My-LocalAgenda


Stadium Sultan Mizan : 24 jam selamat dari maut
3 Jun, 2009, 1:36 am
Filed under: dari kaca mata local | Label: , , ,

stadium
st
std3

stdruntuh
std5

stdrun6

Runtuhan berlaku pada 2 Jun 2009 , sekitar jam 8-9 pagi.

Laman Sukan Staf Universiti Malaysia di sini

Info Pendaftaran Kontinjen pada 3 Jun 2009 (Rabu)
Pendaftaran Bermula 8.00 pagi – 5.00 petang
(selepas tempoh tersebut, semua urusan pendaftaran akan
beroperasi di bilik Urusetia SUKUM ke – 34 di Lobi Dewan Sultan Mizan)

Tempat
Dewan Sultan Mizan (DSM), Unversiti Malaysia Terengganu

Syukur , tuhan masih panjangkan umur ..

Andainya kejadian runtuhan berlaku pada …..

Soalan1 : Berapa kos projek ? RM290 juta??RM450 juta ??
Soalan2 :Apa itu CF bangunan ?? Kat mana nak beli ?
Soalan3 : Apa taruhan ? Kereta atau nyawa ?

Advertisements


Hebahan : RAPAT MUDA 14.2.2009
13 Februari, 2009, 11:34 am
Filed under: Uncategorized | Label: , , ,

AMK Terengganu mengumumkan :

Seminar rapat Angkatan Muda Malaysia ( RAPAT MUDA)

Tarikh : 14 Februari 2009 ( Sabtu )

Jam : 8.30pg – 5.30ptg

Lokasi : Dewan PKR , Pejabat Perhubungan Negeri Gong Kapas, KT

Bahagian di minta menghantar anggota.

antara objektif :

1 . Merapatkan ukhwah ahli , dan juga persedian mental bagi cabaran yang mendatang.

hebahan oleh :

Timbalan Presiden ,

AMK (Terengganu) .

Lawat laman



Sehari
16 Januari, 2009, 9:41 am
Filed under: Uncategorized | Label: , , ,

Sehari ke hari pengundian ..
Menanti perubahan dengan debaran ..

Adakah ?



Beberapa tips dari RPK untuk misi KT
11 Januari, 2009, 4:13 pm
Filed under: Uncategorized | Label: , , , , , , , ,

RPK menulis lagi dan memberi  beberapa peringatan dan tips untuk PRK036 ini. Oleh kerana tulisannya ‘100%  in English’ , jadi saya cuba menterjemahkan beberapa maklumat yang di kira berguna untuk pengundi dan strategis-strategis PR di KT.

1 . Sebahagian penduduk negeri telah mula menerima ‘wang sogokan’ atas apa-apa nama lain sebanyak RM300, RM500 malahn RM1K .  Rakyat seharusnya mengambil wang ini , kerana wang2 tersebut adalah wang rakyat ; bukannya wang BN. Rakyat masih  bebas untuk memilih/memangkah PAS pada hari pengundian nanti dan tidak sepatutnya rasa terhutang budi pada BN.

2. Semenjak tahun 1974 sehingga 2008 , kerajaan Terengganu sepatutnya telah menerima hampir RM20b , wang royalti minyak.  Anggaran hampir RM80juta sahaja di berikan sebagai gula-gula dalam tempoh PRK-KT ini , tetapi perbelanjaan sebenar mngkin mencecah sehingga RM250 juta , dan mungkin juga akan mencapai Rm500 juta sehingga tarikh 17 Januari ini.

3. Had perbelanjaan yang di benarkan oleh SPR utk PRK seperti ini adalah RM200K. Perbelanjaan mega ini , menunjukkan betapa BN mengharapkan kemenangan di sini ( tambahan penulis : spt yang telah Najib jelaskan ; do or die mission )

4. Kehadiran 6000 polis , semacam menunjukkan bahawa akan ada kekecohan yang berlaku. Dalam misi lain, berkemungkinan pengundi-pengundi hantu di seludup dan akan di bawa keluar dari kem-kem ini.

5. Setiap pemberian wang sogokan sebanyak RM300, RM500 mahupun RM1000 di syaratkan unutk menyerahkan IC / butir-butir  pengenalan. Dari sinilah , BN akan menggunakan butiran-butiran tersebut , dan menghantar ‘polisi-polisi’ berpakai reman , untuk mengundi di awal pagi tarikh mengundi.

