My-LocalAgenda


PR bakal ke Putrajaya ?
22 Februari, 2010, 10:39 am
Filed under: dari kaca mata local | Label: ,

Respon dari artikel greenboc dan basikaltua.

Adakah Terengganu bakal menjadi benteng terakhir UMNO/BN ? Terus kekal atau bakal runtuh.

Analisa awal , 2012 , UBN masih kekal di Terengganu.

Siapa nak ketuk PIntu PR ?

atau terus sahaja ketuk kepala ?

Advertisements


Gelombang Baru Menanti
12 November, 2009, 8:11 am
Filed under: Uncategorized | Label: , ,

Kemampuan

Dalam dunia perniagaan , satu istilah selalu di guna pakai:

Kalau hang tak dapat handle projek RM100 sehari , adakah hang fikir hang mampu handle projek RM1,000 atau RM10,000 sehari ?

Ini kerana projek yang bersaiz lebih ‘mega’ biasanya memerlukan masa/ komitmen/ ketahanan dan ilmu yang lebih ‘mega’ saiznya.

Sedikit pengubahsuaian ,istilah ini boleh juga di gunakan :

Jika hang tak mampu mentadbir negeri , adakah hang fikir hang mampu mentadbir negara?

Di mana, hal-hal negara lebih besar dan lebih kompleks sifat dan skalanya.

Saya lontarkan sahaja. Untuk segolongan yang ingin mentadbir negara , tapi masih belum perform di negeri malah di kawasan sendiri.

Bijak, Pandai

Pemimpin perlukan kepandaian.

Pemimpin juga perlukan kebijaksanaan.

Nampak macam sama. Tapi kepandaian dan kebijaksanaan adalah dua perkara berbeza. Kepandaian, dalam istilah mudah di rujuk kepada keluasan ilmu dan maklumat pada pemiliknya. Kebijaksanaan pula bolehlah diistilahkan bagaimana menggunakan kepandaian tadi dalam ruang masa dan keadaan berbeza.

Kebijaksanaan juga dilihat pada kemampuan menyelesaikan permasalahan dan mentafsir keadaan.

Seorang yang bijaksana adalah faktor pemimpin yang baik. Seorang yang pandai boleh membantu pimpinan.

Gelombang Baru

Jika politik boleh di samakan dengan bermain bola , adalah kurang bijak menghantar pasukan yang sama , dengan strategi yang sama untuk berlawan. Nanti senang kena ‘makan’.

Perhatikankan juga beberapa pemain lama yang telah di kenakan ‘kad kuning’ . Sekali lagi jika berlaku kesilapan, pemain-pemain ini akan di kenakan ‘kad merah’. Masa dan keadaan akan menentukannya.

Pemain-pemain pelapis harus bersedia.

Gelombang Baru Menanti.



Fasa 2 : PR – melepasi era pra-matang
8 November, 2009, 8:47 pm
Filed under: dari kaca mata local | Label: , ,

Kata Dara kepada Uda :

Betulkah Uda cintakan Dara ?
Adakah Dara satu-satunya yang di cintai ? Tiada dua ?
Apakah cinta Uda selama-lamanya untuk Dara?

Setelah beberapa purnama berlalu, skrip lain pula yang muncul:

Kenapa Uda tidak setia ?
Kenapa Uda bermain mata pada si dia ?

Begitulah rentetan kata cinta romantis dari novel-novela cinta klasik melayu.

Di mulai dengan adegan dalam kelambu oleh Uda, cinta Dara mulai tergugat. Dara perlukan kata pasti. Ucapan cinta masih di gilai. Tapi bermain mata sekali , Dara ingat sampai mati.

Era dan evolusi yang berlaku dalam PR tidak perlu di risaukan. Ini adalah petanda baik. Ia menunjukkan bahawa PR tidak ‘stagnant’ , malah ia adalah satu pakatan yang dinamik. Kalau di kira selepas 8 Mac 2008, umur PR baru setahun jagung. Belum lagi mencecah tahun ke-2.

PR sedang melakukan proses pencarian. Pencarian dalaman dalam mencapai kematangan. Apa yang berlaku dalam PAS dan juga PKR harus di lihat dalam aspek positif.

Lukisan indah hanya dapat di nilai oleh mata luar yang memerhati. Jika anda adalah sebahagian dari lukisan tersebut , adakah anda pasti ianya cantik ? Mampukah anda melihat keseluruhan lukisan tersebut atau anda hanya mengenali beberapa warna di sekiling anda sahaja ?

Teguran harus di terima sebagai rahmat. Apatah lagi jika teguran-teguran itu datang orang yang tidak berpentingan.

PAS yang kuat akan menjana PR yang mantap.
PKR yang jitu menjurus kepada PR yang kental.

Hanya PR mampu bersaing dengan BN.

Apabila BN mula merapatkan BARISAN , PR mesti memperkasa PAKATAN.

DAP ? wa nyior komang. – kata cikgu fauzeeyy ( bukan nama sebenar..)..




Perak : Mencemar Duli
6 Februari, 2009, 4:47 pm
Filed under: Uncategorized | Label: , , , ,

Sultan Perak telah mencemar dulu. Duli.

Memangkin kebangkitan berterusan suara perubahan .



Lagi Propaganda-PRK36-KT

hantar_masuk



Kabinet Bayangan PR ( dan logonya)
17 Disember, 2008, 10:00 am
Filed under: dari kaca mata local, politik | Label: , ,

Jeff Ooi dari DAP ,  mencadangkan agar PR mula  melakarkan barisan kabinet bayangan mereka , selewat-lewatnya sebelum Mac ; iaitu sebelum barisan kabinet Najib di keluarkan .

Dengan mengadakan senarai kabinet bayangan dalam tempoh ini , rakyat akan mempunyai lebih keyakinan kepada PR.

Selain itu ia akan menunjukkan kemuafakatan sebenar komponen-komponen parti dan kesedian PR untuk mengambil alih tampuk pemerintahan semasa , jika usul tidak percaya kepada kerajaan sekarang di ketengahkan .

Nah , spekulasi kabinet bayangan PR bermula !

Ah , tidak di lupakan , logo PR . Setakat ini PR masih tidak mempunyai logo rasmi untuk pakatan ini

( Siapa yang cakap isu logo adalah isu remeh ? Logo dan organisasi tidak dapat di pisahkan , kerana ia memberi persepsi visual tentang sesebuah organisasi tersebut. Kalau logo tak kreatif , makna dalam persepsi pertama , organisasi tersebut juga tidak kreatif . Mungkin digital2 artist kita lebih memahami dan sanggup memberi sumbangan mereka 😉 )