My-LocalAgenda


TT hentam RPK?
12 Disember, 2009, 4:28 am
Filed under: politik, santai | Label: , ,


Beberapa tips dari RPK untuk misi KT
11 Januari, 2009, 4:13 pm
Filed under: Uncategorized | Label: , , , , , , , ,

RPK menulis lagi dan memberi  beberapa peringatan dan tips untuk PRK036 ini. Oleh kerana tulisannya ‘100%  in English’ , jadi saya cuba menterjemahkan beberapa maklumat yang di kira berguna untuk pengundi dan strategis-strategis PR di KT.

1 . Sebahagian penduduk negeri telah mula menerima ‘wang sogokan’ atas apa-apa nama lain sebanyak RM300, RM500 malahn RM1K .  Rakyat seharusnya mengambil wang ini , kerana wang2 tersebut adalah wang rakyat ; bukannya wang BN. Rakyat masih  bebas untuk memilih/memangkah PAS pada hari pengundian nanti dan tidak sepatutnya rasa terhutang budi pada BN.

2. Semenjak tahun 1974 sehingga 2008 , kerajaan Terengganu sepatutnya telah menerima hampir RM20b , wang royalti minyak.  Anggaran hampir RM80juta sahaja di berikan sebagai gula-gula dalam tempoh PRK-KT ini , tetapi perbelanjaan sebenar mngkin mencecah sehingga RM250 juta , dan mungkin juga akan mencapai Rm500 juta sehingga tarikh 17 Januari ini.

3. Had perbelanjaan yang di benarkan oleh SPR utk PRK seperti ini adalah RM200K. Perbelanjaan mega ini , menunjukkan betapa BN mengharapkan kemenangan di sini ( tambahan penulis : spt yang telah Najib jelaskan ; do or die mission )

4. Kehadiran 6000 polis , semacam menunjukkan bahawa akan ada kekecohan yang berlaku. Dalam misi lain, berkemungkinan pengundi-pengundi hantu di seludup dan akan di bawa keluar dari kem-kem ini.

5. Setiap pemberian wang sogokan sebanyak RM300, RM500 mahupun RM1000 di syaratkan unutk menyerahkan IC / butir-butir  pengenalan. Dari sinilah , BN akan menggunakan butiran-butiran tersebut , dan menghantar ‘polisi-polisi’ berpakai reman , untuk mengundi di awal pagi tarikh mengundi.

6. BN mengharapakan agar 20,000 hingga 25,000 dari pengundi tidak akan keluar mengundi , kerana jumlah pengundi yang keluar biasanya antara 70% . Dengan mennggunakan khidmat antara 4000 -5000 pengundi ‘hantu’ dari kem ‘polisi’ , mereka boleh meningkatkan jumlah pengundi dalam angka selamat iaitu 75%.

7. Pengundi di nasihatkan agar keluar awal , kerana ada kes di Permatang Pauh pengundi yang keluar untuk mengundi pada tengahari tidak dapat mengundi dengan alasan di katakan ‘telah mengundi’ .  Dalam kes tersebut , lebih 50 laporan polis telah di buat , tetapi masih tiada tindakan di ambil.

8. Jika kes di atas terus terjadi di KT, sila buat laporan polis sewajarnya.

Artikel asal RPK di petik di sini.

Tambahan komentar : PR tidak mampu menyekat dan menahan bakal hantu yang di seludup . Apa yang PR mampu buat adalah berdoa dengan sepenuh hati agar ‘hantu-hantu’ yang kelaur adalah di kategori sebagai hantu ‘rebel’ !