My-LocalAgenda


SOHO : Pengenalan Dan Jenis Kerja(Bahg 1 )
25 Ogos, 2008, 10:37 am
Filed under: soho | Label: , , , , , , ,

Definasi SOHO : Small Office / Home Office

Juga didefinasikan sebagai single operator / home operator .

SOHO telah berjaya diimplementasi dengan lebih mudah dengan berkembangnya era internet dan telekomukasi.

Secara ringkasnya berikut adalah beberapa kerja yang boleh di laksanakan dari rumah :

1) Kerja-kerja yang melibatkan kreativiti termasuk , kesenian dan kraftangan , lukisan,pelan, karya kreatif seperti puisi , menulis lagu , skrip dan lain-lain lagi.

2) Kerja-kerja profesional seperti pengurusan akaun , khidmat guaman , konsultasi, perubatan dll.

3) Kerja-kerja yang melibatkan MLM ataupun affiliate program.

4) Menjual produk secara fizikal ataupun produk virtual secara terus kepada pelanggan melalui penggunaan servis a  ebay , lelong atau dengan pembinaan laman e-shop sendiri dari perisian-perisian dalam pasaran.

5) Mengiklan produk secara terus melalui laman-laman iklan dengan memberi kontek peribadi dan maklumat barangan yang hendak di jual . Contohnya yang paling berjaya adalah jurujual hartanah.

Secara ringkasnya penggunaan internet adalah sebagai medium pemasaran , kerana sifatnya yang murah dan dapat di akses tanpa sempadan.

Walau bagaimanapun persoalan yang selalu timbul adalah :

Bagaimana membawa bakal pelanggan kepada info/produk yang kita tawarkan ? Lebih-lebih lagi apabila seseorang tidak mempunyai pengetahuan mengenai teknikaliti internet ?

Persoalan ini saya akan cuba kupas dalam artikel yang akan datang.