My-LocalAgenda


KT telah menyatakannya ..

Terima Kasih warga KT yang memberi kemenangan ini.
Terima kasih juga kepada semua jentera PR dan penyokong-penyokong di KT , penyokong dari luar KT , blogger-blogger utama dan juga blogger-blogger tempatan .

JAdi keputusannya telah di ketahui . Kemenangan dengan majoriti sebanyak 2,631. Keputusan majoriti pada PRU12, adalah sebanyak 628 sahaja. Peningkatan ketara.

BN/Datuk Najib sebelum ada mengatakan bahawa PRK-KT adalah ‘do or die’ mission bagi BN.

Di petik dari Utusan hari ini Najib menyatakan :

“Ini bukan bererti kita akan hentikan iltizam dan semangat BN untuk terus memberi khidmat kepada rakyat. Kita akan terus berkhidmat berlipat kali ganda untuk rakyat,” katanya kepada pemberita di kediaman Menteri Besar Terengganu di Seri Iman di sini malam ini. – Bernama

Komentar lokal : Ha .. banyak la kau punya lipat Najib .. dah jadi berlipat-lipat sekarang .. kes Altantuya pun dah semakin panas .. Dalam hal lain , jika ini adalah ‘do or die mission’ bagi BN , jadi sudah jelas , terang lagi bersuluh ke mana arah BN selepas ini .

“You are in downtrend , bro.. ”

Bagi PR

Jika PR masih mengekalkan momentum baik ini , rakyat percaya tampuk pemerintahan pada PRU13 adalah dalam genggaman .

Sekali lagi , takbirrrrrrr!!



Sehari
16 Januari, 2009, 9:41 am
Filed under: Uncategorized | Label: , , ,

Sehari ke hari pengundian ..
Menanti perubahan dengan debaran ..

Adakah ?



Beberapa tips dari RPK untuk misi KT
11 Januari, 2009, 4:13 pm
Filed under: Uncategorized | Label: , , , , , , , ,

RPK menulis lagi dan memberi  beberapa peringatan dan tips untuk PRK036 ini. Oleh kerana tulisannya ‘100%  in English’ , jadi saya cuba menterjemahkan beberapa maklumat yang di kira berguna untuk pengundi dan strategis-strategis PR di KT.

1 . Sebahagian penduduk negeri telah mula menerima ‘wang sogokan’ atas apa-apa nama lain sebanyak RM300, RM500 malahn RM1K .  Rakyat seharusnya mengambil wang ini , kerana wang2 tersebut adalah wang rakyat ; bukannya wang BN. Rakyat masih  bebas untuk memilih/memangkah PAS pada hari pengundian nanti dan tidak sepatutnya rasa terhutang budi pada BN.

2. Semenjak tahun 1974 sehingga 2008 , kerajaan Terengganu sepatutnya telah menerima hampir RM20b , wang royalti minyak.  Anggaran hampir RM80juta sahaja di berikan sebagai gula-gula dalam tempoh PRK-KT ini , tetapi perbelanjaan sebenar mngkin mencecah sehingga RM250 juta , dan mungkin juga akan mencapai Rm500 juta sehingga tarikh 17 Januari ini.

3. Had perbelanjaan yang di benarkan oleh SPR utk PRK seperti ini adalah RM200K. Perbelanjaan mega ini , menunjukkan betapa BN mengharapkan kemenangan di sini ( tambahan penulis : spt yang telah Najib jelaskan ; do or die mission )

4. Kehadiran 6000 polis , semacam menunjukkan bahawa akan ada kekecohan yang berlaku. Dalam misi lain, berkemungkinan pengundi-pengundi hantu di seludup dan akan di bawa keluar dari kem-kem ini.

5. Setiap pemberian wang sogokan sebanyak RM300, RM500 mahupun RM1000 di syaratkan unutk menyerahkan IC / butir-butir  pengenalan. Dari sinilah , BN akan menggunakan butiran-butiran tersebut , dan menghantar ‘polisi-polisi’ berpakai reman , untuk mengundi di awal pagi tarikh mengundi.

6. BN mengharapakan agar 20,000 hingga 25,000 dari pengundi tidak akan keluar mengundi , kerana jumlah pengundi yang keluar biasanya antara 70% . Dengan mennggunakan khidmat antara 4000 -5000 pengundi ‘hantu’ dari kem ‘polisi’ , mereka boleh meningkatkan jumlah pengundi dalam angka selamat iaitu 75%.

7. Pengundi di nasihatkan agar keluar awal , kerana ada kes di Permatang Pauh pengundi yang keluar untuk mengundi pada tengahari tidak dapat mengundi dengan alasan di katakan ‘telah mengundi’ .  Dalam kes tersebut , lebih 50 laporan polis telah di buat , tetapi masih tiada tindakan di ambil.

8. Jika kes di atas terus terjadi di KT, sila buat laporan polis sewajarnya.

Artikel asal RPK di petik di sini.

Tambahan komentar : PR tidak mampu menyekat dan menahan bakal hantu yang di seludup . Apa yang PR mampu buat adalah berdoa dengan sepenuh hati agar ‘hantu-hantu’ yang kelaur adalah di kategori sebagai hantu ‘rebel’ !