My-LocalAgenda


LAGI ROYALTI : WANG EHSAN meletakkan KELANTAN/TERENGGANU negeri peminta sedekah ?
16 Mac, 2010, 2:09 pm
Filed under: dari kaca mata local, ekonomi, politik | Label: , , ,

YB Syed Azman , ADUN Batu Burok memberi beberapa data tentang jumlah penerimaan dan perbelanjaan ‘wang ehsan’ Terenganu .

Ini adalah contoh baik , bagaimana ADUN yang di lantik memberi maklumat dan penerangan kepada rakyat.

ADUN-ADUN (TRG) lain boleh memulakan blog-blog mereka sendiri. Maklumat bertulis dan maklumat dalam ceramah / ucapan pasti mempunyai IMPAK yang berbeza.

Berbalik kepada isu asal,

secara ringkas , Terengganu sepatutnya menerima hampir RM15.4b , sepanjang tahun 2000-2009 , tetapi di belanjakan untuk :

A. Projek-projek (RUNTUH?)
– Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal
– Monsoon Cup
– Lebuhraya pantai Timur
– Stadium baru Sultan Mizan
– Pembinaan Lapangan Terbang Baru
Jumlah RM7.1 billion

B. Kementerian
Jumlah RM7.7 billion

C. Pembinaan rumah oleh Syarikat Perumahan Negara bhd. Di negeri Terengganu
Jumlah RM102 juta

D. Perbelanjaan kepada negeri-negeri lain selain Terengganu
Jumlh RM 900 juta

E. Pembinaan rumah Syarikat Perumahan Negara Bhd. Di negeri-negeri lain selain Terengganu
Jumlah RM771 juta

JUMLAH KESELURUHAN RM 16.5 BILLION TERMASUK PENGELUARAN

Nampak macam belanja lebih …

Tak hairan sebab hutang tertunggak negeri kepada pusat bertambah menjadi RM997juta.

Mana pergi belanja untuk petani / nelayan / penarik beca dan rakyat yang lain?

Beberapa persoalan lain yang turut timbul :

Yang pertama,

bila wang royalti digantikan dengan Ehsan, adakah bermakna bahawa wang itu adalah daripada duit Petronas sebab tidak dijelaskan oleh Menteri Kewangan kita ataupun wang ini daripada duit Kerajaan Pusat ?

Yang kedua,

kalau duit itu daripada Petronas, adakah Kerajaan Pusat dari segi perundangan dan undang-undang, berhak mengambil royalti bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu ?

Yang ketiga,

kalau duit itu dari Kerajaan Pusat, di bawah item mana dalam buku Belanjawan yang dibentangkan di Parlimen setiap tahun dari tahun 2001 yang menyatakan dengan jelas tentang wang Ehsan tersebut ?

Yang keempat

ialah apabila wang ini diberikan kepada rakyat secara langsung oleh Kerajaan Pusat, apakah ini dikatakan sebagai menghormati rakyat? Apakah apabila kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dengan adanya pilihan raya setiap lima tahun, penghormatan kepada rakyat, bukan sahaja dengan kita membantu rakyat tetapi kita menghormati pilihan rakyat memilih sebuah kerajaan negeri untuk menguruskan sumber kewangan mengikut tatacaranya sendiri?

Baca sepenuhnya :

SEPULUH TAHUN PENAFIAN ROYALTI MINYAK TERENGGANU – PENGAJARAN BESAR KEPADA RAKYAT KELANTAN
Dicatat oleh blog Dr Syed Azman

Pada 12 November 1975, Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak dalam ucapannya di Parlimen, menyatakan bahawa;
“Tuan Yang di-Pertua, semua negeri di Malaysia, melainkan Sabah dan Selangor telah menandatangani perjanjian dengan Petronas sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974”. Saya diberitahu Kerajaan Negeri Selangor pun telah bersetuju menandatangani perjanjian ini. Mengikut perjanjian itu, “Tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi di dalam negeri masing-masing, sama ada yang diperolehi itu dalam perairan ataupun di luar perairan negeri tersebut yang dijual oleh Petronas ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya.”
Teruskan membaca

Advertisements


Tuntut Hak Royalti : Tindakan Radikal dan Impak Tinggi
15 Mac, 2010, 7:36 am
Filed under: dari kaca mata local, ekonomi | Label: , ,

10 tahun Terengganu; 1 tahun Kelantan menuntut hak royalti Petrolium mereka

Penerangan dah buat.

Risalah dah edar.

Buku dah cetak.

Sticker dah bagi.

Bawa kes ke mahkamah dah buat.

Tapi UBN masih pekak macam biasa. Maklumlah kalau tak ada duit PETRONAS UBN tak jalan.

APA LAGI YANG BELUM BUAT ??

1) Standby untuk lagi satu demo jalanan di Kuala Lumpur.

2) Buat sesuatu yang bagi impak kepada BN/PETRONAS secara terus, seperti BOYCOTT stesen minyak dan produk-produk PETRONAS.

Baru ada yang gelabah.

Apa-apa hal dengar dulu sekali lagi apa KU LI nak kata tentang royalti pada 18 Mac ini.



Royalti Minyak : Pusat mahu terus cekik HAK NEGERI dan RAKYATNYA
22 Februari, 2010, 12:58 pm
Filed under: dari kaca mata local | Label: ,

Menjawap iklan di akhbar-akhbar utama oleh UBN.

Mampat menjawap di sini.

GeramM menjawap di sini.

Zaid ibrahim pula menjawap di sini. Best baca zaid , kerana kejelasan dari faktor/istilah perjanjian dan perundangan.

Ku Li telah memberi penerangan dari perpektifnya .

Bila lah Tun Salleh Abbas nak bikin blog penerangan mengenai perspektif beliau pula.



MAMPAT : Terengganu bakal terima royalti minyak RM3 bilion : Utusan
9 Oktober, 2008, 2:34 pm
Filed under: dari kaca mata local, ekonomi | Label: , ,

KUALA TERENGGANU 8 Okt. – Kerajaan Terengganu bakal menerima bayaran royalti minyak kira-kira RM3 bilion secara terus daripada Petronas bagi hasil pengeluaran tahun depan jika harga bahan mentah itu kekal pada paras sekarang.

http://tinyurl.com/3nlbvc

Komen : Saya tak dapat link artikel sebenar di Utusan Malaysia. Cuba membuat carian dari laman Utusan tapi dapat error : No connection to database.

Walaupun begitu, agaknya ini adalah keputusan  (kenyataan) terbaru setelah MAMPAT mengadap YDPA .

Jadi RM3Billion akan masuk ke negeri terus dari Petronas untuk tahun niaga 2009 . Di bayar 2 kali kepada Terengganu , iaitu pada bulan 3 dan bulan 9.

Daripada artikel :

Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, berkata, telaga minyak Terengganu menghasilkan minyak kualiti premium jenis Sweet Crude pada harga melebihi AS$100 atau lebih RM349 setong.

Jadi kenyataan ini di keluarkan oleh Pegawai Kewangan Negeri Teregganu, bukan Pak Menteri atau EXCO.

Secara ringkasnya ini adalah kenyataan untuk tahun hadapan . Perlaksanaan belum di tentukan lagi.

Namun RM7billion semenjak dari tahun niaga 2004-2007 tidak dapat di perjelaskan kemana wang tersebut di belanjakan.

Oh, itu tahun 2004-2007 .

Bagaimana dengan tahun ini ? Sepatutnya 2 x kali pembayaran telah di terima. Iaitu pada bulan Mac dan September lepas.

Berapa jumlahnya ? Kemana di belanjakannya ?