nyawa masyarakat.

Itu dulu. Keadaan pada masa itu memaksa ISA di gubal dan di gunakan.

Kita lihar bagaimana Akta ISA terus di gunakanan sekarang.

Dalam tahanan sekarang kita ada anggota JIM. Mengikut akhbar utama, anggota-anggota JIM merampas senjata api dari kem tentara , dan cuba membuat rampasan kuasa dengan gaya gerila.

Tangkapan beberapa orang anggota JIM di bawah akta ISA, pada masa itu dilihat agak relevan, kerana penggunaa senjata-api dan boleh membahayakan masyarakat umum secara terus. Pada hemat saya, tangkapan boleh di buat di bawah Akta tersebut , di tahan untuk beberapa tempoh , kemudian di dakwa di bawah Akta-akta lain yang berkaitan.

Walaubagaimanapun , selepas 7-8 tahun , mereka masih di kurung di bawah akta ISA, tanpa di bicara. Tanpa di dakwa. Ini yang dikatakan zalim.

Seterusnya kita melihat , tangkapan-tangkapan baru. HINDRAF , Ahli-ahli politik pembangkang, Bloogger-blogger yang memberi pendapat dan teguran dan merungkai isu-isu di tangkap sewenangnya-wenangnya.

Ditangkap dengan satu alasan iaitu , menggangu ketenteraman.

Menggangu ketenteraman , perlu definasi yang baru. Dalam konteks ini , menggangu ketenteram di definasikan sebagai mencabar pemerintahan semasa BN, mengangkat isu-isu perkauman, dan mengenengahkan kekurangan dan penyelewangan pemerintahan.

Itulah definasi mengganggu ketenterama yang baru.

Sebagai menyokong definasi ini, kita lihat tangkapan baru aktivis wanita Suaram di kampung Plentong, Johor Bahru;  Cheng Lee Whee . Beliau di tahan kerana membuat laporan mengenai  perobohan rumah rakyat di Kampung Baru Plentong Tengah. Dalam kontek ini Cheng, menggangu ketenteraman awam.

Pemberita , yang melapor ucapan-ucapan yang berbentuk ‘racist’ ; adalah menggangu ketenteraman awam , bukan siapa yang memberi ucapan tersebut.

Sebagai penutup, banyak suara-suara ingin Akta ini di mansuhkan secara total. Tetapi pada , pendapat saya Akta ini sebenarnya memang masih perlu, tetapi pemerintahan semasa telah menyalahgunakan akta secara terus menerus, tanpa segan silu , tanpa malu-malu , untuk mengelak cabaran dan kekurangan pemerintahan semasa.

Budaya memperjelaskan keadaan sebenar, di jadikan budaya untuk menutup kekurangan dan penyelewangan tanpa suara.

Jadi , kalau akta ini mula dibenci, dan mahu di hapuskan secara total, itu salah siapa?