My-LocalAgenda


Kelantan bakal terima ‘WANG EHSAN’
4 November, 2009, 8:45 pm
Filed under: dari kaca mata local, ekonomi | Label: ,

Seperti juga Terengganu ,rakyat Kelantan telah di nafikan hak-nya untuk mendapat 5% wang royalti sebagaimana perjanjian PETRONAS dan negeri-negeri 1974.

Apabila di kategori sebagai wang ehsan , duit ini hanya akan di beri daripada kepada negeri dalam bentuk ehsan , tanpa ketetapan khusus nilai dan masa.

Biasanya wang ehsan ini juga tidak di audit kemana di belanjakannya dan bagaimana di belanjakannya.

Adakah rakyat Kelantan akan menerima WANg EHSAN ini dengan ter’sengih’ seperti rakyat Terengganu ??

Nota : Untuk makluman ,Kelantan adalah negeri yang mempunyai majoriti bangsa Melayu. Kerajaan Pusat menyatakan bahawa mereka dalah pejuang mutlak dalam menjaga hak dan kebajikan bangsa dan umat Melayu.

Advertisements


Kod 19
28 Oktober, 2009, 12:33 pm
Filed under: dari kaca mata local, politik | Label: , ,

Pembangkang Terengganu harus belajar dan mencari formula bagaimana PAS Kelantan berjaya memerintah selama 19 tahun. Keangkuhan jaguh dan tidak bisa mendengar rungutan dan pandangan dari orang luar yang melihat merupakan titik pertama bakal kejatuhan. Apatah lagi jika pandangan dan teguran itu datangnya dari TGNA sendiri.

Pembangkang Terengganu harus mendapatkan formula untuk memerintah selama sekurang-kurangnya 2 penggal , sebab formula untuk memerintah selama sepanggal dah tahu dan dah belajar sebelum ni.

-localagenda-

artikel asal oleh hamirdin

Assalamualaikum,

Anda pernah dengar pasal KOD 19 kan? Dulu dikaitkan dengan Rashad Khalifa yang kononya membongkar rahsia Kod 19 daripas Al Qur’an. Tetapi memang ada beberapa perkara yang berkaitan dengan 19. Seperti jumlah huruf dalam basmalah, jumlah malaikat yang menjaga neraka. Kesemuanya ini membuat manusia memang terpegun.

Yang saya nak kaitkan Kod 19 ini ialah sudah 19 tahun Kelantan diperintah oleh PAS. Puas dicuba UMNO untuk menumbangkan PAS, namun usaha mereka tidak berhasil. Lanjutan daripada tulisan Tuan Guru Nik Aziz tentang pandangannya agar satu EGM PAS diadakan, maka ramailah orang yang bersuara seolah mencemuh Tuan Guru tersebut. Antaranya ialah pemimpin UMNO Kelantan.

Mereka cepat menabur benih fitnah dan benih perpecahan agar orang PAS terikut terikut dengan acahan mereka. Ada pemimpin UMNO kelantan kata TGNA sudah tua dan terlalu lama memegang tapuk pemerintahan Kelantan, elok lah lepaskan jawatan.

Ada juga yang celupar dalam PAS pun menyuarakan nada yang sama, kerana tidak setuju dengan cetusan fikiran terkini TGNA.

Sebenarnya PAS mampu bertahan selama 19 tahun di Kelantan kerana batang tubuh orang tua tu. Tanpa beliau, maka PAS Kelantan pun mungkin redum. Kalau PAS Kelantan redum, anda fikir PAS di negeri negeri lain akan bertambah kuat? Atau PAS di negeri negeri lain akan menggelongsor ke makam pariah kembali?

Sebab itu, apabila TGNA memancung 3 nama yang dikatakannya menjadi liabiliti kepada PAS, maka pancungan tersebut akan melonjakkan PAS ke mercu yang lebih tinggi lagi.

Sebab sudah 19 tahun beliau membawa PAS ke mercu yang tinggi, sudah sampai masanya PAS melonjak ke mercu jauh lebih tinggi lagi.



Manik Urai : KELANTAN SATU, TERENGGANU TIGA
5 Julai, 2009, 11:44 pm
Filed under: Uncategorized | Label: , , ,

Dalam mencari perbezaan politik Kelantan dan Terengganu , Kerajaan pakatan rakyat khususnya PAS/PR di Kelantan tampaknya semakin teguh , sedangkan PAS/PR Terengganu masih rapuh penguasaannya ke atas negeri secara total , kecuali di beberapa kawasan atau kubu tertentu.

Selain dari karisma pimpinan yang tandus, saya mendapati terdapat satu perbezaan ketara , iaitu mengenai bahasa dan dialek.

Di Kelantan, satu Kelantan, bercakap dalam dialog yang sama , dari Gua Musang hingga ke Pasir Puteh , tetapi di ‘Satu’ Terengganu bercakap dalam 3 dialek besar , iaitu dialek Kelantan, di Besut dan Sempadan Setiu-Besut , dialek Hulu , di kawasan Hulu Terengganu , dan dialek Terengganu di sempadan Setiu-Terengganu hinggalah ke Kemaman.

Isu bahasa dan dialek ini perlu di lihat dengan baik , kerana bahasa apatah lagi dialek memainkan peranan tertentu dalam isu perpaduan dan juga bentuk pemikiran.

Sebab itu, dalam BN ada team Deris dan ada team Mat Said. Masing-masing dengan ‘gedebe’ masing-masing.

Bagaimana dalam PAS dan PKR Terengganu?

Faktor dialek membentuk perbezaan kelompok dan bentuk pemikiran ;seterusnya memberi kompleksiti pengurusan ‘internal’ di Terengganu yang belum terungkai sepenuhnya.