My-LocalAgenda


Peralihan Kuasa 16 Sept. Teori konspirasi.
28 Ogos, 2008, 5:45 pm
Filed under: dari kaca mata local, politik | Label: , , ,

Persoalan besar bermain di minda .

Adakah sebenarnya Pak Lah juga terlibat dalam peralihan pemerintahan 16, September ini?

Aku macam dapat merasakan bahawa sebenarnya Pak Lah memang terlibat dalam menjayakan perlalihan kuasa kelak .

Di lihat dari permukaan luar , seperti UMNO dan Pak Lah sebagai Presiden  mempunyai masalah kepimpinan ketara ketika ini. Walaupun ada suara dari Ku Li , Mukhriz dan beberapa bahagian lain agar Pak Lah meletak jawatan , tetapi Berita TV3suku semalam (27 ogos 2008) jam 8 , Pak Lah menjawap ringkas ,

“Tiada masalah dalam UMNO..”

Mahathir pula mengatakan ,

PKR tak menang , tapi BN yang kalah

Pak Lah seakan tidak mahu turun , dan ini memberi kelebihan dan laluan baik kepada Anwar.

Kenapa Pak Lah tak mahu turun ? dan telah menjanjikan peralihan kuasa terancang kepada Najib 2010.

Tapi 16 Sept ,akan berlaku dalam tempoh 2 minggu lagi.

Walaupun ramai yang mengatakan Pak Lah dan UMNO adalah sama. Pak Lah yang  mengetuai UMNO. Apa-apa yang terjadi kepada UMNO adalah di bawah tanggungjawab Pak Lah.

Namun vocab2 ini terlintas di kepala .

Pak Lah , boneka , yang di arah oleh elitis(?) UMNO , sakitnya tidak dapat di ubah dari dalam. Jadi Pak Lah , mungkin dengan niat untuk memperbaiki kepincangan dan kekotoran dalaman UMNO , seorang pakar dari luar yang tahu penyakit dalamannya di perlukan .

Ahli-ahli  UMNO akan mengtakan bahawa Pak Lah yang bertanggunjawab terhadap kejatuhan UMNO . Tetapi sebenarnya ia adalah kejatuhan terancang Pak Lah dan Anwar , semenjak dia  membebaskan Anwar pada tahun 2004.

Apa pandangan anda ? terlalu retorik ?