My-LocalAgenda


Hebahan : RAPAT MUDA 14.2.2009
13 Februari, 2009, 11:34 am
Filed under: Uncategorized | Label: , , ,

AMK Terengganu mengumumkan :

Seminar rapat Angkatan Muda Malaysia ( RAPAT MUDA)

Tarikh : 14 Februari 2009 ( Sabtu )

Jam : 8.30pg – 5.30ptg

Lokasi : Dewan PKR , Pejabat Perhubungan Negeri Gong Kapas, KT

Bahagian di minta menghantar anggota.

antara objektif :

1 . Merapatkan ukhwah ahli , dan juga persedian mental bagi cabaran yang mendatang.

hebahan oleh :

Timbalan Presiden ,

AMK (Terengganu) .

Lawat laman



Menambah baik PAS(Terengganu)

Membaca artikel RPK ; saya terpanggil untuk menulis sesuatu.

Menurut ramalan RPK , ada kebarangkalian yang tinggi bahawa penggundi cina di KT ini akan memilih calon PAS berbanding calon BN , kerana Wahid Endut lebih berkarisma dan juga di senangi oleh mereka.

Walaubgaimanapun , sedikit kegusaran yang di nyatakan oleh mereka adalah mengenai kekuatan dan ketajaman PAS Terengganu berbanding PAS Kelantan .

Ini sememangnya di akui , dan sedikit ‘post-mortem’ harus di buat mengenai kegusaran ini .

Dalam kem PAS , Pas Terengganu sering di beri jolokan tertentu .Ada yang memberi jolokan sebagai Kabilah Terengganu , ‘GanuCentric PAS’ dan lain-lain jolokan .

Secara ringkasnya , PAS Terengganu masih di monopoli oleh pasukan ‘conservative’ berbanding pasukan muda ; atau sebahagiannya memberi istilah ‘erdogan’ pada pasukan muda ini.

Sebenarnya saya bukanlah mempertikai siapa yang lebih baik , samada golongna tua ‘conservative’ atau golongan muda ‘erdogan’ . Apa yang saya cuba ketengahkan adalah gabungan , keserasian dan suara yang sama akan lebih memantapkan PAS , terutamanya PAS Terengganu .

Di sini , saya ingin membuat perbandingan gabungan TG Nik Aziz Nikmat-Husam Musa di Kelantan dan gabungan TG Haji Hadi-Mustafa Ali.

Dapat di lihat di sini , mengapa PAS Terengganu di katakan lebih ‘conserative’. Ini adalah kerana TG Haji Hadi dan Mustafa Ali adalah gabungan tua-tua , dan tidak dapat menerobos idea dan minda golongan muda PAS.

Apa Manafaat dari Generasi Muda ?

Generasi muda , atau dalam bahasa sekarang di istilah dari generasi X(yang lahir pertengahan tahun 70an dan awal 80an),generasi Y(yang lahir pada pertengahan 80an dan 90an)  dan juga generasi 2.0( generasi informasi)  mempunyai ‘cultural behavior’  yang perlu di fahami oleh golongan tua .

Sebenarnya kajian dan perbezaan mengenai generasi X,Y dan 2.0 dan juga generasi ‘baby-boomers’ ini bukan lah perkara baru . Ahli-ahli perniagaan dan pemasaran telah mebuat kajian mendalam dan mendapat banyak manafaat dari pemahaman dalam perbezaan generasi ini , dan seharusnya sebuah parti politik yang akan menjadi teras baru , haruslah dinamik dan mampu juga memahaminya .

Kemampuan utama generasi ini, adalah mereka mampu mandapat , mengurai dan menghantar maklumat dengan pantas dalam skop capaian sosial mereka; dengan bantuan teknologi-teknologi terkini. Mereka mampu membuat keputusan lebih tajam dan pantas  dengan maklumat persekitaran mereka.

Kedua , mereka tidak suka kepada commitment berlebihan dan suka melompat-lompat untuk mencuba sesuatu yang baru atau  lebih mencabar atau dalam kata lain memberi lebih manafaat kepada mereka.

Di samping itu , generasi ini juga adalah generasi yang hidup dalam era kedua ibu dan bapa yang bekerja serentak , dan biasa dengan  istilah penceraian ibu-bapa dan  membesar dengan keadaan tersebut.

Konservatif dan Muda :

Berbalik kepada isu asal, jika PAS Terengganu masih selesa dengan gabungan Hadi-Mustafa , di sinilah saya melihat imbangan yang patut wujud dari parti komponen lain PR seperti keAdilan dan DAP .

Ini kerana PAS telah bertapak dan menjadi pembangkang Terengganu dalam tempoh yang lama. Pengalaman dan jentera mereka amat penting. Mereka telah berpengalaman memerintah dalam tahun 1999 -2004 ,  tetapi gagal meneruskannya dan tenggelam  dalam permainan politik UMNO/BN.

Parti komponen PR yang lain harus  mempunyai suara, misi dan strategi yang  jelas untuk mendekatkan diri , memahami dan mengambil idea, buah fikiran, mengaplikasi tenaga juga kemahiran generasi X,Y dan 2.0 ini.

Gabungan yang berjaya akan memantapkan lagi PR , seterusnya akan menjadikan PR lebih bersedia untuk menghadapi kekuatan jentera BN , bukan sahaja untk PRK036 ini malah untuk PRU13.

Apa komen anda ?