My-LocalAgenda


Polisi Mula Rentak

Artikel lepas baru sahaja membicarkan tentang pihak polis yang sedang bz-bz di KT , pagi ini di maklumkan di laman AMK Terengganu :

Lebih kurang jam 5.10 pagi Isnin 5 Januari pagi Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri Terengganu Fariz Musa telah ditahan oleh sepasukan tiga kereta peronda polis di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu

Dari laman Shamsul , selaku ketua AMK :

AMK difahamkan bahawa yang menjadi isu ialah poster yang ditampal memaparkan gambar mendiang Altantuya Shaaribuu.Persoalan timbul apakah masalah yang dihadapi dengan paparan gambar mendiang Altantuya jika ia tidak mensabitkan mana-mana pihak berkenaan?

AMK mempersoalkan apakah Najib Tun Razak berasa gusar dengan penampalan poster berkenaan berikutan beliau akan hadir ke penamaan calon di Kuala Terengganu? Seharusnya Najib tidak perlu gusar jika beliau benar-benar tidak terlibat mahupun mengenali mendiang Altantuya sebagaimana yang pernah disumpahkan beliau sewaktu Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada Ogos 2008 lepas.

AMK dengan ini mendesak agar pihak polis memberikan justifikasi terperinci berkenaan penahanan sdr Fariz dan ahli Skuad AMK dan menggesa mereka dibebaskan pada kadar segera.


Sehinga artikel ini di tulis , Sdr Faris masih dalam tahanan.

Advertisements


KT Bandaraya Polisi
5 Januari, 2009, 3:12 am
Filed under: Uncategorized | Label: , ,

Makluman :

Kuala Terengganu sudah menjadi bandaraya polisi ketika ini .

Antara agenda luaran polis-polis ini adalah menjaga keamanan semasa ,

manakala agenda dalaman pula adalah ..

1. …
2 ….
3 …
4 …

Jam 2.20 pagi , nampak segerombolan 6-8 polisi trafik sedang meng’escort’ sesuatu @  ‘kenderaan'(?) ke suatu lorong …

Hmm … ??Musykil aku ni buatnya , pagi-pagi gini.

Di siang esok , nampak lagi

‘likute ates pale’