6. BN mengharapakan agar 20,000 hingga 25,000 dari pengundi tidak akan keluar mengundi , kerana jumlah pengundi yang keluar biasanya antara 70% . Dengan mennggunakan khidmat antara 4000 -5000 pengundi ‘hantu’ dari kem ‘polisi’ , mereka boleh meningkatkan jumlah pengundi dalam angka selamat iaitu 75%.

7. Pengundi di nasihatkan agar keluar awal , kerana ada kes di Permatang Pauh pengundi yang keluar untuk mengundi pada tengahari tidak dapat mengundi dengan alasan di katakan ‘telah mengundi’ .  Dalam kes tersebut , lebih 50 laporan polis telah di buat , tetapi masih tiada tindakan di ambil.

8. Jika kes di atas terus terjadi di KT, sila buat laporan polis sewajarnya.

Artikel asal RPK di petik di sini.

Tambahan komentar : PR tidak mampu menyekat dan menahan bakal hantu yang di seludup . Apa yang PR mampu buat adalah berdoa dengan sepenuh hati agar ‘hantu-hantu’ yang kelaur adalah di kategori sebagai hantu ‘rebel’ !



Menambah baik PAS(Terengganu)

Membaca artikel RPK ; saya terpanggil untuk menulis sesuatu.

Menurut ramalan RPK , ada kebarangkalian yang tinggi bahawa penggundi cina di KT ini akan memilih calon PAS berbanding calon BN , kerana Wahid Endut lebih berkarisma dan juga di senangi oleh mereka.

Walaubgaimanapun , sedikit kegusaran yang di nyatakan oleh mereka adalah mengenai kekuatan dan ketajaman PAS Terengganu berbanding PAS Kelantan .

Ini sememangnya di akui , dan sedikit ‘post-mortem’ harus di buat mengenai kegusaran ini .

Dalam kem PAS , Pas Terengganu sering di beri jolokan tertentu .Ada yang memberi jolokan sebagai Kabilah Terengganu , ‘GanuCentric PAS’ dan lain-lain jolokan .

Secara ringkasnya , PAS Terengganu masih di monopoli oleh pasukan ‘conservative’ berbanding pasukan muda ; atau sebahagiannya memberi istilah ‘erdogan’ pada pasukan muda ini.

Sebenarnya saya bukanlah mempertikai siapa yang lebih baik , samada golongna tua ‘conservative’ atau golongan muda ‘erdogan’ . Apa yang saya cuba ketengahkan adalah gabungan , keserasian dan suara yang sama akan lebih memantapkan PAS , terutamanya PAS Terengganu .

Di sini , saya ingin membuat perbandingan gabungan TG Nik Aziz Nikmat-Husam Musa di Kelantan dan gabungan TG Haji Hadi-Mustafa Ali.

Dapat di lihat di sini , mengapa PAS Terengganu di katakan lebih ‘conserative’. Ini adalah kerana TG Haji Hadi dan Mustafa Ali adalah gabungan tua-tua , dan tidak dapat menerobos idea dan minda golongan muda PAS.

Apa Manafaat dari Generasi Muda ?

Generasi muda , atau dalam bahasa sekarang di istilah dari generasi X(yang lahir pertengahan tahun 70an dan awal 80an),generasi Y(yang lahir pada pertengahan 80an dan 90an)  dan juga generasi 2.0( generasi informasi)  mempunyai ‘cultural behavior’  yang perlu di fahami oleh golongan tua .

Sebenarnya kajian dan perbezaan mengenai generasi X,Y dan 2.0 dan juga generasi ‘baby-boomers’ ini bukan lah perkara baru . Ahli-ahli perniagaan dan pemasaran telah mebuat kajian mendalam dan mendapat banyak manafaat dari pemahaman dalam perbezaan generasi ini , dan seharusnya sebuah parti politik yang akan menjadi teras baru , haruslah dinamik dan mampu juga memahaminya .

Kemampuan utama generasi ini, adalah mereka mampu mandapat , mengurai dan menghantar maklumat dengan pantas dalam skop capaian sosial mereka; dengan bantuan teknologi-teknologi terkini. Mereka mampu membuat keputusan lebih tajam dan pantas  dengan maklumat persekitaran mereka.

