Filed under: dari kaca mata local, politik | Label: pas, presiden, terengganu, umno
Artikel mahaguru58 , sekali lagi ‘merevealkan’ sesuatu yang agak panas .
Rujuk : http://tinyurl.com/5fuxvx
Komentar local :
Mustafa Ali dalam pemerhatian .
Perlu pemahamanan jelas mengenai sejarah politik Mustafa Ali. ( Dari UMNO ke PAS?)
Sekarang menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Adakah komennya itu berbau UMNO ?
Mungkinkan jasadnya pada PAS , tapi hatinya masih pada UMNO ?
Apa komen Tuan Guru Hj Abdul Hadi?
Tambahan komentar : Sekali lagi , Kekuatan Pembangkang Terengganu dalam pemerhatian .
Adakah pembakang Terengganu , yang di ketuai oleh TG Haji Hadi sekarang masih belum cukup utuh?
TG Hj Hadi hanya kuat di Rusila ? tapi tidak mampu mengolah isu-isu nasional dengan baik ?
Bagaimana dengan memainkan isu-isu peringkat negeri. Selain dari isu royalti , RM , apa lagi yang sedang di mainkan pembangkang ?
Apa lagi yang perlu untuk negeri ini ?
Pengangkutan awam ? Kadar pendapatan perkapita penduduk ? Kos kehidupan yang semakin menggigit? terutama di paka & kemaman )
Apa lagi yang sedang di perjuangkan ?
Kebanyakan orang bercerita mengenai kepimpinan dan presiden UMNO ketika ini . Negerinya di tangan PR .
Sebaliknya, aku cuba mempersoalkan , apa pula cerita mengenai kepimpinan dan presiden PAS? Negerinya di tangan BN.
Apa pula ceritanya mengenai PKR Terengganu ?
Melihat pada senario politik negeri , pada masa sekarang lah sepatutnya pembangkang negeri menggadakan usaha dengan menaikkan isu-isu semasa ( dan publisiti isu! ) kerana keadaan MB Terengganu dan UMNO sekarang dalam ‘peti sejuk’.
Nampaknya macam pembangkang Terengganu juga sama dalam ‘peti sejuk!’.
Pembangkang Terengganu , BANGKIT!