Kedua , mereka tidak suka kepada commitment berlebihan dan suka melompat-lompat untuk mencuba sesuatu yang baru atau  lebih mencabar atau dalam kata lain memberi lebih manafaat kepada mereka.

Di samping itu , generasi ini juga adalah generasi yang hidup dalam era kedua ibu dan bapa yang bekerja serentak , dan biasa dengan  istilah penceraian ibu-bapa dan  membesar dengan keadaan tersebut.

Konservatif dan Muda :

Berbalik kepada isu asal, jika PAS Terengganu masih selesa dengan gabungan Hadi-Mustafa , di sinilah saya melihat imbangan yang patut wujud dari parti komponen lain PR seperti keAdilan dan DAP .

Ini kerana PAS telah bertapak dan menjadi pembangkang Terengganu dalam tempoh yang lama. Pengalaman dan jentera mereka amat penting. Mereka telah berpengalaman memerintah dalam tahun 1999 -2004 ,  tetapi gagal meneruskannya dan tenggelam  dalam permainan politik UMNO/BN.

Parti komponen PR yang lain harus  mempunyai suara, misi dan strategi yang  jelas untuk mendekatkan diri , memahami dan mengambil idea, buah fikiran, mengaplikasi tenaga juga kemahiran generasi X,Y dan 2.0 ini.

Gabungan yang berjaya akan memantapkan lagi PR , seterusnya akan menjadikan PR lebih bersedia untuk menghadapi kekuatan jentera BN , bukan sahaja untk PRK036 ini malah untuk PRU13.

Apa komen anda ?



AMK(Terengganu) Kesan Penggundi hantu.
9 Januari, 2009, 8:29 pm
Filed under: Uncategorized | Label: , , , ,

AMK(Terengganu) dengan kerjasama AMK Pusat dan penggunaan SISMEP , telah ‘menangkap’ beberapa nama mencurigakan di lokasi bukan penempatan.

Alamat lokasi : 78 Jalan Sultan Ismail
Lokasi sebenar : Pasaraya Hock Kee Seng
Jumlah pengundi : 20

Alamat Lokasi : No. 22 Jalan Sultan Ismail
Lokasi Sebenar : Premis KFC/PizzaHut

Lokasi : X, Jalan Tekukur
Lokasi : rumah melayu ( rumah nenek Sdr Faris sendiri, Ketua AMK Terengganu)
Pengundi : Pengundi cina , berumur 82 tahun.
Ahmad SAid mengatakan tiada pengundi hantu, untuk pilihanraya kali ini.

SPR telah di arahakan untuk menyiasat perkara ini.

Tahniah kepada AMK terutama AMK Terengganu kerana bertindak lebih ke hadapan dalam hal ini.

Harap ada unit2 lain yang terus membongkar ketidak-telusan  PRK36 ini.

Agak-agaknya berapa ramai yang belum di kesan ?

Dalam isu lain , hamirdin memberi beberapa tips-tips taktikal pada blog beliau terutama kepada pengira dan pemerhati peti undi pada 17 Januari nanti.

Berita penuh di Buletin Online : http://tinyurl.com/79xhye



Hari Penamaan Calon
5 Januari, 2009, 12:29 pm
Filed under: Uncategorized | Label: , , ,

DAri Offical blog PRK036 :

PILIHAN RAYA KECIL PARLIMEN P.036 KUALA TERENGGANU

ATUCARA
7.30 Pagi : Berkumpul di Perkarangan Pejabat PASTI Negeri, Jalan Pusara.
8.00 Pagi : Solat Hajat
8.30 Pagi : Perarakan dimulakan melalui Jalan Pusara – Jalan Sultan Ismail – Bulatan Ladang – Jalan Sultan Mahmud – Stadium Negeri
9.00 Pagi : Penyerahan Borang Pencalonan
10.00 Pagi : Masa bantahan
11.30Pagi : Pengumuman oleh Pegawai Pengurus
12.00 t/hr : Bersurai

Diminta semua penyokong PR dapat menghadirkan diri seterusnya memeriahkan hari pencalonan ini .
Takbirr!!